Epsilon Perkukuh Rangkaian Globalnya Dengan Titik Kehadiran Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 15, 2019 /PRNewswire/ — Epsilon, Penyedia Perkhidmatan komunikasi global milik persendirian, bekerjasama dengan SEAX Singapura bagi mewujudkan Titik Kehadiran (PoP) pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia. Pelaksanaan ini akan meluaskan capaian global Epsilon di Asia Pasifik, lalu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya untuk saling berhubung dalam ekosistem pengendali rangkaian di Malaysia.

Perkongsian ini akan membolehkan pelanggan serta rakan kongsi Epsilon untuk saling berhubung di PoP baharu menggunakan platform Perangkaian Tentuan Perisian (SDN) Infiny by Epsilon. Penyedia perkhidmatan dan perusahaan di Malaysia akan memperoleh akses atas-permintaan kepada jejaring saling terhubung melibatkan 100 pusat data, Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) utama dunia dan Bursa Internet (IX) utama pada fabrik rangkaian global Epsilon. Dengan Infiny, pengguna boleh menyediakan suit perkhidmatan ketersambungan berprestasi tinggi dan komunikasi pintar melalui portal berasaskan web, API serta aplikasi mudah alih.

Malaysia ialah ekonomi yang pesat berkembang, menumpu pada transformasi infrastruktur dan ekosistem digital. Dengan pelancaran PoP baharu kami di Kuala Lumpur, pelanggan serta rakan kongsi kami kini dapat saling berhubung dengan penyedia perkhidmatan tempatan bagi menyokong pertumbuhan pelanggan mereka di seluruh rantau. Kami turut membawakan pilihan ketersambungan baharu kepada penyedia perkhidmatan serta perusahaan di Malaysia untuk berhubung di peringkat serantau dan global atas permintaan menggunakan Infiny,” kata Jerzy Szlosarek, Ketua Pegawai Eksekutif Epsilon. “Bersama-sama SEAX, kami teruja untuk memperluas kehadiran kami ke dalam pasaran dinamik ini bagi mempercepatkan pertumbuhan perniagaan Malaysia dan kami berharap dapat meneruskan perkongsian ini.”

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Epsilon bagi menyokong peluasan mereka di rantau ini dan menambah nilai baharu kepada pelanggan mereka di seluruh dunia. Perusahaan dan penyedia perkhidmatan Malaysia kini mempunyai kuasa ketersambungan di hujung jari mereka. Mereka boleh menggunakan Infiny bagi meluaskan operasi perniagaan mereka dengan akses atas-permintaan kepada fabrik rangkaian global Epsilon,” kata Louis Teng, Ketua Pegawai Pemasaran SEAX Singapura. “Perkongsian kami dengan Epsilon memperkukuh kedudukan kami sebagai rakan kongsi pilihan di rantau ini.”

Epsilon akan menghubungkan infrastruktur baharunya di kemudahan Menara AIMS di Kuala Lumpur, Malaysia kepada rangkaian Singapuranya dan seterusnya ke lokasi-lokasi antarabangsa. Terletak di daerah pusat perniagaan di ibu kota, kemudahan Menara AIMS merupakan pusat data nombor satu di Malaysia yang menempatkan lebih 40 penyedia perkhidmatan. Perkhidmatan ini dijadualkan siap mulai Mei 2019.

Latar Belakang Epsilon

Epsilon ialah penyedia perkhidmatan rangkaian ketersambungan dan komunikasi global bertumpu awan, menghubungkan kepada 100 pusat data dalam 26 pasaran. Platform SDN syarikat, Infiny by Epsilon, menggabungkan ketersambungan atas-permintaan, portal berasaskan web dan API untuk memberikan rakan-rakan kongsi penyelesaian yang mudah dan berkesan. Semua perkhidmatan Epsilon dikuasakan oleh tulang belakang global bergred-pembawa dan boleh diskala hiper yang menghubungkan hab komunikasi serta teknologi dunia. Ibu pejabat Epsilon terletak di Singapura dengan pejabat-pejabatnya berada di LondonNew YorkDubai dan Sofia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.epsilontel.com.

Latar Belakang SEAX

SEAX ialah penyedia, pemilik, pengendali dan rakan kongsi infrastruktur ICT Neutral yang memegang lesen-lesen di IndonesiaMalaysia dan Singapura. Syarikat menyediakan penyelesaian ketersambungan serantau PoP kepada PoP dalam IndonesiaMalaysia dan Singapura. SEAX mendayakan rakan-rakan kongsi dengan menawarkan perkhidmatan saling hubung di kemudahan dan infrastruktur pendaratan kabel neutral SEAX selain menawarkan perkongsian strategik kepada syarikat-syarikat yang memerlukan penglibatan SEAX sebagai pemegang lesen tempatan dalam pasaran-pasaran yang dilesenkan kepada syarikat.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi  www.seax.net

Sumber: Epsilon

Pautan Berkaitan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend