Experian Labur Dalam Grab Tingkatkan Akses Kepada Produk Dan Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengguna Seluruh Asia Tenggara

SINGAPURA, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ — Experian, peneraju dunia bagi perkhidmatan maklumat, melabur dalam Grab, aplikasi hebat setiap hari yang terkemuka di Asia Tenggara, tatkala kedua-dua syarikat berusaha untuk meningkatkan akses kepada penyelesaian membolehkan mobiliti dan perkhidmatan kewangan untuk pengguna yang kurang menggunakan perkhidmatan kewangan di Asia Tenggara.

Pelaburan oleh Experian merupakan sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri H Grab yang masih berterusan.

Reuben Lai, Pengarah Urusan Kanan, Grab Financial Group, berkata: “Kami berbangga dengan penyertaan Experian dalam senarai pelabur strategik kami yang semakin bertambah yang yakin bahawa mereka harus berganding bahu dengan Grab untuk membuka lebih banyak peluang kepada komuniti yang tidak mempunyai akaun bank dan yang kurang mendapat perkhidmatan untuk menggunakan penyelesaian membolehkan mobiliti dan perkhidmatan kewangan kami pada Platform Grab, lalu membolehkan pelanggan kami mendapat akses kepada ekonomi digital dan meningkatkan punca pendapatan mereka.”

Pelaburan Experian dalam Grab merupakan pelaburan keempatnya di Asia, yang merupakan pusat tumpuan kepada lebih satu bilion individu yang masih tidak mempunyai akaun bank. Diiktiraf di seluruh dunia sebagai syarikat-syarikat inovatif yang terkemuka, perkongsian strategik ini akan membolehkan kedua-dua syarikat untuk memanfaatkan teknologi dan analitik data mereka bagi meningkatkan cara Grab menyesuaikan tawaran untuk penggunanya, termasuk meningkatkan akses kepada pinjaman untuk bakal-bakal usahawan di seluruh rantau ini.

Dev Dhiman, Pengarah Urusan, Asia Tenggara & Pasaran Baru Muncul, Experian Asia Pasifik, berkata: “Misi kami sentiasa memberi tumpuan untuk membantu penduduk yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak menggunakan perkhidmatan kewangan memperoleh akses kewangan dengan menggunakan data. Dengan memanfaatkan pandangan data dan kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi tempatan, seperti Grab, kami menyasarkan untuk memahami dan memenuhi keperluan kewangan pengguna yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak menggunakan perkhidmatan kewangan memperoleh akses kewangan di rantau ini dengan lebih baik. Pelaburan dalam Grab ini membawa kami selangkah ke hadapan untuk merealisasikan cita-cita ini.”

Ben Elliott, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Asia Pasifik, berkata: “Kami mempunyai wawasan untuk masa depan perkhidmatan kewangan, wawasan yang dikuasakan oleh teknologi dan data alternatif. Kami ingin mengubah cara pengguna dan perniagaan mencari produk dan perkhidmatan kewangan. Perkongsian dengan Grab ini, berserta pelaburan sedia ada kami di rantau ini, membantu membina janji kami untuk memadankan kehendak dan bekalan akses kewangan kepada semua pengguna dan perniagaan, mendorong rangkuman kewangan yang lebih besar.”

Latar Belakang Experian

Experian ialah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Semasa detik-detik penting dalam kehidupan – bermula dengan membeli rumah atau kereta, atau menghantar anak ke kolej, mengembangkan perniagaan dengan berhubung bersama pelanggan baharu – kami memperkasa pengguna dan pelanggan kami untuk mengurus data mereka dengan yakin. Kami membantu individu-individu untuk melakukan kawalan kewangan dan mengakses perkhidmatan kewangan, perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih pintar dan berkembang maju, pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab dan organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti. Kami mempunyai 16,500 kakitangan yang beroperasi merentas 39 negara dan setiap hari kami melabur dalam teknologi baharu, individu berbakat dan inovasi bagi membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang. Experian Ventures, terletak di Silicon Valley, Singapura, London dan Brazil, melabur di seluruh dunia dalam syarikat-syarikat baharu yang membangunkan penyelesaian pengguna dan perniagaan yang inovatif untuk penciptaan data, analitik, pembelajaran mesin dan keselamatan maklumat. Experian disenaraikan pada Bursa Saham London (EXPN) dan merupakan sebahagian daripada FTSE 100 Index.

Ketahui lebih lanjut di http://www.experian.com.sg/ atau kunjungi hab kandungan global kami di blog berita global kami untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini daripada Kumpulan.

Sumber: Experian

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend