Gaming+ Revolusioner HONOR Tingkatkan Prestasi Grafik di MWC 2019

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2019 /PRNewswire/ — HONOR, jenama telefon pintar yang terkemuka, memperkenalkan teknologi Gaming+ revolusioner di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 (MWC 2019). Gaming+ melibatkan beberapa pengemaskinian teknologi yang meningkatkan prestasi, kualiti grafik dan definisi imej permainan mudah alih pada HONOR View20 dengan ketara. Penaiktarafan ini dibuat tatkala HONOR turut mengumumkan satu ekosistem aplikasi yang menggunakan kamera TOF 3Dnya yang menandakan era baharu kehidupan AR.

En. George Zhao, presiden HONOR, berkata: “HONOR berasa gembira untuk mengumumkan ahli terkini dalam siri View HONOR, HONOR View20, yang telahpun meraih pencapaian 1.5 juta jualan. Kami kini bergerak selangkah lebih hampir dengan matlamat kami untuk menjadi lima jenama telefon pintar utama dalam tempoh tiga tahun. Menerusi teknologi Gaming+ revolusioner, kami dapat meningkatkan lagi prestasi grafik telefon pintar, memuaskan kehendak pengguna muda yang semakin meningkat terhadap pengalaman permainan mudah alih yang lebih baik. Bersama-sama aplikasi kamera 3D TOF futuristik, HONOR memberikan pengguna dengan pengalaman yang paling pelbagai dan luar biasa.”

En. George Zhao, Presiden HONOR di MWC 2019

GAMING+ DAN LEBIH KESERONOKAN UNTUK PEMAIN

HONOR View20 diperkenalkan di Paris pada bulan lalu dengan lima ciri yang pertama di dunia termasuk: kamera telefon pintar 48MP, kamera depan dalam skrin 25MP, cipset AI 7nm Kirin 980, teknologi Wi-Fi Tiga-Antena AI dan reka bentuk nanotekstur aurora. Gaming+ dapat meningkatkan pengalaman permainan dengan menaik taraf seluruh sistem dengan penaiktarafan kecekapan GPU, pengoptimuman beban GPU, berdefinisi tinggi dan teknologi ramalan pemuatan AI. Menerusi kemajuan ini pada cipset Kirin 980, HONOR View20 berusaha untuk mencapai tahap tertinggi dalam prestasi permainan mudah alih.

Gaming+ serba baharu meningkatkan tahap kecekapan tenaga SOC sebanyak 20.34%[1]. Penaiktarafan cipset Mali-G76 GPU pada Kirin 980 termasuk pengoptimuman transformasi, yang meningkatkan penjadualan kerja dan pengkomputeran selari. Ini dapat mengurangkan arahan duplikasi dan lampau ambil GPU, selain meningkatkan kelajuan pemindahan data antara CPU, GPU dan memori. Selain itu, Kirin 980 GPU beroperasi lancar dengan teknologi penjadualan modulasi frekuensi AI yang inovatif bagi meramal beban tugas dengan memantau kadar kerangka sesaat (fps), kualiti imej dan input skrin sentuh pada waktu nyata serta mengenal pasti kesendatan prestasi dengan pintar. Untuk permainan, teknologi AI baharu dapat meningkatkan ketepatan ramalan beban bagi setiap kerangka sebanyak lebih 30% berbanding kaedah-kaedah tradisional. Satu lagi ciri utama, pengoptimuman GPU, meningkatkan kualiti imej serta mengurangkan penggunaan kuasa. Penaiktarafan ini turut membawakan keupayaan berdefinisi tinggi kepada permainan, justeru dapat mencapai kontras yang lebih baik, tahap kecerahan yang lebih tinggi dan palet warna yang lebih luas.

Hasil daripada penaiktarafan Gaming+, versi Fortnite Vulkan juga dapat disokong pada HONOR View20, seraya membawakan pengalaman[2] yang lebih pantas dan lebih lancar kepada pemain. Di samping itu, permainan mudah alih yang popular seperti QQ Speed dan Arena of Valor telahpun dioptimumkan bagi menyokong ciri berdefinisi tinggi. Pemain-pemain kini dapat merasai kejelasan yang lebih hebat dan memperoleh lebih banyak butiran.

Di samping itu, kamera 3D TOF HONOR View20 dapat menghasilkan dimensi baharu permainan interaktif dan lebih banyak kemungkinan untuk generasi seterusnya bagi kehidupan AR. Kamera ini dilengkapi dengan penderiaan mendalam, pengecaman rangka dan keupayaan tawan gerakan waktu nyata, membolehkan pengguna menikmati pelbagai fungsi interaktif seperti pembentukan 3D, pengiraan kalori AI, Magic AR serta permainan kawalan gerakan 3D. Brave Jelly ialah permainan kawalan gerakan terkini yang ditambah kepada koleksi ini. Pada masa depan, HONOR merancang untuk bekerjasama dengan lebih ramai pihak ketiga bagi mencipta ekosistem TOF 3D bersepadu yang membuka era baharu untuk ukuran AR, media sosial dan aktiviti membeli belah.

HONOR VIEW20 TERIMA PELBAGAI PUJIAN MEDIA                    

Sejak pelancaran globalnya pada Januari lalu, reka bentuk dan ciri-ciri hebat HONOR View20 diiktiraf secara meluas oleh pakar-pakar industri dan juga para pengguna. Ia turut menerima pujian daripada rakan media dan pihak-pihak berpengaruh, termasuk mendapat penilaian 5-bintang daripada rakan media yang paling berprestij dalam industri:      

  • Penilaian 5-bintang daripada Stuff – “Honor memasuki liga besar dengan salah satu telefon yang paling mengagumkan dalam kelasnya.”
  • Penilaian 5-bintang daripada The Guardian – “Ini merupakan telefon pertama dari permulaan dengan takuk tebukan-lubang.”
  • Penilaian 5-bintang daripada T3 – “Secara keseluruhan Honor View 20 ialah telefon pintar terbaik berkualiti sederhana yang terdapat dalam pasaran hari ini.”
  • Penilaian 5-bintang daripada Expert Reviews – “Menerusi kamera swafoto dalam skrinnya dan kamera belakang 48-megapiksel, Honor View 20 ialah salah satu telefon paling menarik yang pernah kami lihat selama ini.” 

Di peringkat serantau, HONOR View20 turut mencapai prestasi jualan yang hebat. Di China, HONOR View20 dinobatkan sebagai dwijuara (jualan dan pendapatan jualan) pada platform-platform dalam talian pada lingkungan harga RMB 3,000 ke atas. Pada minggu pertama setelah dilancarkan di Perancis, produk unggulan terkini ini menjadi Produk Terlaris No.1 Amazon bagi kategori EUR 499 ke atas. Ia turut menerima gelaran Telefon Pintar Unggulan Paling Laris di Senheng, salah satu penjual bebas yang terkemuka di Malaysia.

HONOR 8X DENGAN WARNA PHANTOM BLUE BAHARU

Untuk HONOR 8X, HONOR membawakan warna phantom blue baharu kepada peminat-peminat di Eropah Barat. HONOR 8X mempunyai badan kaca aurora dwitekstur 2.5D dengan kesan parutan, memberikan rupa dan rasa yang elegan dan lembut. Sejak dilancarkan pada September lalu, lebih 10 juta siri Honor 8X dihantar ke seluruh dunia. Bermula pada awal Mac, warna phantom blue HONOR 8X baharu akan dijual di Fnac, Perancis, di Amazon, Jerman, di Hihonor, U.K., dalam pasaran terbuka di Itali (termasuk Mediaworld, Unieuro dan sebagainya).

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah e-jenama telefon pintar yang terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/honorofficial/

[1]  Diuji dalam permainan Vulkan 60fps di makmal HONOR
[2]  Versi Fortnite Vulkan akan diperkenalkan tidak lama lagi melalui HONOR View20

Sumber: Honor

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend