Graff Lesedi La Rona, Berlian Potong Zamrud Empat Segi Terbesar di Dunia

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 11 April 2019 /PRNewswire/ — Graff, yang memotong dan menggilap kebanyakan daripada 20 berlian terbesar yang ditemui pada abad ini, mendedahkan berlian utama yang dipotong dan digilap daripada berlian kasar Lesedi La Rona 1,109 karat. Seberat 302.37 karat, Graff Lesedi La Rona, merupakan berlian potong zamrud empat segi yang terbesar di dunia serta merupakan berlian terbesar dengan warna dan kejelasan tertinggi yang pernah digredkan oleh GIA, menjadikannya sebagai salah satu pencapaian berlian yang terhebat dalam sejarah.

“Kecintaan saya terhadap berlian adalah sepanjang hayat dan peluang menghasilkan Graff Lesedi La Rona merupakan suatu penghormatan. Tiada kata yang dapat diungkapkan tentang berlian ini. Kami menggalas tugas besar untuk memotong berlian paling bagus yang boleh dibayangkan daripada berlian kasar ini. Semua kepakaran, kemahiran dan pencapaian kami dimanfaatkan untuk menghasilkan ciptaan agung berlian hebat ini, yang luar biasa dalam segenap aspek.” – Laurence Graff

Laurence Graff OBE memegang Graff Lesedi La Rona

Dijumpai di lombong Lucara Karowe, Botswana berlian kasar tersebut merupakan berlian kasar berkualiti permata terbesar yang ditemui dalam tempoh 100 tahun serta merupakan yang kedua terbesar yang pernah dijumpai. Graff yakin bahawa pembelian batu kasar tersebut akan menghasilkan batu permata sensasi, susulan pemerolehan berlian kasar 373 karat pada tahun 2016 daripada batu yang sama. Dengan ciri-ciri yang serupa, mereka boleh meramalkan bagaimana Lesedi La Rona mungkin mempunyai sifat yang sama untuk pakar tukang.

Biarpun dengan pengalaman mereka, Lesedi La Rona membawakan cabaran unik kepada ahli gemologi berkepakaran Graff. Mereka belum pernah menganalisis batu dengan saiz yang begitu luar biasa. Sebuah pengimbas perlu dibina khas, berserta perisian pengimejan serba baharu yang mampu meneliti keluasan saiznya.

Menggunakan teknologi baharu, ahli gemologi memetakan keberseliratan ketidaksempurnaan, menggunakan maklumat ini untuk memplot potongan yang dapat menghasilkan berlian terbesar dengan kejelasan tertinggi seumpamanya.

Pada mulanya, analisis tersebut menyimpulkan bahawa berlian 300 karat adalah mustahil. Walau bagaimanapun, dengan kepakaran berkisarkan transformasi batu kasar tersebut, Laurence Graff yakin bahawa berat yang amat jarang diperoleh ini dapat dicapai.

Selama 18 bulan lamanya diambil untuk proses tersebut selesai – bermula dengan pemotongan awal dengan laser tepat, diikuti dengan pembentukan, pemotongan kecil dan penggilapan oleh artisan berlian Graff yang berkemahiran tinggi.

GIA mengesahkan bahawa Graff Lesedi La Rona, seberat 302.37 karat yang mengagumkan dan merupakan warna D terbaik – berlian potong zamrud empat segi yang terbesar di dunia dan berlian terbesar dengan warna serta kejelasan tertinggi yang pernah digredkan oleh GIA.

Sumber: Graff

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend