Grand Millennium Kuala Lumpur Mempersembahkan Presidential Suite Yang Berwajah Baharu

KUALA LUMPUR, MALAYSIA (5 MAC 2018) – Grand Millennium Kuala Lumpur sangat teruja untuk mempersembahkan Presidential Suite yang berwajah baharu dan siap diubahsuai dalam masa hampir 2 bulan.

Bilik suite yang baharu diubahsuai berkeluasan 150 meter persegi dilengkapi dengan kemewahan sentuhan moden kontemporari, menawarkan gabungan ruang yang luas dan selesa serta menarik untuk memberikan pengalaman mewah kepada tetamu yang menginap.

Bilik suite ini yang terletak di tingkat 14, 15 dan 16 dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti perabot baharu dan hiasan dalaman yang berkonsepkan suasana “avant-garde”. Palet berwarna biru yang menyenangkan dan tona kelabu neutral telah dipilih untuk memberi aura keanggunan dari sebuah hotel bertaraf lima bintang sambil memberikan keselesaan seperti berada di kediaman sendiri. Dekorasi terbaharu juga menggabungkan kepingan perabot yang klasik dengan sentuhan moden kontemporari tanpa menjejaskan unsur practikal dan kecanggihannya.

Ciri-ciri seni bina asal dengan sentuhan reka bentuk semasa digabungkan untuk mencipta suasana yang lebih menarik, kemudian mesra untuk bersantai dan beristirehat. Tetamu dijemput masuk melalui ruang tamu kemudian ke ruang makan yang boleh diduduki oleh enam orang dan kemudian stesen kerja yang luas. Setiap Presidential Suite juga dilengkapi dengan kabinet, dua bilik tidur dan bilik mandi yang dilengkapi dengan tab mandi, almari pakaian dan bilik air yang berasingan.

Semua tetamu menginap di Presidential Suite akan mendapat akses percuma ke Club Lounge eksklusif yang terletak di tingkat 18. Ia menawarkan pemandangan yang menarik di sekitar Bukit Bintang selain ruang makan untuk tetamu di balkoni.

Club Lounge direka dengan gaya yang menarik untuk mencipta suasana yang selesa kepada para tetamu. Club Lounge juga dilengkapi dengan kemudahan makanan dan minuman ringan harian, perniagaan yang terkini, daftar masuk peribadi dan pengurus Club Lounge yang berdedikasi selain keistimewaan tambahan yang khas kepada para tetamu Club Lounge.

Grand Millennium Kuala Lumpur mempunyai 3 unit Presidential Suite dan 468 bilik tetamu. Kadar untuk Presidential Suites biasanya bermula dari RM 4,615.00 nett setiap malam dan tertakluk kepada masa dan kekosongan. Kemudahan rekreasi di hotel bertaraf lima bintang ini mempunyai spa, kolam renang gaya resort yang dikelilingi kehijauan, sauna, gelanggang skuasy dan gimnasium.

Grand Millennium Kuala Lumpur

Grand Millennium Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, Segitiga Emas di Kuala Lumpur, pusat perniagaan utama, kawasan membeli-belah dan hiburan. Ia mempunyai 468 bilik tamu dan makan malam sepanjang hari – The Mill Café; masakan oriental asli – Lai Ching Yuen; dan Bistro 160. Kemudahan hotel termasuk kolam renang gaya resort, gimnasium dan spa. Hotel ini juga mempunyai ruang acara 1,500 meter persegi dan mampu menampung sebarang acara dari mesyuarat perniagaan, perayaan sosial dan majlis perkahwinan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://grandmillenniumkl.com.

Millennium & Copthorne International

Millennium & Copthorne International Limited merupakan anak syarikat Millennium Hotels and Resorts yang mengendalikan dan menguruskan portfolio lebih daripada 20 hartanah di seluruh Asia. Kumpulan perhotelan yang dinamik mempunyai reputasi cemerlang dan komitmen kepada tetamu yang meluas di lima jenama global yang berbeza iaitu Grand Millennium, Millennium, Copthorne, Kingsgate dan Studio M. Diasaskan pada falsafah perhotelan yang tulus, Millennium Hotels and Resort berbangga dengan memberi keperihatinan kepada keperluan perniagaan dan pelancong.

Lokasi strategik hartanahnya di bandar-bandar gerbang di seluruh Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara menjadikan Millennium Hotels and Resorts sebagai rumah tetamu yang sempurna untuk menjalankan perniagaan anda atau menikmati percutian.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA