Great Wall Motors Perkenal Pikap Siri P di Auto Shanghai 2019

SHANGHAI18 April 2019 /PRNewswire/ — Great Wall Motors, pengeluar SUV dan kenderaan pikap yang terbesar di China, meraikan penampilan sulung dunia bagi barisan produk pikap siri P, termasuk pikap penumpang, pikap rentas desa dan pikap komersial, di Auto Shanghai 2019.

Ketiga-tiga bintang baharu daripada siri P baharu GWM itu cemerlang dari segi keselamatan, ciri-ciri pintar, berat, ruang dan kebolehkembangan. Kenderaan-kenderaan ini dibangunkan pada platform P71 serba baharu GWM, suatu kelebihan asas yang merupakan cesi bukan galas beban.

Kenderaan pikap ini dilengkapi dengan kotak gear 8AT ZF dan gantungan belakang berbilang pautan selain beberapa ciri untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dan tunggangan keseluruhan:

  • Pengawal luncur adaptif-sendiri ACC, tahan auto, meletakkan kenderaan automatik, mula jarak jauh
  • Roda stereng hangat, penyaman udara terkawal, pemantauan minyak
  • Sistem kawalan suara pintar

Siri P Pikap Great Wall - Bahagian Dalam Penumpang
Siri P Pikap Great Wall – Bahagian Dalam Penumpang
Ketiga-tiga model ini merupakan reka bentuk semua-dalam-satu yang menggabungkan keselesaan dan kemudahan kereta sedan, keupayaan rentas desa sebuah SUV, keseronokan berlibur RV dan kapasiti muatan trak ringan. Produk-produk siri P direka untuk mereka yang gemarkan gaya hidup luar yang meriangkan serta pelanggan perniagaan mewah.

Kenderaan pikap rentas desa ini menyertakan konfigurasi profesional termasuk kunci pembeza di bahagian depan, tengah dan belakang kenderaan, snorkel, winc, penyerap kejutan rentas desa, pengawal rangkak dan keupayaan pusingan-U serta merta. Ia mempunyai kedalaman harungan 900mm dan merupakan salah satu keluaran baharu yang paling popular di Auto Shanghai 2019.

Kenderaan pikap rentas desa ini juga mempunyai reka bentuk luaran yang paling berani dan paling tak terkekang dengan plat kelabu tebal melitupi sehingga jeriji depan dan reka bentuk tujahan berwarna hitam pada penutup bahagian enjin. Trim roda dihitamkan dan jeriji depan berserta rivet di bahagian luar pada atas trim roda kesemuanya menonjolkan kemaskulinan model kenderaan ini.

Sebaliknya, kenderaan pikap komersial, mempunyai reka bentuk jeriji depan yang lebih halus. Di samping edisi dengan gantungan belakang pegas daun, ia menawarkan pilihan gantungan belakang berbilang pautan. Model yang dipamerkan di Auto Shanghai 2019 ialah versi elektrik dengan kargo tertutup asal, julat nominal 500 kilometer (310.69 batu) dan pengecasan berkecekapan tinggi, yang boleh diselesaikan dalam dua jam.

Untuk melaksanakan strategi tenaga bersih GWM sepenuhnya, kenderaan pikap baharu ini kini ditawarkan dalam versi elektrik sepenuhnya, dengan versi bahan api hidrogen bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Kenderaan pikap penumpang siri P, rentas desa dan komersial menandakan penembusan rasmi GWM ke dalam pasaran pikap penumpang antarabangsa untuk bersaing dengan jenama-jenama yang terkemuka di dunia.

Latar Belakang Great Wall Motors

Ditubuhkan pada tahun 1984, Great Wall Motors ialah pengeluar SUV dan kenderaan pikap yang terbesar di China yang memiliki dua jenama, Havel dan Great Wall, mencakupi tiga kategori produk SUV, kereta penumpang dan kenderaan pikap. GWM menyepadukan sumber-sumber global untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif pusat ujian, pusat pembuatan percubaan, pusat pemodelan dan pusat kuasa yang memenuhi piawaian global.

Sumber: Great Wall Motors

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend