Hong Leong MSIG Takaful Merangkul Anugerah BestBrands in Takaful Solutions

Hong Leong MSIG Takaful (“HLM Takaful”) merangkul anugerah tersohor BestBrands in Takaful Solutions di majlis Makan Malam Gala pertama The Brandlaureate World Halal Best Brands Awards 2018 yang telah diadakan di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

The Brandlaureate World Halal Best Brands Awards 2018 mengiktiraf jenama HALAL tersohor dan terkemuka dalam kategori masing-masing serta komitmen mereka untuk sentiasa mematuhi prinsip Halal sebagai teras kemajuan perniagaan mereka. Dengan memperolehi pensijilan Halal dan menepati sepenuhnya standard yang sepatutnya, jenama pemerima anugerah telah memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh JAKIM, sekaligus memberi impak penjenamaan yang positif kepada masyarakat.

The Brandlaureate BestBrands in Takaful Solutions dianugerahkan kepada jenama terkemuka yang telah berjaya menjadi jenama peneraju dengan pegangan pasaran yang kukuh, serta menikmati kepercayaan dan keyakinan pengguna di atas komitmen mereka untuk terus memastikan jenama mereka sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai Halal.     

“Ia adalah satu penghormatan besar buat HLM Takaful untuk menerima anugerah BestBrands in Takaful Solutions,” kata Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful. “Anugerah kecemerlangan jenama berprestij untuk solusi takaful ini adalah bukti usaha berterusan kami untuk mencapai kegemilangan dalam membangunkan produk patuh Shariah yang inovatif dan memberi perkhidmatan terbaik dengan penuh dedikasi kepada para pelanggan kami.”

“Anugerah ini sememangnya amat bersejarah buat HLM Takaful, dan ia mengukuhkan lagi komitmen dan semangat kami untuk terus menyediakan solusi takaful terbaik untuk pelanggan kami. Kemenangan yang bermakna ini akan menjadi pemangkin untuk kami terus cemerlang dalam setiap aspek perniagaan kami, dan saya mendedikasikan anugerah ini kepada semua pelanggan, kakitangan, rakan bank dan tenaga agensi kami di atas peranan penting yang telah mereka sumbangkan demi kejayaan kami,” tambah beliau.

Anugerah ini meningkatkan lagi jumlah pelbagai anugerah dan penghargaan lain yang telah diterima oleh HLM Takaful, antaranya Anugerah Mesra Pengguna (Kategori Insurans) 2017 yang dianugerahkan oleh Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia dan anugerah Most Outstanding Takaful Product (i-Care Hasanah) 2016 di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF).

Dari Kanan: Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful, Mohd Asri Omar, (kedua dari kanan) menerima Anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2018 – BestBrands in Takaful Solutions daripada YBhg Tan Sri Rainer Althoff, Pengerusi Asia Pacific Brands Foundation (paling kanan), Dr KK Johan, Presiden BrandLaureate (paling kiri), YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Hub Halal, JAKIM (kedua dari kiri) dan YBhg Dato’ Seri Jamil Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) (ketiga dari kiri).

Mengenai Hong Leong MSIG Takaful

 Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) adalah pengendali takaful berlesen sejak 2006 dan merupakan komponen utama perkhidmatan kewangan islam HLFG, satu platform bersepadu yang menawarkan Perbankan Islam, Pelaburan Islam, Pengurusan Harta Islam, dan Takaful berdasarkan pematuhan Shariah.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend