Individu Dicari untuk Bantu Siasatan SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mendapatkan bantuan orang ramai untuk memberi maklumat mengenai lapan individu yang dikehendaki untuk membantu pengawal selia ini dalam beberapa kes yang sedang disiasat.

Individu-individu ini dipercayai mempunyai maklumat diperlukan yang berkaitan dengan pelbagai kesalahan sekuriti dan pengubahan wang haram yang membabitkan syarikat-syarikat tersenarai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berikut diminta untuk tampil memaklumkan SC di mana individu tersebut berada.

Berikut adalah butiran mengenai lapan individu tersebut:

1. Nama : Wong Shee Kai / Ricky (IC: 811212-14-5957)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Asia Media Group Berhad, No. 35, Tingkat 1, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

2. Nama : Ong Kar Kian / Ken (IC: 810331-14-5947)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Asia Media Group Berhad, No. 35, Tingkat 1, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

3. Nama : Amirruddin bin Nin (IC: 700209-10-6197)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: CTB Solutions Sdn Bhd, No. 35, Tingkat 3, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

4. Nama : Rusli Bin Jaafar (IC: 760320-03-5125)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: CTB Solutions Sdn Bhd, No. 35, Tingkat 3, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

5. Nama : Sahaluddin bin Mat Isa (IC: 760528-08-6319)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: CTB Solutions Sdn Bhd, No. 35, Tingkat 3, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

6. Nama : Rosli Bin Amin (IC: 610701-01-6127)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Matrix Angle Sdn Bhd, No. 35, Tingkat 1, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

7. Nama : Hadijah Binti Bachik (IC: 630326-06-5346)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Danau Azam Sdn Bhd, 41, Kampung Bentung, 26500 Maran, Pahang

8. Nama : Low Chun Chai (IC: 540105-10-5747)
Alamat kediaman terakhir 1: 48, Kg Baru, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor
Alamat kediaman terakhir 2: A-11-13, Cheras Ria Apartment, Jalan 6/95B, Off Jalan Ketumbar, 56100 Taman Cheras Utama, Selangor

Orang ramai boleh menghubungi terus pegawai yang bertugas di talian 03-6204 8000 samb. 8774/8372/ 8181 atau 012-3812497, 012-6108275 atau 012-9105362 atau emel ke aduan@seccom.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/have-you-seen-these-people

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend