Inspiry Smart Box Sokong Kempen Pemasaran “Double Eleven” DANA Gergasi e-dompet Indonesia

JAKARTA, Indonesia20 November 2018 /PRNewswire/ — Sistem pembayaran mudah alih luar talian DANA memproses transaksi sebanyak lebih 10 bilion rupiah.

Inspiry International mengumumkan bahawa penyelesaian pembayaran mudah alih luar talian terkemukanya, Inspiry Smart Box, berjaya menyokong kempen pemasaran “Double Eleven” DANA gergasi e-dompet Indonesia pada awal November lalu. Sepanjang kempen ini, pembayaran mudah alih luar talian DANA mencecah lebih 10 bilion rupiah Indonesia.

Konsep “Double Eleven” berpunca daripada Hari Bujang, yang berlangsung pada 11 November di China. Ia menjadi hari beli belah yang paling penting di negara tersebut sejak ia pertama kali dilancarkan oleh Alibaba Group pada 11 November 2009. Ia telah menjadi acara tahunan penting dalam sektor e-dagang Asia.

DANA ialah dompet elektronik, bersama-sama dilancarkan oleh Ant Financial Services Group dan Indonesian Emtek Group, yang dapat memproses pembayaran dalam talian dan luar talian untuk semua senario. Mengulas tentang kempen pemasaran “Double Eleven” Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif DANA Vincent Iswara berkata, “DANA ingin membantu para pembeli menjadi lebih celik dan memahami pembayaran mudah alih, yang bukan sahaja boleh dilakukan secara dalam talian, tetapi juga di kedai-kedai dunia sebenar.”

DANA mengguna pakai Inspiry Smart Box, penyelesaian dalam talian generasi baharu untuk pembayaran mudah alih dari China, untuk kempen berkenaan. Ketua Pegawai Operasi Inspiry International Gao Zilong berkata, “Data daripada kempen ‘Double Eleven’ sekali lagi menunjukkan bahawa Inspiry Smart Box mempunyai kelebihan penggunaan yang mudah, tekal dan cekap dalam senario pembayaran berfrekuensi tinggi di mana-mana berlakunya trafik yang banyak.”

Pada masa kini, penyelesaian pembayaran mudah alih luar talian yang ringan dan pintar, iaitu Inspiry Smart Box menjadi agak popular di China. Di kedai-kedai seperti Ramayana dan KFC di Indonesia, pelanggan-pelanggan dapat mengendalikan pembayaran mereka dengan mudah dan cepat melalui peranti imbas layan diri. Dengan sokongan daripada terminal pembayaran mudah alih baharu, pembayaran mudah alih luar talian syarikat ini dapat mengendalikan transaksi sebanyak lebih 10 bilion rupiah semasa kempen berkenaan.

Indonesia mempunyai lebih 100 juta pengguna telefon pintar dan dilihat mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dari segi pembayaran mudah alih luar talian. Gao berkata, “Kami percaya bahawa pembayaran mudah alih di Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain sudah mula menjadi popular. Inspiry giat berusaha dengan pengusaha-pengusaha global utama dalam industri pembayaran elektronik bagi menyokong pembangunan pesat pembayaran mudah alih tempatan.”

Inspiry International ialah firma saudara antarabangsa bagi Beijing Inspiry Technology, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan infrastruktur dan sistem pembayaran mudah alih. Inspiry Smart Box telahpun digunakan merentas jaringan francais oleh banyak jenama multinasional di China termasuk KFC, 7-11 dan Burger King. Jaringan francais global ini telahpun mula memasang Inspiry Smart Box dalam pasaran-pasaran lain di luar China.

Sumber: Beijing Inspiry Technology Co., Ltd.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend