InvestSmart®@SC – Pelabur Yang Dilindungi Adalah Pelabur Yang Bermaklumat

Jom beramai-ramai kita gegarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia minggu depan dengan program percuma InvestSmart®@SC.

Tempat: Dewan Persidangan @ Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Damansara
Tarikh: 15 Disember 2018 (SABTU)
Masa: 9 pagi – 12 tengahari.

Kita ada sifu saham #1 Malaysia Tuan Haji Mohd Asri, dan Pengarah CFA Tuan Muhammad Faridq yang akan bersama-sama membincangkan topik “Pelabur Yang Dilindungi Adalah Pelabur Yang Bermaklumat”..

Sedikit maklumat mengenai program ini:

  • InvestSmart®@SC adalah program separuh hari yang menampilkan siri ceramah oleh pakar-pakar industri berkaitan pasaran modal.
  • Program ini juga bertujuan untuk memupuk serta mempertingkatkan kesedaran dan tahap pemahaman masyarakat terhadap skim-skim pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang.
  • Bersempena dengan program ini, beberapa gerai pameran dari pelbagai agensi berkaitan pasaran modal turut disediakan bagi memberi peluang masyarakat berinteraksi dan mendapatkan maklumat lanjut tentang pasaran modal.
  • Dengan adanya program sebegini, masyarakat juga berpeluang untuk melawat dan mengenali SC dengan lebih dekat lagi.
  • Program ini terbuka secara percuma kepada orang awam.

Daftar sekarang di: Invest Smart @SC

Jumpa anda di sana!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 dan 4.75 Sen Bagi ASM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024. 

PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah pembayaran pengagihan sebanyak RM670 juta itu bakal memanfaatkan 552,297 pemegang unit.

Pengurus dana itu juga mengumumkan pengagihan pendapatan 4.75 sen bernilai RM1.33 bilion untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024, yang bakal memanfaatkan 699,807 pemegang unit.

Menurut PNB, sehingga 25 Mac, 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta manakala ASM sebanyak RM1.42 bilion.

“Kedua-dua dana memperoleh pendapatan menerusi pendapatan terealisasi dan dividen daripada pelaburan domestik dan antarabangsa dalam persekitaran inflasi yang tidak menentu serta kebimbangan terhadap peningkatan kemelesetan ekonomi.

“Kedua-dua dana juga menjana hasil daripada strategi kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain seperti hartanah dan pelaburan persendirian, dengan penekanan terhadap instrumen pendapatan tetap yang menyediakan pendapatan berulang stabil,” katanya. 

PNB berkata pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 5.25 peratus dan 4.75 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras deposit tetap 12-Bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas bagi ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2024,” katanya.

Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh meneruskan semula urus niaga di portal myASNB atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara pada 1 April 2024.

— BERNAMA