Dividen KWSP Simpanan Syariah 6.4% Manakala Konvensional Sikit Lagi 7%

Alhamdulillah, selepas Hibah Tahunan dan Bonus Tabung Haji Meningkat 0.25% Bagi Tahun 2017 diumumkan beberapa hari yang lalu, kini giliran KWSP pula mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.4% bagi simpanan syariah dan 6.9% bagi simpanan konvensional.

Untuk rekod kali terakhir KWSP mencatatkan dividen paling besar ialah pada 1999 iaitu sebanyak 6.84 peratus. Berikut merupakan sejarah pemberian dividen serta jumlah pengagihan mengikut tahun:

 

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Ini melibatkan jumlah pembayaran dividen bagi tahun 2017 berjumlah RM48.13 bilion, di mana RM44.15 bilion adalah untuk simpanan konvensional dan RM3.98 bilion untuk simpanan syariah.

Mengapa Terdapat Perbezaan Di Antara Dividen Konvensional Dan Patuh Syariah?

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut.

Di antara pelaburan dalam aset bukan Syariah adalah pelaburan dalam sektor kewangan yang telah merekodkan prestasi yang baik pada tahun 2017 seterusnya menyebabkan perbezaan dividen di antara kedua-duanya.

“Simpanan Syariah menunjukkan prestasi kukuh untuk pengisytiharan dividen pertama, sekali gus membuktikan ia mapan dan memberikan berita baik kepada ahli yang bertukar daripada Simpanan Konvensional. – Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman

Apakah Keuntungan Pendapatan Yang Dimaksudkan Sebagai Tidak Patuh Syariah?

Ia merujuk kepada semua keuntungan/ pulangan yang diperolehi daripada pelaburan bukan Syariah di mana ciri-ciri asasnya tidak patuh Syariah kerana ia adalah pelaburan berunsur riba’ seperti saham perbankan konvensional, pinjaman konvensional dan bon.

Pendapatan lain yang tidak mematuhi kriteria saringan Syariah yang diterima pakai oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pembekal indeks syariah lain adalah pendapatan pelaburan ekuiti dan hartanah yang memperolehi pendapatannya daripada pendapatan/sewa yang tidak patuh syariah dan nisbah kewangan (hutang dan tunai konvensional).

Masih Ramai Ahli KWSP Belum Bertukar Ke Simpanan Patuh Syariah

Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah RM768.51 bilion, di mana RM67.76 bilion adalah di bawah simpanan syariah.

Berkuat kuasa 1 Januari 2018, seramai 71,658 ahli lagi telah bertukar ke simpanan syariah dengan jumlah simpanan sebanyak RM5.07 bilion.

Bagi Umat Islam Yang Belum Bertukar, Perlu Sucikan 64% Daripada Kadar Dividen

Simpanan Syariah Simpanan Konvensional
1. Kadar Dividen 6.40% 6.90%
2. Sumber Dividen Pelaburan Patuh Syariah 100% Pelaburan Patuh Syariah 36% +

Pelaburan Tak Patuh Syariah 64%

3. Penyucian Dividen Bagi Orang Islam Tidak Perlu 64% Daripada Jumlah Dividen

Contoh Pengiraan:
Jumlah Dividen KWSP Simpanan Konvensional 2017: RM10,000
Jumlah Dividen Yang Perlu Disucikan RM10,000 * 64% = RM6,400

Petanda Ekonomi Baik Tahun 2017

Dengan pengumuman hibah Tabung Haji yang meningkat, dan kini kadar dividen KWSP juga meningkat, kelihatan yang ekonomi Malaysia semakin baik.

Ditambah lagi dengan PM Umum Berita Baik Untuk Pelabur Saham di Bursa Malaysia, insyaAllah kita berada di landasan yang betul daripada segi ekonomi.

Jemput baca juga:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend