Karnival Kesihatan Kanak-Kanak (4k) Bersama DoctorOnCall

KUALA LUMPUR, Malaysia /PRNewswire/ — Sebuah Karnival Kesihatan Kanak-Kanak 4K telah dianjurkan di Dewan MBSA, Kemuning Utama, Shah Alam pada hari Ahad, 31 Mac 2019 yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Sahabat Harapan Selangor yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Nabil bin Norhalim dan Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Puan Dr Siti Mariah Mahmud.
Pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua golongan khususnya kanak-kanak ini merupakan satu langkah awal untuk memupuk kesedaran dan melahirkan ibu-bapa yang peka tentang pemantauan perkembangan tumbesaran dan kesihatan anak-anak. Saringan kesihatan kanak-kanak dari DoctorOnCall seperti ini diadakan bagi memberi peluang kepada ibu-bapa untuk mengetahui proses perkembangan normal anak-anak mereka.
Antara pemeriksaan saringan kesihatan yang ditawarkan kepada kanak-kanak ialah pemeriksaan tumbesaran dan perkembangan tumbesaran, saringan visual dan buta warna serta saringan autism. Selain itu, pemeriksaan kesihatan bagi orang dewasa turut ditawarkan seperti pemeriksaan  tekanan darah, kencing manis, dan penilaian berat badan (BMI). Program ini disertai oleh penduduk sekitar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan peserta boleh memilih untuk mendapatkan konsultasi dengan seorang doktor sama ada secara langsung di tempat program ataupun secara atas talian melalui perkhidmatan DoctorOnCall. Para peserta amat menghargai program yang dianjurkan ini kerana telah memberi peluang kepada mereka untuk mendapat maklumat dan nasihat tentang kesihatan secara percuma.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor sendiri iaitu Y.B. Puan Dr Siti Mariah Mahmud yang juga merupakan ADUN Seri Serdang telah turun padang untuk bertemu peserta dan mempromosikan program kesedaran ini kepada masyarakat tempatan.

DoctorOnCall adalah klinik atas talian yang menawarkan perkhidmatan konsultasi dengan doktor bertauliah berkenaan penyakit-penyakit yang sering dialami seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit seperti kudis buta dan lain-lain. Ubat-ubatan akan dihantar terus kepada pesakit setelah sesi konsultasi sekiranya dirasakan perlu oleh doktor. Pengunjung laman web turut berpeluang untuk bertanya kepada seorang doktor tentang masalah-masalah kesihatan pada laman forum mereka melalui pautan www.DoctorOnCall.com.my/tanya.

Ahli Peduli Sihat boleh memperoleh manfaat tahunan perubatan sebanyak RM500 sekeluarga dan satu suntikan vaksin percuma berjumlah sehingga RM180. Tiada had rawatan yang ditetapkan kepada ahli supaya ahli berpeluang mendapatkan akses rawatan asas kepada semua jenis penyakit. Sambutan menggalakkan yang diterima terhadap skim ini telah menunjukkan bahawa rakyat Selangor sangat menitik beratkan penjagaan asas kesihatan serta gaya hidup yang sihat.

Terdapat 2 kategori Skim Peduli Sihat, iaitu kategori A bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 sebulan dan ke bawah yang dan kategori B bagi individu yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah. Skim ini dapat dimanfaatkan oleh 250,000 keluarga atau lebih 2 juta rakyat Selangor yang berpendapatan isi rumah RM 3000 ke bawah. Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini, layari https://pedulisihat.com/.

Melalui skim ini, ahli Peduli Sihat boleh mendapatkan akses percuma kepada perkhidmatan kesihatan melalui panel klinik terpilih termasuklah DoctorOnCall. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.DoctorOnCall.com.my ataupun hubungi 03-84082000.

Sumber: DoctorOnCall

Pautan Berkaitan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend