Kena Hack Lagi. Kali Ini Kerugian Terbesar Mata Wang Digital – $533 Juta

Cuba bayangkan kita hilang duit RM50 pun dah tak keruan, tapi kini Coincheck, sebuah tukaran mata wang digital di Tokyo telah kehilangan kira-kira 500 juta token NEM yang bersamaan dengan $533 juta US Dolar.

Presiden Coincheck iaitu Wakata Koichi Yoshihiro dan Ketua Pegawai Operasinya iaitu Yusuke Otsuka telah pun mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan perkara ini. Mereka telah mendedahkan bahawa kerugian akibat penggodaman ini bernilai ¥58 bilion Yen. Ini disebabkan oleh penggodam yang telah mencuri digital wallet Coincheck yang mengandungi 500 juta token NEM.

Ketika ianya dicuri, NEM bernilai $1.01 US Dolar dan akibat daripada penggodaman tersebut ianya telah turun kepada $0.85 US Dolar.

Pada mulanya, orang ramai telah perasan di blog Coincheck bahawa ada yang tak kena kerana mereka telah menggantung sebarang urusan jual beli dan kesemua perkhidmatannya.

Sumber: Coincheck

Sehubungan dengan itu, presiden Coincheck telah meminta maaf kepada orang ramai dan menurut berita dari Bloomberg (Coincheck to Repay Users Who Lost Money in $400 Million Hacksyarikat sedang mempertimbangkan untuk membayar ganti rugi kepada para pelanggannya.

Mampukah pihak syarikat menebus wang orang ramai semudah itu?

Penggodaman Terbesar Setakat Ini

Sebelum ini, kerugian terbesar akibat penggodaman mata wang digital adalah Mt. Gox pada tahun 2014. Dianggarkan sejumlah mata wang digital bersamaan $340 juta US Dolar telah dicuri. Dan sampai sekarang, mastermind di sebalik kecurian tersebut masih tidak diketahui.

Pisang Berbuah Berkali-Kali

Ini bukan kali pertama dan rasanya ia juga bukan kali terakhir mata wang digital menjadi sasaran penggodam. Ada yang kata ianya kerja ‘orang dalam’ yang tahu selok-belok dan juga rahsia yang orang lain tak tahu.

Baru sahaja pada bulan Disember 2017 yang lalu, kita dikejutkan dengan penggodaman NiceHash yang mengakibatkan kecurian sebanyak 4,700 Bitcoin yang bernilai hampir $64 juta US Dolar. Boleh baca lebih lanjut di Maafkan Kami, RM261 Juta Bitcoin Hilang Dicuri.

Oleh itu, buat masa ini cuba elakkan terlebih dahulu daripada terlibat dengan mata wang digital dan juga Bitcoin. Ini adalah kerana:

Sumber Rujukan: Coindesk

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend