Keterujaan Lapangan Terbang Istanbul dalam Sektor Hartanah Turki

Semua penerbangan di Istanbul akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Baharu İstanbul pada 6 April. Berita ini mencetuskan keterujaan dalam sektor-sektor utama bagi ekonomi Turki termasuk penerbangan, pelancongan dan hartanah 

ISTANBUL3 April 2019 /PRNewswire/ — Lapangan Terbang Istanbul dibuka secara rasminya pada 29 Oktober 2018 dan mobilisasi lapangan terbang tersebut akan diselesaikan pada minggu pertama bulan April. Lapangan Terbang Istanbul akan menjadi salah sebuah lapangan terbang paling mantap di dunia dengan kapasiti 200 juta penumpang setahun.

Istanbul telahpun menjadi penghubung antara timur dan barat, Eropah dan Asia sepanjang sejarah. Dengan lapangan terbang baharu ini, bandar ini kini lebih aktif dalam sektor penerbangan. Bayram Tekce, Pengerusi Antalya Homes Emlak Inc., syarikat hartanah utama yang beroperasi di wilayah-wilayah berbeza di Turki, menakrifkan Lapangan Terbang Istanbul sebagai kuasa pendorong baharu untuk ekonomi dan sektor hartanah Turki.

“BUKAN SEKADAR SEBUAH LAPANGAN TERBANG. ISTANBUL BOLEH MENJADI AEROTROPOLIS.”

Tekce menyatakan bahawa Lapangan Terbang Istanbul merupakan projek yang penting secara strategiknya untuk Turki dengan menyebutkan bahawa projek-projek berkenaan akan meningkatkan nilai jenama İstanbul untuk lebih banyak pelaburan dan lapangan terbang baharu ini juga akan mengukuhkan kedudukan Istanbul sebagai “HAB” dalam penerbangan awam antarabangsa:

“Unjuran menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Istanbul akan menggaji kira-kira 225,000 orang pada tahun 2025 dengan sumbangan pendapatan isi rumah sebanyak $4.2 bilion. Projek mega ini akan mempunyai kira-kira 4.9% saham dalam KNK. Angka ini sahaja boleh menunjukkan betapa pentingnya projek ini buat Turki.”

“JUALAN HARTANAH KEPADA WARGA ASING AKAN DIPERCEPAT DENGAN LAPANGAN TERBANG ISTANBUL.”

Lapangan Terbang Istanbul, sebagai salah satu pelaburan paling penting oleh Turki, akan menyumbang secara positif kepada sektor-sektor hartanah dan pelancongan. Tekce menjelaskan bahawa Turki berkedudukan teratas bagi pembelian hartanah oleh warga asing dan minat warga asing akan meningkat dengan ketara dalam membeli hartanah di Turki:

“Tahun lalu, di Turki, 40,004 hartanah dijual kepada warga asing. Dalam dua bulan pertama tahun 2019, jualan meningkat sebanyak 87% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Tahun ini, jualan akan semakin dipercepatkan dengan Lapangan Terbang Istanbul. Istanbul merupakan destinasi utama untuk warga asing bagi membeli Hartanah di Turki. Tahun lalu, 14,270 hartanah dijual kepada warga asing di Istanbul. Kami meramalkan bahawa angka ini akan berganda dalam 3 tahun akan datang dan mencecah 30,000 setahun. Kami percaya bahawa kami akan memiliki kisah kejayaan menerusi pejabat-pejabat kami di İstanbul, Antalya dan Trabzon.”

Tekce menyatakan bahawa Lapangan Terbang Istanbul akan menjadi daya penggerak untuk ekonomi Turki:

“Menurut kajian PwC di England, setiap 10% peningkatan bagi kapasiti tempat duduk negara dalam penerbangan memberi 1% sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi jangka pendek. Pembangunan terkini menunjukkan kepentingan pertumbuhan ekonomi. Kajian PwC ini sahaja sudah mendedahkan kepentingan Lapangan Terbang Istanbul.”

Sumber: İstanbul Homes

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA