Laporan World Trade Centers Association Tunjukkan Kemudaratan Perdagangan dan Pelaburan Mungkin Lebih Besar Daripada Ramalan

NEW YORK, 12 Jun 2019 /PRNewswire/ — Hari ini, World Trade Centers Association (WTCA) mengeluarkan Laporan Perdagangan dan Pelaburan tahun keduanya (www.WTCAReports.org), yang dijalankan dengan kerjasama FP Analytics. Laporan ini memperincikan faktor-faktor utama yang membolehkan bandar-bandar kekal berdaya tahan tatkala peralihan dramatik dalam dasar perdagangan-dan-pelaburan memperhebatkan persaingan ekonomi. Selain itu, pemahaman mendalam hasil daripada temubual bersama anggota-anggota WTCA di seluruh dunia mendedahkan bahawa kemudaratan yang berlaku terhadap perdagangan dan pelaburan global mungkin lebih teruk berbanding yang ditunjukkan baru-baru ini oleh penunjuk-penunjuk tradisional.

Perdagangan global berkembang 3 peratus pada tahun 2018, namun tarif dan punca lain berlakunya ketidaktentuan telahpun mendorong World Trade Organization untuk mengurangkan ramalan pertumbuhannya bagi tahun 2019 daripada 3.7 peratus kepada 2.6 peratus. Realitinya berkemungkinan lebih teruk sekiranya perdagangan dan pelaburan disokong secara tidak jujur oleh syarikat-syarikat yang mencuba untuk mendahului tarif yang akan berlaku atau menavigasi di sekitar halangan lain. Anggota-anggota WTCA melaporkan peningkatan dalam perdagangan sejak tahun lalu tatkala perniagaan berusaha untuk menetapkan kos sebelum Brexit dan sebelum ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin meningkat.

“Ketidaktentuan ekonomi telah mewujudkan keadaan ‘normal baharu’ yang mana perniagaan dan organisasi dipaksa untuk berdepan dengannya,” kata Pengarah Urusan FP Analytics Claire Casey. “Laporan tahun ini menunjukkan punca asas yang mendorong berlakunya pergolakan ekonomi ini selain menyediakan strategi-strategi yang berjaya untuk memerangi ketidakstabilan baharu ini.”

Bagaimana bandar-bandar dapat bertahan dalam keadaan turun naik ekonomi global dan memupuk pertumbuhan? Analisis terhadap data ekonomi peringkat bandar sejak lima tahun lalu mendapati bahawa bandar-bandar yang mengatasi negara-negara mereka semasa berlakunya kelembapan ekonomi mempunyai himpunan ciri yang konsisten. Tanpa mengira lokasi atau saiz, bandar-bandar ini kesemuanya mempunyai ekonomi yang agak pelbagai, sektor perkhidmatan yang mantap, penduduk yang berpendidikan, bahagian tinggi warganegara asing serta infrastruktur pengangkutan yang kukuh. Mereka turut berjaya mengatasi kemungkinan dengan menarik pelaburan dalam keadaaan yang sukar: FDI mereka sebagai peratusan KDNK adalah dua kali ganda sama tingginya dengan purata sebagaimana bandar-bandar yang tidak berdaya tahan.

“Laporan Perdagangan dan Pelaburan WTCA 2019 menunjukkan bahawa bandar-bandar dan perniagaan-perniagaan dipaksa mempertimbangkan strategi pelaburan baharu dan peluang perdagangan ketika ekonomi global berada dalam keadaan fluks yang hampir malar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WTCA Scott Ferguson. “Walau bagaimanapun, bandar-bandar ini berkedudukan baik untuk berperanan sebagai pusat kestabilan dan pertumbuhan ekonomi semasa berlakunya peralihan perubahan dasar dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.”

Laporan ini dilancarkan di Metz, Perancis, bersama-sama perbincangan panel tentang dapatannya. Ketua Pegawai Eksekutif WTCA Scott Ferguson; Rolf Alter, Felow Kanan di Hertie School of Governance di Berlin dan mantan Pengarah Tadbir Urus Awam di Organisation for Economic Cooperation and Development; Rani Dabrai, Pengarah World Trade Center Dublin; dan Bruce Nairne daripada Nairne Limited, pakar runding sektor swasta, berkongsi pandangan mereka tentang laporan ini dan cabaran serta peluang untuk perniagaan dalam persekitaran semasa.

“Bandar-bandar merupakan tempat di mana dasar dan penduduknya bertemu,” ujar Alter. Beliau menyambung, “Kita berada dalam abad Metropolitan dan laporan ini kaya dengan contoh yang berfungsi untuk memastikan daya tahan sesebuah bandar dalam keadaan yang sememangnya merupakan detik untuk mengalami perubahan asas. Pandangan pengamal yang diperincikan oleh anggota-anggota WTCA dalam laporan ini adalah berwawasan dan penting.”

Keputusan laporan penuh, termasuk ulasan daripada Anggota-anggota WTCA tersedia untuk dimuat turun di www.WTCAReports.org.

Latar Belakang Laporan Perdagangan dan Pelaburan WTCA 2019
Kajian ini, dijalankan dengan kerjasama FP Analytics dan World Trade Centers Association (WTCA), merupakan hasil analisis data peringkat bandar asal, selain tinjauan dan temubual bersama anggota-anggota WTCA di seluruh dunia. Bandar-bandar yang mempunyai anggota WTCA melibatkan lebih 35% KDNK global dan merupakan tumpuan kepada hampir 1.24 bilion penduduk. Memperoleh pandangan daripada jaringan global unik World Trade Centers ini di lebih 325 bandar, analisis ini bertujuan untuk memberi pencerahan berhubung bagaimana trend ekonomi global membentuk perdagangan dan pelaburan di peringkat tempatan dan cara-cara inovatif yang diambil oleh bandar-bandar dan World Trade Centers untuk menavigasi keadaan “normal baharu” ini, bagi membina hubungan global untuk memacu pertumbuhan setempat.

Latar Belakang World Trade Centers Association 
World Trade Centers Association (WTCA) ialah satu jaringan yang terdiri daripada lebih 325 perniagaan dan organisasi yang amat terhubung dan saling menyokong antara satu sama lain hampir di 100 negara. Sebagai pemilik tanda dagangan “World Trade Center” dan “WTC”, WTCA melesenkan hak-hak eksklusif kepada jenama-jenama ini untuk digunakan oleh Anggota-anggota bersama-sama dengan hartanah, kemudahan dan tawaran perkhidmatan perdagangan bebas milik dan ikonik mereka. Melalui portfolio acara, program dan sumber mantap yang ditawarkan kepada Anggota-anggotanya, matlamat WTCA adalah untuk membantu ekonomi tempatan berkembang maju dengan menggalakkan dan memudahkan perdagangan serta pelaburan di seluruh dunia melalui penglibatan Anggota. Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.wtca.org.

Sumber: World Trade Centers Association

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend