Majlis Tindakan Ekonomi Dianggotai 16 Individu Bagi Mengatasi Masalah Rakyat

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Majlis dianggotai 16 individu yang dilantik sebagai ahli majlis berkuat kuasa serta-merta, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Perdana Menteri berkata majlis itu ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat terhadap masalah yang dihadapi mereka, khususnya dalam bidang ekonomi.

“Matlamat utama majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.”

“Majlis ini juga akan meneliti isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli majlis terdiri daripada:

  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
  • Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking
  • Menteri Kerja Raya, Baru Bian
  • Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid
  • Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz
  • Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
  • Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
  • Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Dr Hasnita Hashim
  • Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen
  • Pengerusi Asean Business Advisory Council Malaysia, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid
  • Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Paul Selvaraj
  • Peguam, Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Nizam Mahshar

Pejabat Perdana Menteri berkata, sekretariat bagi majlis itu adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1 Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan menubuhkan satu badan yang akan meneliti dan membuat keputusan mengenai ekonomi negara.
Sumber: BH Online

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Merosot – Kata Bank Dunia

Malaysia menyaksikan peningkatan yang sangat baik pada tahun 2017 dengan kadar GDP 5.9%, tetapi dijangka turun kepada 4.9% untuk tahun 2018. Ini merupakan kemerosotan sebanyak 0.5% berbanding jangkaan awal Bank Dunia. Boleh baca selanjutnya di sini.

Ekonomi rakyat pun dijangka menjadi perhatian, di mana 76% Daripada Penjawat Awam Bergaji Kurang Daripada RM5,000 Sebulan tetapi Kakitangan Kerajaan Belanja Lebih Daripada 1/2 Gaji Untuk Bayar Hutang.

Menurut kajian yang dijalankan Bank Negara Malaysia (BNM), berikut merupakan gaji kehidupan wajar bagi warga Kuala Lumpur.

Tapi menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pula, lebih daripada separuh rakyat Malaysia mempunyai gaji di bawah paras RM2,700 ini.

Semoga dengan adanya Majlis Tindakan Ekonomi ini, diharapkan ekonomi negara dan rakyat Malaysia akan menjadi bertambah baik.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend