Malaysia Naik Dua Anak Tangga Ke Ranking 22 Senarai Daya Saing Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2018 (Bernama)

Malaysia naik dua anak tangga kepada kedudukan 22 dalam​​​​​​​ Ranking Daya Saing Dunia IMD yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) Pusat​​​​​​​ Daya​​​​​​​ Saing Dunia.

“Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi (di Asia Tenggara) yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa, “ menurut​​​​​​​ kumpulan penyelidikan yang berpangkalan di Switzerland itu dalam kenyataan hari ini.

Lima negara teratas yang paling berdaya saing di dunia kekal seperti pada 2017, namun​​​​​​​ kedudukan itu berubah.

Amerika Syarikat kembali ke tangga pertama dari kedudukan keempat tahun lepas, didorong​​​​​​​ terutamanya​​​​​​​ oleh prestasi ekonomi dan infrastruktur yang kukuh.

Kedudukan itu diikuti Hong Kong, Singapura, Netherlands dan Switzerland.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend