Mari Berkenalan Dengan Sunway Group – Kenali 12 Sektor Yang Diceburi Mereka

Sebut saja nama Sunway Group, pasti ramai yang mengenalinya. Banyak betul sektor yang diceburi Sunway Group, di antaranya adalah seperti berikut:

1. Sunway Property

Nama yang sangat gah dalam sektor hartanah di Malaysia, Sunway Property telah pun menyiapkan 25,000 unit dengan nilai pembangunan kasar (gross development value) yang melebihi RM25 bilion. Bukan sahaja di Malaysia, mereka juga membangunkan hartanah di China, India, Cambodia, Vietnam, Australia dan Singapura.

Di antara projek mereka yang terkenal adalah Sunway City di Kuala Lumpur, Sunway Geolake Residences, Sunway Damansara dan Sunway Velocity di Selangor, Sunway City Ipoh di Perak dan Sunway Cassia dan Sunway Wellesley di Pulau Pinang.

Sunway Geolake Residences

Sunway Cassia

2. Sunway REIT

Kalau nak melabur dalam industri hartanah, tetapi kekurangan modal – bolehlah melabur dalam Sunway REIT (Real Estate Investment Trust). Dengan adanya REIT ini, anda akan memperolehi kepelbagaian portfolio hartanah.

Lihat sajalah Sunway REIT yang memiliki aset dalam beberapa pusat membeli-belah, hotel, pejabat dan juga hospital. Di antaranya ialah Sunway Pyramid Shopping Mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel, Sunway Putra Mall, Sunway Putra Hotel, Sunway Putra Tower, Menara Sunway, Wisma Sunway dan Sunway Medical Centre.

3. Sunway Construction

Tahukah anda bahawa taman tema Legoland dan Masjid As-Syarikin di KLCC adalah antara projek yang dibina oleh Sunway Construction? Dan kebanyakan daripada projek yang mempunyai nama Sunway, juga dibina oleh mereka sendiri. Mereka juga terlibat dalam membangunkan projek LRT, lebuhraya dan bermacam-macam lagi.

4. Sunway Hotels & Resorts

Dah penat bekerja sepanjang minggu, mesti nak relaks dan tenangkan fikiran kan? Apa kata anda bawa seluruh isi keluarga ke Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya di Pulau Pinang. Banyak aktiviti bersama boleh dilakukan di Pulau Pinang, dan harga bilik pun berpatutan. Sekali sekala perlu juga reward diri sendiri dan keluarga.

Sunway Hotels & Resorts menguruskan 11 hotel di Malaysia, Cambodia dan Vietnam dengan lebih daripada 3,000 buah bilik.

5. Sunway Education Group

Sunway juga tidak ketinggalan untuk menceburkan diri dalam bidang Pendidikan dengan adanya Sunway Education Group, daripada peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti, ada sesuatu untuk semua orang.

Sunway International School untuk peringkat sekolah menengah, Sunway College untuk memulakan langkah ke peringkat pengajian tinggi dan Sunway Universiti untuk mereka yang ke puncak menara gading.

Tidak ketinggalan juga Jeffrey Cheah Foundation yang banyak memberi biasiswa kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan juga kepada para pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan  cemerlang yang ingin mendapatkan ijazah mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi yang bertauliah.

Katanya Sunway Education juga akan melebarkan sayap mereka ke Pulau Pinang tak lama lagi. Semakin ramai orang akan memperoleh manfaat pendidikan kelas bertaraf antarabangsa yang dibawa mereka.

6. Sunway Malls

Mesti ramai yang pernah membeli-belah di Sunway Pyramid, Sunway Carnival, Sunway Giza Mall, Sunway Putra Mall dan Sunway Velocity Mall kan?

Kalau nak tahu Sunway Malls inilah yang menguruskan kelima-lima pusat membeli-belah terkenal ini dengan lebih daripada 4 juta ruang kaki persegi untuk disewa.

Sunway Carnival Mall juga bakal mendapat wajah baru, dengan membelanjakan RM500 juta untuk meluaskan dan mencantikkannya. Jemput baca http://www.theedgemarkets.com/article/sunway-carnival-mall-gets-rm500m-expansion-facelift untuk butiran lanjut. Projek yang bakal siap menjelang 2022 ini, pasti akan menguntungkan semua pihak.

7. Taman Tema

Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun adalah dua nama yang terkenal bagi mereka yang ingin beristirehat sambil bermain-main di taman tema yang besar ini.

Siapa sangka Sunway Lagoon dah lama dibuka, sejak tahun 1992 lagi dan semakin bertambah keluasannya. Dah pergi sekali, pasti nak pergi lagi.  Dengan adanya promosi Annual Pass, lebih menguntungkan untuk pergi banyak kali dalam setahun.

8. Hospital

Sunway Medical Centre sudah ditubuhkan sejak tahun 1999 lagi, menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif. Lihat sajalah betapa banyaknya pusat khusus dan kepakaran yang dimiliki mereka.

Sunway Medical Centre kini mempunyai 535 buah katil, 180 suite perundingan, 12 dewan bedah dengan 1,470 ruang tempat letak kereta. Boleh nampak betapa bersungguhnya mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pesakit.

Sunway juga bercadang untuk membina sebuah hospital yang serba-serbi lengkap di Seberang Jaya, Pulau Pinang; bersebelahan dengan Sunway Hotel Seberang Jaya dan Sunway Carnival Mall.

9. Perdagangan dan Pembuatan

Ini khusus bagi mereka yang terlibat dalam industri pembinaan, perkapalan, oil & gas, perlombongan, pertanian, pembuatan, pembalakan dan pengkuarian.

Hasil daripada pengalaman mereka yang luas, anda juga boleh membeli serta meminta mereka membuat peralatan khusus dalam mana-mana bidang yang disenaraikan di atas.

10. Bahan-Bahan Binaan

Bagi mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan, pasti percaya dengan bahan-bahan binaan yang dihasilkan mereka. Ianya mematuhi piawaian antarabangsa dan berkualiti tinggi.

11. Komersial

Untuk sektor komersial pula, Sunway Group menguruskan lima menara pejabat yang hebat di Lembah Klang. Ini termasuklah Menara Sunway dan The Pinnacle Sunway di Sunway City, Sunway Tower dan Sunway Putra Tower di tengah bandar Kuala Lumpur, dan Wisma Sunway di Shah Alam.

Bagi mereka yang berhajat untuk menyewa ruang pejabat dengan kemudahan yang lengkap, bolehlah mencari pejabat yang sesuai dengan keperluan anda di sini.

12. Lain-lain Unit Perniagaan

Selain menceburi sektor-sektor di atas, Sunway juga mempunyai lain-lain unit perniagaan seperti Sunway Credit yang memberi kemudahan pinjaman dan Sunway Money dimana anda boleh menghantar wang ke luar negara dengan mudah dan selamat.

Anda juga boleh mengumpul PALS points semasa membeli-belah di pusat membeli-belah dan menginap di hotel-hotel milik Sunway. Points yang dikumpul boleh ditukar ke bilik hotel, tiket taman tema dan banyak lagi.

Perniagaan-perniagaan lain yang diceburi oleh Sunway termasuklah Sunway iLab, Sunway Farmasi dan PopBox.

Sunway Group – Nama Yang Boleh Dipercayai

Dengan pengalaman yang luas di dalam Malaysia dan juga luar negara, banyak sumbangan Sunway Group sebenarnya. Dalam industri hartanah, pembinaan, hotel, hospital, pendidikan dan banyak lagi; ini menunjukkan betapa kukuhnya nama Sunway Group.

Tapi tahukah anda bahawa mereka juga disenaraikan di Bursa Malaysia? Dan kita boleh menjadi sebahagian daripada pemilik Sunway Group ni?

Jom kita tengok prestasi saham Sunway Group seperti berikut:

Sumber: Bursa Marketplace

Setahun yang lalu, Sunway Group sedang membuat uptrend dengan sahamnya berharga RM3.30 pada awal April 2017. Ianya mendaki sampai ke harga RM4.57 iaitu peningkatan sebanyak 38% dalam masa 5 bulan pada pertengahan September 2017.

Namun, selepas ianya membuat Share Split pada hujung tahun 2017, saham Sunway Group kini sedang membuat Sideways. Ia dilihat seperti sedang mengumpul tenaga untuk membuat Breakout apabila tiba masanya.

Dengan Fundamental yang kuat dan peningkatan keuntungan saban tahun, saham kini berada dalam fasa pengumpulan atau Box Trading. Apabila keluarnya daripada kotak nanti, pastinya harga saham akan melonjak ke paras tertinggi yang baru.

Dan beruntunglah pemegang saham Sunway Group, kerana syarikat ini sentiasa membuat keuntungan dan suka memberi dividen kepada pemegang-pemegang saham mereka.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa Sunway Group merupakan sebuah syarikat yang sangat teguh dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend