Mata Wang Digital Hilang US$100 Bilion Dalam Masa Sehari

Ramai yang kata mata wang digital atau krypto tunggu masa untuk ‘burst’, dan perkara tersebut baru sahaja berlaku beberapa hari yang lalu. Menurut Fortune.com, Jumaat 2 Februari 2018 adalah tarikh di mana mata wang digital utama ‘hilang’ $100 bilion dalam masa sehari.

Hilang di sini bermaksud rugi.

Harga Bitcoin telah jatuh ke paras $7,700 US Dolar berbanding $10,000 US Dolar sebelumnya. Secara keseluruhannya, Bitcoin telah turun sebanyak 60% daripada harga tertinggi yang dicatatkan iaitu $20,000 US Dolar pada bulan Disember yang lalu.

Lain-lain mata wang digital yang jatuh teruk adalah Etherum, Litecoin dan Ripple.

  • Ethereum turun ke $830 US Dolar daripada $1,100 US Dolar (Turun 24.5%)
  • Litecoin turun ke $115 US Dolar daripada $150 US Dolar (Turun 23.3%)
  • Ripple turun ke $0.72 US Dolar daripada $1 US Dolar (Turun 28%)

Malah ada juga mata wang digital yang tidak terkemuka seperti Stellar dan Cardon turun lebih daripada 35% hanya dalam masa sehari.

Apa Yang Sebabkan Mata Wang Digital Jatuh Teruk?

Tiada siapa yang tahu punca sebenar kejatuhan mendadak ini, sama seperti tiada siapa tahu punca sebenar kenaikan mendadak mata wang digital pada tahun 2017.

Dengan erti kata lain, ia sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana nilai setiap daripada mata wang digital di atas adalah bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh pasaran itu sendiri.

Semuanya spekulasi semata-mata, iaitu berdasarkan kepada konsep penawaran dan permintaan. Lagi tinggi permintaan terhadap sesuatu mata wang digital, lagi tinggi harganya akan naik.

Sebaliknya yang berlaku apabila semakin ramai yang tidak percaya dengan mata wang digital, sekaligus menjual pegangan mereka beramai-ramai; harganya juga akan menjunam dengan sangat laju.

China Dan Korea Selatan Melarang Transaksi Mata Wang Digital

Dua negara terbesar Asia kini telah mula mengharamkan segala bentuk jual beli mata wang digital, dan ini telah menyebabkan ramai pelabur hilang keyakinan dan membuatkan mereka menjual. Lebih teruk lagi, ada yang sanggup membunuh diri akibat daripada kejatuhan yang amat dahsyat ini.

Sumber Rujukan: Time.com

Jauhi Dulu Mata Wang Digital Buat Masa Ini

Banyak lagi berita mengenai mata wang digital yang tidak enak seperti kisah bagaimana pelanggan ‘hilang’ jutaan malah berbilion Ringgit akibat kena hack. RM261 Juta Bitcoin Hilang Dicuri – NiceHash kena hack Disember 2017 yang lalu, dan yang terbaru Kerugian Terbesar Mata Wang Digital – $533 Juta di mana Coincheck pula kena hack baru beberapa minggu yang lepas.

Oleh itu, buat masa ini cuba elakkan terlebih dahulu daripada terlibat dengan mata wang digital dan juga Bitcoin. Ini adalah kerana:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend