Megaxus Lancar Fatal Raid: SEA Invasion di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina

JAKARTA, Indonesia, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ — Syarikat penerbitan dan pembangunan permainan mudah alih Asia TenggaraPT Megaxus Infotech (Megaxus) melancarkan satu permainan mudah alih baharu berjudul “Fatal Raid: SEA Invasion”. Permainan Penembak Diri Pertama (FPS) ini kini disediakan di 4 negara di Asia TenggaraIndonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina.

“Pemain-pemain Asia Tenggara gemar bersaing antara satu sama lain sambil berhibur. Fatal Raid: SEA Invasion menyediakan corak permainan yang pantas dengan pelbagai persaingan PVP. Kami yakin pemain-pemain akan menyukai Fatal Raid: SEA Invasion,” kata Bambang Budiman, Pengurus Kanan Kandungan PT Megaxus Infotech. “Dengan corak permainan yang kompetitif, Fatal Raid: SEA Invasion dapat menarik ramai pengikut dan pesaing e-Sukan di Asia Tenggara,” sambung beliau.

Permainan mudah alih ini turut ditampilkan dalam Prapendaftaran Google Play mulai 18 Januari 2019 hingga 25 Januari 2019. Fatal Raid: SEA Invasion menyediakan pelbagai mod permainan seperti Mod Jalan Cerita, Mod Mencabar (Mod Serang, Mod Pertahanan, Mod Serbuan, Koliseum), Mod PVP (Latihan, Pasukan Deathmatch, Pengeboman, 1 lawan 1, Perlawanan Pistol/Penembak Hendap, Survival, Kedudukan PVP). Permainan mudah alih padat dengan ciri-ciri seperti koleksi dan penaiktarafan senjata serta perisai, penaiktarafan karakter, Klan dan banyak lagi.

Dalam Fatal Raid:SEA Invasion, pemain-pemain boleh memilih daripada seleksi luas senjata, setiap satunya memiliki keistimewaannya tersendiri, yang memberi lebih sifat dinamik kepada corak permainan ini. Permainan ini turut menawarkan seleksi tahap kesukaran yang membolehkan permainan dinikmati oleh pemain-pemain baharu, selain pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Dengan adanya grafik berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh permainan mudah alih ini, ia tidak memerlukan peranti dengan spesifikasi tinggi untuk mengendalikannya.

“Kami berharap agar Fatal Raid: SEA Invasion dapat memberi pengalaman FPS baharu kepada pemain-pemain di Asia Tenggara. Kami akan terus menyediakan kandungan dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna-pengguna setia kami,” simpul Bambang.

Laman Sesawang: https://fatalraidsea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FatalRaidSEA
Instagram: http://instagram.com/fatalraidsea

Latar Belakang Megaxus Infotech 
PT Megaxus Infotech ialah sebuah syarikat permainan di Indonesia sejak tahun 2006Syarikat membawakan produk dan perkhidmatan terbaik serta inovatif kepada para pemain. Permainan daripada Megaxus: Audition AyoDance, Lineage II, WarRock, Grand Chase, Counter-Strike Online, SD Gundam Online, AyoOke, Heroes of Atarsia, World In AyoDance, Royal MasterPrincess Rush, Rhythm N Joy, Closers Online, Bakso Horror, Combo Rush, Audition AyoDance Mobile dan Fatal Raid: SEA Invasion. Paling terkini, Audition AyoDance Mobile berjaya memenangi anugerah Google Play Best of 2018 bagi kategori Permainan Paling Kasual–Indonesia.

Sumber: Megaxus Infotech

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend