Mengkaji Pola Pembelian Dalam Talian Kaum Lelaki Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2019 – Beli-belah dalam talian kini tidak lagi asing bagi kaum lelaki kerana lebih ramai dalam kalangan mereka membeli produk mereka di dalam talian. Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, kini melihat peningkatan dalam aktiviti pembeli lelaki di dalam aplikasinya. Dengan meninjau data pembeli lelaki, Shopee dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang kecenderungan pengguna lelaki. 

Kategori Paling Banyak Dikunjungi

Daripada membeli komputer riba kepada aksesori seperti fon telinga kalis air, kamera papan pemuka kereta, alat permainan, pengecas mudah alih dan kad memori mikro SD, Kategori Mudah Alih dan Aksesori Shopee kekal sebagai kategori paling banyak dikunjungi oleh pembeli lelaki. Telefon pintar seperti Realme 2 Pro, honor 9 Lite dan honor 8x habis dijual dalam masa beberapa minit selepas pelancaran eksklusif pada 2018.

Aktiviti membeli-belah peranti dan peralatan mudah alih meningkat sebanyak 10% antara jam 8.00 malam dan 9.00 malam, yang menunjukkan pengguna lelaki mahu membeli gajet dan aksesori mereka selepas waktu kerja.

Bagi Yang Tampan Lagi Bergaya  

Memandangkan kaum lelaki semakin menitikberatkan soal penampilan, mereka lazimnya lebih suka gaya minimalis dengan memakai T-shirt biasa dan blazer kasual, dan yang boleh didapati dengan mudah di Shopee.  Malah ramai yang sanggup berbelanja lebih RM400 untuk membeli jam tangan, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk teman wanita, adik, kakak dan isteri kerana jam tangan wanita adalah antara produk yang paling kerap dibeli oleh pembeli lelaki.

Untuk melengkapkan penampilan mereka, Shopee meramalkan peningkatan pesanan bagi pomade, serbuk pemutih gigi, cologne dan juga pupur muka, menjadikan kategori Kesihatan dan Kecantikan kedua paling dikunjungi oleh pembeli lelaki. 

Buat Sendiri

Kaum lelaki kini mula memanfaatkan teknologi untuk melakukan kerja rumah memandangkan perbelanjaan besar yang dibuat ke atas barangan mahal seperti pembersih vakum robot yang menelan belanja lebih RM1,050. Bagaimanapun, mereka juga sanggup menyingsing lengan dan buat sendiri dengan peningkatan permintaan dalam alat DIY, alat ganti motosikal dan aksesori dan alat ganti kereta.

Segalanya Yang Diperlukan Lelaki

Walaupun ramai lelaki tidak suka bersiar-siar mencuci mata di pusat beli-belah, pembelian di platfrom e-dagang membolehkan mereka menjimatkan masa, berbelanja dalam keselesaan  rumah sendiri  atau semasa dalam perjalanan. Kempen Shopee for Men (Shopee untuk Lelaki) memenuhi keperluan dan kehendak kaum lelaki. Diadakan dari 21 hingga 25 Februari, rebut tawaran koleksi Shopee for Men bagi jaminan harga paling rendah atau terima pulangan wang 200%; baucar wang kembali 200% setiap hari, pelan pembayaran ansuran 0%, dan tawaran hebat RM25 dengan penghantaran percuma. Shopee juga akan melancarkan permainan dalam aplikasi baharu, Slicing Samurai yang menguji kebolehan pengguna menghiris produk maya untuk memenangi hadiah menarik, syiling dan baucar Shopee. 

Shopee for Men meliputi lima hari bertema:

  • 21 Februari: Pelbagai tawaran gajet bagi Peminat Teknologi, Permainan & Kereta dengan jenama seperti Samsung menganjurkan jualan tempahan awal S10 dengan tawaran tunai kembali RM100, TMT yang menawarkan produk IT dan permainan termampu dan minyak enjin Petron yang terdiskaun dan tulen.
  • 22 Februari: Gedung fesyen terkini dan bergaya bagi Jejaka Bergaya termasuk pakaian lelaki, aksesori, produk dandanan dan penjagaan kulit daripada Timberland, Fossil Levi’s, Ubermen, Nivea, Dashing, Head and Shoulders dan banyak lagi.
  • 23 Februari: Penggiat Kecergasan dan Kesihatan boleh membeli produk, perkakas dan kelengkapan kecergasan terkini, peralatan sukan, pemakanan tambahan kesihatan, adunan protein dan serbuk dadih susu daripada jenama seperti GNC dan Optimum Nutrition.
  • 24 Februari: Lelaki Sudah Berkeluarga boleh menyemak tawaran peralatan keperluan rumah, produk kediaman dan kehidupan, buku, permainan, barangan serbaneka dan banyak lagi dan mendapatkan barangan pesanan di hadapan pintu mereka.
  • 25 Februari: Kempen berakhir dengan Super Men Day, yang menawarkan harga tiada tandingan dan tawaran hebat bagi pelbagai produk lelaki meliputi semua kategori.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, menjanjikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus menambah baik platformnya dan menjadi destinasi e-dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai daripada kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah mengembangkan sayapnya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, e-dagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi, dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend