Merck Dianugerahi Paten Nickase CRISPR Kanada untuk Teknologi Penyuntingan Genom Asas

– Paten libatkan teknologi pasangan Cas9 nickase untuk majukan terapi dan kajian gen, kurangkan kesan tersasar

– Merupakan paten CRISPR ke-13 syarikat secara keseluruhan

– Aktif lesenkan paten berkaitan CRISPR kepada pihak-pihak berminat

DARMSTADT, Jerman, 4 Mac 2019 /PRNewswire/ — Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dan peneraju dalam penyuntingan genom, hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten Kanada membenarkan permohonan paten oleh Merck diarahkan untuk penggunaan pasangan nickase CRISPR dalam sel-sel eukariotik. Paten ini menyediakan penyelesaian penting dan lebih spesifik untuk saintis-saintis yang memerlukan kaedah-kaedah tepat apabila membangunkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang sukar dirawat yang akhirnya dapat diberikan kepada pesakit.

“Kebenaran paten ini merupakan satu lagi kemajuan dalam aspek keselamatan untuk terapi-terapi didayakan CRISPR, memandangkan ia merangkumi teknologi yang dapat meningkatkan kebolehan CRISPR untuk membetulkan gen-gen berpenyakit dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan gen-gen yang sihat,” kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. “Merck telah menjadi peneraju bagi inovasi penyuntingan genom selama 15 tahun dan kebenaran ini meluaskan lagi harta intelek pemotongan dan penyepaduan CRISPR asas kami bagi membantu saintis-saintis memajukan penyelidikan terapi gen.”

Teknologi CRISPR merupakan kecekapan utama untuk Merck. Syarikat menyokong usaha penyelidikan dengan penyuntingan genom di bawah pertimbangan teliti berhubung piawaian etika dan undang-undang. Merck menubuhkan Panel Penasihat Bioetika luar dan bebas bagi memberi panduan kepada penyelidikan yang melibatkan perniagaannya, termasuk penyelidikan terhadap atau penggunaan penyuntingan genom serta telah menakrifkan kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan kemasyarakatan bagi memaklumkan pendekatan terapeutik yang meyakinkan untuk digunakan dalam penyelidikan dan aplikasi.

Paten Kanada ini merupakan paten kedua Merck di Kanada dan yang ke-13 di seluruh dunia. Paten-paten serupa turut diberikan di Australia dan Eropah pada penghujung tahun 2018. Paten terkini ini meliputi pasangan nickase, yang mendorong kespesifikan melalui pendekatan yang amat fleksibel dan cekap bagi mengurangkan kesan-kesan tersasar.

Pasangan nickase merupakan dua nickase CRISPR yang disasarkan kepada sasaran gen biasa yang berfungsi bersama-sama dengan menangkap atau memisahkan bebenang bertentangan pada jujukan kromosom bagi menghasilkan pecahan bebenang ganda dua. Proses ini boleh melibatkan jujukan eksogen atau penderma untuk penyisipan dengan cara yang sama seperti mana teknologi penyepaduan CRISPR Merck. Keperluan dua peristiwa pengikatan CRISPR dapat memberikan pengurangan ketara peluang pemotongan yang tersasar di lokasi-lokasi lain dalam genom.

Portfolio paten penyepaduan CRISPR Merck termasuk paten-paten yang diluluskan di Australia, Kanada, China, Eropah, Israel, Singapura dan Korea Selatan. Paten-paten CRISPR ini adalah untuk penyepaduan kromosom atau pemotongan jujukan dalam sel-sel eukariot dan penyisipan jujukan DNA bagi menghasilkan perubahan genom yang diinginkan.

Merck melesenkan seluruh portfolio patennya untuk semua bidang kegunaan.

Merck merupakan syarikat pertama yang menawarkan biomolekul tersuai untuk penyuntingan genom seluruh dunia (intron kumpulan II berpandu-RNA TargeTron™ dan nukleas jejari zink CompoZr™), mendorong penerimaan teknik-teknik ini oleh para penyelidik di seluruh dunia. Merck juga merupakan yang pertama mengeluarkan pustaka CRISPR tersusun meliputi seluruh genom manusia, justeru dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dengan membolehkan saintis-saintis meneroka lebih banyak persoalan tentang punca masalah.

Selain penyelidikan penyuntingan genom asas, Merck menyokong pembangunan terapeutik berasaskan gen dan sel serta menghasilkan vektor virus. Perniagaan Life Science Merck mempunyai kumpulan penyuntingan genom khusus yang bertujuan untuk memajukan penyelidikan dalam modaliti baharu — bermula dengan penyuntingan genom kepada pembuatan ubatan gen — bagi mengukuhkan lagi komitmen syarikat terhadap bidang berkenaan.

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 51,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2017, Merck menjana jualan sebanyak €15.3 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama “Merck”. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Sumber: Merck

Pautan Berkaitan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend