MyPay – Portal e-Kerajaan Baru, Pesaing Kepada MyEG?

Kalau selama ini, kita sedia maklum bahawa MyEG adalah pembekal perkhidmatan kerajaan yang sangat popular. Mesti ramai di kalangan kita yang menggunakan platform online untuk renew cukai jalan atau road tax, bayar saman Polis Diraja Malaysia dan perkhidmatan ganti MyKad menerusi Jabatan Pendaftaran Negara.

Tapi kini muncul pula MyPay yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2019.

Apa Itu MyPay?

MyPay menggabungkan perkhidmatan dalam talian agensi kerajaan Malaysia. Semak, urus dan bayar bil anda dengan lebih mudah dan pantas.

Cara-cara Menggunakan MyPay

Hanya ikut 3 langkah mudah berikut:

1. Masukkan nombor kad pengenalan dan lengkapkan butiran peribadi untuk daftar akaun MyPay anda

2. Papar agensi di Laman Utama. Klik untuk lihat dan uruskan bayaran bil anda

3. Bayar bil melalui perkhidmatan perbankan dalam talian, cepat dan selamat

Senarai Agensi-agensi Dalam MyPay

Buat masa ini, berikut merupakan agensi-agensi yang bakal ada dalam MyPay:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) – bayar saman

2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – bayar saman, renew road tax

3. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) – kad pengenalan

4. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – bayar balik pinjaman

5. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) – semak daftar undi

6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – bayar saman

7. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) – urusan perumahan pekerja kerajaan

Dan macam-macam lagi.

Pendaftaran Untuk Previu Dah Tutup

Kami sedikit terlambat apabila MyPay membuka untuk previu bagi mereka yang berminat. Dapat jugalah nak explore perkhidmatan MyPay ni.

Nampak gayanya kena tunggu pelancaran MyPay sebulan lagi.

Dah tahu sedikit sebanyak pasal MyPay ni, jom kita berkenalan pula siapakah di sebaliknya.

Siapa Di Sebalik MyPay?

Biasa guna perkhidmatan SMS yang disediakan oleh kerajaan tak?

Semak saman trafik PDRM dengan SMS

Semak keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Semak daftar pemilih daripada SPR

Perkhidmatan SMS ini disediakan oleh syarikat bernama DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd.

Siapa Pula DAPAT Vista ni?

Data. Analytics. Payments. Technology. Itulah nama panjang untuk DAPAT ni. Ianya mempunyai pejabat di Kelana Center Point, Petaling Jaya.

Sumber: Dapat

Dahsyat juga, hampir semuanya dibarisi oleh anak muda.

Apakah Nasib MyEG Selepas Ini?

Umum tahu bahawa sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, saham MyEG jatuh menjunam. Dua hari berturut-turut saham MyEG jatuh ke paras maksimum, sehingga terpaksa Bursa Bekukan Had Bawah MYEG dan George Kent.

Tak cukup dengan itu, datang pula kontroversi kononnya MyEG terlibat dengan rasuah. Kita lihat pula bagaimana Saham MYEG Dan DSONIC Jatuh Teruk Susulan Pendakwaan Terhadap Zahid Hamidi.

Dan yang terbaru, dengan perkhidmatan MyPay bakal diperkenalkan dalam masa sebulan dua ini, agak-agaknya adakah MyEG tidak lagi relevan selepas ini? Semakin kurang orang ramai guna MyEG? Semakin kurang pendapatan dan keuntungan MyEG? Bagaimana pula dengan harga saham MyEG lepas ni?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend