NEST, Konsep ‘Fusion’ Makan & Minum + Ruang Kerja Kolaborasi Yang Pertama Dalam Industri

Petaling Jaya, 21 Februari 2019Trade.io dan The GreatFUN Group hari ini melancarkan NEST, sebuah konsep ‘fusion’ Makan Minum (F&B) dan Ruang Kerja Kolaborasi yang cukup berlainan di The Curve, Mutiara Damansara.

Sebuah konsep yang pertama seumpamanya, konsep ‘fusion’ F&B dan Ruang Kerja Kolaborasi yang unik ini tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat lain di Malaysia mahupun di seberang! Kini, ia hadir selepas ruang kerja kolaborasi yang pertama dilancarkan di Amerika Syarikat 14 tahun yang lalu pada tahun 2005. Hari ini, Malaysia meneraju dalam membawakan konsep inovatif yang merealisasikan daya imaginasi dan kemahuan tenaga kerja dinamik pada hari ini.  Di samping itu, konsep ini turut menangani peningkatan kos harga hartanah serta kos operasi dalam penyelenggaran pejabat.

Menepati taglinenya ‘Apa Sahaja yang Anda Lakukan, Lakukannya di Sini’, NEST direka untuk berfungsi sebagai ruang kerja kolaborasi sehenti untuk anda berkerja, bertemu, berbual, makan, minum dan bersantai. NEST menawarkan dua kategori perkhidmatan iaitu ‘work@nest’ dan ‘eat@nest’ bagi golongan pekerja dan usahawan yang mahukan ruang selain daripada pejabat tradisional, freelancer yang berkerja di luar, usahawan dari rumah, usahawan kedai, pekerja korporat dan juga mereka yang melawat atas urusan perniagaan.

‘work @ nest’ menawarkan pelbagai pilihan yang berpatutan dari pas harian (RM 30) hinggalah ke ruang yang boleh disewa bulanan. Pengguna boleh memilih meja umum atau hot desks (RM 300 sebulan), meja tetap (RM 600 sebulan) dan suite peribadi (RM 1,200 sebulan), manakala bilik mesyuarat dan ruang acara pula dikenakan bayaran serendah RM 60 sejam, bergantung pada saiz setiap ruang.

Sementara itu, eat@nest’ mempunyai lima jenama F&B yang berbeza. Antaranya ialah Gajah, yang menyajikan masakan Asia Tenggara dengan harga berpatutan dan hidangan asli yang terdiri daripada juadah Indonesia, Thai dan Malaysia. Juga dibawakan oleh NEST, Pizzazone pula bertemakan masakan Itali yang menawarkan beberapa hidangan ruji Itali di samping pizza istimewa yang direkacipta semula dengan rasa tempatan. Quick Fix Coffee Bar ialah sebuah lagi jenama dengan servis pantas yang menyajikan kopi yang segar dibancuh, pelbagai sandwic dan snek yang siap terhidang untuk pelanggan yang ingin menjamah terus, tanpa perlu menunggu lama. Seterusnya, Quickie Bar merupakan sebuah ruang penghidangan minuman beralkohol yang sempurna untuk sesi bersantai dan berkenalan! Akhir sekali, Tail & Fin pula ialah sebuah restoran ‘fusion’ Jepun berasal dari Las Vegas yang menawarkan *poke bowls (disebut “poh-keh”), burrito sushi dan hidangan lain yang menarik.

Sebagai manfaat tambahan, 30% daripada jumlah yuran langganan ruang yang disewa akan ditukarkan kepada kredit makanan untuk digunakan di mana-mana jenama F&B NEST. Restoran-restoran ini juga boleh dilawat pada bila-bila masa bukan sahaja oleh golongan pekerja, tetapi juga dibuka kepada orang ramai.

Selain itu, pengguna juga dapat menikmati kelebihan seperti akses harian ke kemudahan serba lengkap seperti sambungan internet pantas, perkhidmatan meja hadapan, sokongan IT, ruang umum yang unik, pembersihan harian, pengendalian surat-menyurat dan pakej penghantaran, serta bekalan kelengkapan pejabat. Ini membolehkan pengguna untuk kekal fokus kepada kerja dan perniagaan mereka dan boleh berlapang dada membiarkan NEST mengendalikan segala hal pengurusan pejabat.

NEST ialah hasil idea bernas dari dua organisasi iaitu The GreatFUN Group yang berlatarbelakangkan 30 tahun pengalaman dalam industri F&B dan telah melancarkan beratus-ratus rantai makanan yang berjaya di rantau ini; dan Trade.io yang mahir dalam dunia kewangan dan teknologi kewangan (fintech). Bersama, mereka membuka NEST kepada pengguna bagi mengecapi potensi perniagaan bisnes mereka.

Konsep ruang kerja kolaborasi sebagai sebuah model perniagaan telah dicetuskan oleh Brad Neuberg sewaktu beliau menerajui budaya kerja kolaborasi di San Francisco. Sejak itu, kerja kolaborasi telah mendapat banyak sambutan terutamanya disebabkan oleh ruang yang tidak mencukupi di negara-negara seperti China, India, Singapura, Hong Kong, dan juga berpunca dari kemahuan dari golongan tenaga kerja pada zaman serba moden ini. Menariknya, konsep ini juga semakin popular di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan semakin banyak ruang kerja kolaborasi yang muncul, kelengkapan yang memberikan lebih nilai buat pengguna adalah faktor penting dalam mempengaruhi pilihan ruang kerja. Baru-baru ini, sebuah kajian oleh DeskMag, sebuah majalah yang meliputi berita kerja kolaborasi, mendedahkan bahawa 81 peratus daripada pengguna ruang kerja kolaborasi merasakan bahawa adanya bar snek dan restoran adalah sangat penting manakala dua pertiga mahukan sebuah pasar raya di sekitar ruang kerja kolaborasi[1]. Hal ini menyokong lagi tanggapan bahawa keperluan pengguna kini telah berubah dan mereka mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar tempat untuk berkerja. 

Encik Tan Tian Jing, Pengarah Eksekutif The GreatFUN Group berkata, “NEST berasal dari perkataan akar bahasa Jerman dan Latin, nidus. Selari dengan itu, matlamat kami ialah supaya NEST untuk berfungsi sebagai tempat pertemuan bagi bertukar pendapat, idea dan pengalaman. Oleh itu, menggabungkan F&B ke dalam konsep ruang kerja kolaborasi telah melengkapkan lagi objektif ini. Bukan sahaja ia menggabungkan tabiat kerja rakyat Malaysia di mana bermesyuarat sambil makan tengahari adalah menjadi sebuah kebiasaan, di mana kita semua tahu bahawa makanan adalah sebahagian penting daripada gaya hidup tempatan. Namun, ia juga sangat mudah untuk mempunyai aneka pilihan makanan dan minuman yang hanya beberapa langkah sahaja dari meja kerja anda. Jika anda inginkan, ia juga boleh dibawa ke meja anda. ”

Berlokasi di pusat membeli-belah, NEST yang pertama bertempat di The Curve membolehkan para pengguna untuk berada berhampiran kemudahan harian seperti pasar raya, pusat jagaan harian, gim dan banyak lagi. Selain itu, para pengguna juga akan dapat mengurangkan kos pengangkutan dengan adanya stesen MRT sedia ada dan tempat letak kereta yang berpatutan. Selain itu, kawasan di sekeliling ruang acara juga berpotensi untuk dikembangkan ke lebih banyak suite persendirian untuk memenuhi permintaan masa hadapan. Tidak lama lagi, ruang kerja kolaborasi NEST di MyTown di Kuala Lumpur akan dibuka pada bulan April, dengan lebih banyak lagi dalam perancangan.

Encik Terence Tan Kok Ping, Ketua Pembangunan Perniagaan Trade.io berkata, “Melalui pengalaman kami, banyak ruang kerja kolaborasi terutamanya di negara Barat dibina buat segmen kreatif dan teknologi. Justeru, ini telah mendorong kami untuk mencari kelainan. Sebagai salah satu daripada strategi jangka panjang, Trade.io akan menyumbang kepakaran kami sebagai institusi kewangan generasi baharu berdasarkan teknologi blockchain. Hasrat kami adalah untuk menggalakkan budaya celik kewangan di samping pendidikan kewangan dan teknologi kewangan (fintech). Pada masa akan datang, NEST bakal menganjurkan program, seminar dan aktiviti yang memberi tumpuan kepada tema motivasi diri dan kejayaan.”

Maklumat lanjut dan berita terkini tentang NEST boleh didapati di www.nesting.my

[1] http://www.deskmag.com/en/what-coworking-spaces-coworkers-want-165

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend