Pelan Keluarga AXA eMedic, Pelan Insurans Perubatan Keluarga dalam talian pertama di Malaysia

  • AXA AFFIN memperkenalkan Pelan Keluarga AXA eMedic serendah RM150* sebulan untuk sebanyak empat ahli keluarga dan perlindungan sehingga RM100,000 bagi setiap individu setahun.
  • Mereka yang berminat boleh membeli Pelan Keluarga AXA eMedic dalam masa 10 minit menerusi pakej dalam talian tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan.
  • Pelan Keluarga AXA eMedic ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berusia antara 15 hari – 49 tahun. Pelanggan yang membeli pelan keluarga juga boleh menikmati rebat 5% atas jumlah premium.

AXA eMedic – Kad perubatan dalam talian pertama di Malaysia yang dilancarkan pada April 2018, telah memartabatkan AXA AFFIN Life Insurance sebagai salah satu daripada perintis perlindungan digital di Malaysia dengan menguasai lebih 70% daripada bahagian pasaran perlindungan hayat digital**. Malah lebih daripada 4,000 polisi telah dikeluarkan setakat ini untuk memastikan golongan milenial yang terdiri daripada profesional muda dan keluarga muda dilindungi dan bersiap sedia untuk menghadapi perkara yang tidak diduga dalam hidup. Disokong oleh pertumbuhan positif, AXA AFFIN Life setakat ini berkembang pada kadar kira-kira 60% dari segi “Annualized Premium Equivalent” (APE) dan tawaran digital ini telah membantu meningkatkan kadar perlindungan. AXA AFFIN Life menetapkan sasaran jualan 20% daripada saluran digital menjelang 2023 dan kini bekerjasama dengan hampir 20 rakan “HealthTech” dan “InsurTech” di Malaysia untuk mencapai matlamat tersebut.

Pada awalnya, ia dilancarkan untuk golongan milenial berusia 16 – 39 tahun, dan AXA eMedic telah ditambah baik beberapa kali sepanjang tempoh 18 bulan lepas. Produk tersebut kemudian disediakan untuk kanak-kanak seawal usia 15 hari dan ekspatriat, hanya dua bulan selepas diperkenalkan di pasaran. Berasaskan permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai, kelayakan umur telah dinaikkan kepada 49 tahun pada Jun tahun ini.   

Hasil pemerhatian dan analisis tingkah laku pembeli, AXA AFFIN Life Insurance melancarkan satu lagi tawaran serba maju sulung di pasaran menerusi Pelan Keluarga AXA eMedic. Dengan fokus utama untuk memberi perkhidmatan yang memudahkan pelanggan, Pelan Keluarga AXA eMedic boleh dibeli secara pakej di dalam talian dalam masa tidak sampai 10 minit menerusi www.AXAeMedic.com.  Mereka yang berkeluarga kini boleh mendapatkan perlindungan serendah RM150* sebulan untuk sebanyak empat ahli keluarga dengan perlindungan sehingga RM100,000 bagi setiap individu setahun. Pelan ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun. Pelan keluarga ini mudah dimohon dengan hanya satu borang dalam talian dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan dengan menyediakan kelulusan serta-merta.

“Kami mendukung wawasan untuk menjadi syarikat insurans kesihatan dan perlindungan pilihan utama di Malaysia, terutamanya golongan milenial. Dengan kemajuan teknologi baharu, ibu bapa tidak perlu mengisi pelbagai borang atau mengambil beberapa produk kompleks yang berbeza untuk memastikan seisi keluarga mereka dilindungi. Dengan Pelan Keluarga AXA eMedic, semua ini boleh diuruskan dengan mudah dan diakses hanya dengan beberapa klik. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia kini boleh mempersiapkan diri masing-masing untuk menangani kos yuran perubatan yang semakin meningkat dengan pelan keluarga mampu milik ini,”  kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif, AXA AFFIN Life Insurance.

Pembantu maya “Ask Michelle” dan chatbot bernama “Atom” disediakan untuk membantu pelanggan melalui seluruh proses pembelian. Apabila pelanggan menghadapi isu dalam proses pembelian atau mengalami masalah memahami manfaat Pelan Keluarga AXA eMedic, pelanggan boleh menghantar pesanan WhatsApp kepada “Michelle” dan mendapatkan jawapan mereka dalam masa beberapa minit atau berbual dengan “Atom” menerusi laman web untuk penerangan tentang ciri-ciri produk atau menjawab sebarang kemusykilan pelanggan.

Semua pelanggan masih boleh mengakses BookDoc, sebuah platform ganjaran kesihatan yang menggalakkan cara hidup sihat dan membolehkan pelanggan mencari dan membuat temu janji dengan doktor-doktor pakar. Untuk bimbingan profesional dan sokongan psikologi pemulihan, pelanggan akan diberi akses kepada Naluri, sebuah platform dengan rangkaian pakar psikologi untuk membantu mereka menikmati gaya hidup sihat yang mereka idamkan.

Pelan Keluarga AXA eMedic disediakan untuk rakyat Malaysia yang berusia antara 15 hari – 49 tahun. Pelanggan yang membeli pelan keluarga juga boleh menikmati rebat 5% atas jumlah premium. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.AXAeMedic.com

________________________

1- Insurans perubatan dengan manfaat kad perubatan dirujuk sebagai kad perubatan untuk tujuan pemasaran

*Tertakluk kepada terma dan syarat
** Sumber: Perangkaan pada Jun 2019 berasaskan Statistik Perniagaan Baharu LIAM – Saluran Pengedaran Langsung

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend