Pendaftaran Untuk Kejohanan Esukan Laluan Sutera Dibuka, Honor Of Kings Sebagai Tema Persaingan Utama

SHANGHAI, 9 Mei 2019 /PRNewswire/ — FEG mengumumkan pelancaran rasmi Kejohanan Esukan Laluan Sutera (Silk Road Esports Tournament), sebuah acara antarabangsa bertema Honor of Kings, yang disokong oleh Persatuan Industri Budaya & Hiburan China dan bersama-sama dianjurkan oleh Tencent dan FEG. 
SRET KV

Kejohanan Esukan Laluan Sutera, diadakan mulai 1 hingga 16 Jun, menumpu secara rasminya pada Honor of Kings dan menawarkan jumlah hadiah terkumpul sebanyak 50,000 CNY. Acara ini meliputi 14 negeri dan pemain-pemain dari Singapura, MalaysiaIndonesiaMyanmarLaos, Kemboja, Filipina, BruneiBangladeshSri LankaIndiaPakistan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu digalakkan untuk mendaftar. Kejohanan Esukan Laluan Sutera dibahagikan kepada segmen-segmen seperti pusingan kelayakan, peringkat penyingkiran dan peringkat akhir. Pusingan kelayakan dengan 16 pasukan akan dihoskan secara dalam talian.

Selanjutnya, 8 pasukan akan mara ke peringkat penyingkiran dan 2 pasukan akan mara ke peringkat akhir, yang akan dihoskan di Kuala Lumpur, Malaysia. Juara bagi Kejohanan Esukan Laluan Sutera akan bersaing dengan pasukan KRKPL (Korea King Pro League) untuk pusingan kelayakan Honor of Kings World Champion Cup. Selain itu, pasukan tersebut akan berpeluang memenangi jumlah hadiah sebanyak 16 juta CNY. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: match.fegsports.com.

Honor of Kings ialah permainan mudah alih yang paling popular di Chinadan liga esukan rasmi-KPL (King Pro League) turut merangsang pasaran esukan. Pada tahun 2018, KPL meluaskan liga luar negaranya-KRKPL (Korea King Pro League). KRKPL sulung melibatkan penyertaan daripada 8 pasukan profesional Korea. Tahun ini, Musim Bunga KRKPL 2019 telah dinaik taraf kepada liga yang lebih bersifat antarabangsa dengan menarik 10 pasukan dari Korea, Hong Kong, Macau, Eropah dan juga AS.

Kejohanan Esukan Laluan Sutera akan bermula pada 1 Jun. Pendaftaran kini dibuka melalui pautan berikut: match.fegsports.com.

Latar Belakang FEG (Fighting Esports Group):

Pada bulan Julai 2018, Fighting eSports Group (FEG) ditubuhkan oleh golongan profesional Cina dan Korea yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam eSukan. FEG ialah sebuah perbadanan yang menyediakan perkhidmatan dalam hos acara eSukan dan latihan pemain profesional. FEG dikhususkan untuk mempromosikan globalisasi eSukan mudah alih dan membangunkan liga eSukan yang menarik.

Pautan: www.fegsports.com

Sumber: FEG

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA