Pengumuman Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Yang Baru

Baru beberapa hari yang lalu, kecoh apabila Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Tawar Diri Letak Jawatan. 9 ahli lembaga pengarah yang dimaksudkan adalah:

Berikutan pengumuman itu pula, Baru Umum Nak Letak Jawatan, Syarikat-Syarikat Khazanah ‘Rugi’ RM2 Bilion. Syarikat yang telah mengalami penurunan harga saham tersebut adalah Axiata Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd, Telekom Malaysia Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, UEM Sunrise Bhd dan UEM Edgenta Bhd.

Dan kini, teka-teki tersebut telah terjawab dengan pengumuman di bawah ini:

Sumber: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Sepertimana kita sedia maklum, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah merupakan Perdana Menteri kita, manakala YB Dato Seri Mohamed Azmin Ali pula merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Tan Sri Mohd Hassan Marican pula merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, dari tahun 1989 sehingga tahun 2010.

Dr Sukhdave Singh pula adalah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia yang telah lama berkhidmat dari tahun 2009 sehingga ke penghujung tahun 2017.

Dan yang terakhir sekali adalah Encik Goh Ching Yin. Tak banyak maklumat yang boleh diperolehi, tapi carian lanjut mendapati beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Allianz Life Insurance Malaysia Berhad,Pengarah Bebas & Bukan Eksekutif di Shangri-La Hotels (Malaysia) Berhad dan Pengarah Bebas & Bukan Eksekutif di Maybank Asset Management Group Bhd.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PruBSN Meraikan Musim Perayaan Dengan Lestari; Bawa Mesej Kelestarian Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif CSR

Kuala Lumpur, April 2, 2024 – Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”), Pengendali Takaful Keluarga No.1 di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut, memperkasakan komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) sepanjang kempen bulan Ramadan dan Aidilfitri. 721 orang sukarelawan dalam kalangan ejen dan warga kerja PruBSN di seluruh negara telah menggembleng tenaga dalam program seharian menyantuni komuniti. Program ini dijalankan secara serentak di semua 14 buah negeri seluruh Malaysia.

Berkongsi semangat Ramadan melalui amalan memberi sumbangan, sukarelawan PruBSN dengan kerjasama Yayasan MyPrihatin (“YMP”), telah memasak dan mengagihkan sebanyak 12,000 bungkus bubur lambuk ke pelbagai lokasi termasuk masjid, madrasah dan institusi pengajian tinggi di kesemua 14 buah negeri. Selain itu, para sukarelawan turut bersama membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, Kuala Lumpur bagi menyediakan persekitaran yang selesa dan memudahkan orang awam untuk berziarah khususnya pada Aidilfitir yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata,” Kami telah mengumpulkan lebih 4,000 jam sukarelawan melalui semua inisiatif ini. Di PruBSN, kami bukan sahaja menyediakan jaminan kewangan kepada rakyat Malaysia tetapi para petugas dan ejen kami turut mempunyai aspirasi untuk menjadi juara kelestarian dalam menghulurkan bantuan dan memupuk perubahan positif dalam kalangan komuniti dan alam sekitar.”

“Inisiatif-inisiatif CSR ini adalah sebahagian daripada perangkaan ESG atau agenda kelestarian kami. Sebagai pengendali takaful, komitmen kami terhadap kelestarian berkait rapat dengan prinsip-prinsip Islam sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“UNSDG”). Ini adalah seiring pendekatan strategik kami untuk mengintegrasikan nilai ekonomi, alam sekitar dan sosial di samping mendokong standard etika ke arah masa depan yang lebih inklusif, saksama dan
mampan,” tambah beliau.

PruBSN telah menaja perlindungan takaful untuk lebih 148,000 keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik sejak tahun 2018 melalui inisiatif Microtakaful Jariyah. Salah satu aktiviti untuk mengumpulkan dana tersebut adalah kempen menderma di bulan Ramadan, One Donation, One Family (“ODOF”). Kempen ODOF yang telah memasuki tahun ke-5 ini, mensasarkan untuk menyediakan perlindungan takaful percuma selama 1 tahun sebanyak RM10,000 bagi membantu golongan berpendapatan rendah melalui program PruBSN Microtakaful Jariyah. PruBSN dijangka akan membuat kutipan sebanyak lebih RM 60,000 untuk musim perayaan kali ini dengan sumbangan kolektif daripada para petugas, ejen, pelanggan dan orang ramai.

PruBSN turut menghasilkan sebuah penceritaan yang penuh emosi melalui video Raya bertajuk “Kisah Raya Papa”. Sebuah penceritaan dramatic mengenai warisan yang meninggalkan nilai-nilai sedekah jariyah dan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anak perempuannya. Kisah ini dibintangi oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Arash Mohamad, Aishah Azman, Mas Anizan dan ramai lagi pelakon yang berbakat. Penceritaan ini mengekspresikan makna di sebalik “Ta’awun” seperti yang diterapkan dalam prinsip takaful melibatkan sifat ihsan dan nilai pertolongan bersama.

Bersempena dengan kempen menyambut perayaan Aidilfitri dengan lebih mesra alam, PruBSN turut berkolaborasi bersama Pencetus Ummah (PU) Amin untuk menyampaikan mesej-mesej utama mengenai kepentingan kelestarian daripada perspektif Islam kepada orang ramai. Selain itu, tahun ini PruBSN juga akan mengedarkan “duit raya” dengan sampul duit edisi eksklusif yang dihasilkan menggunakan kertas yang diperakui Forest Stewardship Council (“FSC”). Pensijilan ini adalah bukti kepada komitmen PruBSN
terhadap penjagaan alam sekitar yang merangkumi perhutangan lestari.

Pada tahun lepas, PruBSN telah memperkenalkan Dana Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dikenali sebagai Takafulink Dana ESG Global. Takafulink Dana ESG Global menjangkakan untuk memperkukuhkan pertumbuhan mampan yang disasarkan untuk menepati UNSDG serta menyediakan kaedah baru bagi pelaburang yang bertanggungjawab untuk para pelabur yang menyokong Gerakan ESG dengan menghasilkan impak global yang positif.