Permintaan Pengguna Dorong Produk Ayam Dan Telur Certified Humane® Pertama Dan Dijual di Asia Tenggara

MIDDLEBURG, Virginia1 April 2019 /PRNewswire/ — Tiga buah ladang Asia Tenggara telah memperoleh designasi Certified Humane® daripada Humane Farm Animal Care (HFAC), program pensijilan bukan berasaskan keuntungan peringkat antarabangsa yang misinya adalah untuk menambah baik kehidupan ternakan ladang dalam aspek pengeluaran makanan. Ladang-ladang ini terletak di Malaysia dan Singapura:

  • Toh Thye San Farm, dari Johor, Malaysia telah mengesahkan pengeluaran ayam-ayam GG French Poulet yang dijual kebanyakannya kepada pengguna di Singapura.
  • Liang Kee Farming, sejam perjalanan ke Utara Kuala Lumpur telah mengesahkan telur ternak lepasnya dan
  • Chew´s Agriculture, dari Singapura, telah mengesahkan reban ayam bertelur tanpa kurungannya.

Ladang-ladang berkenaan merupakan antara pengeluar dan peladang terbaharu yang menyertai program Certified Humane®, yang memerlukan peladang mematuhi Piawaian Penjagaan Haiwan HFAC dan menjalani pemeriksaan oleh pihak ketiga bagi mengesahkan pematuhan untuk pengguna.

Antara hal-hal lain, Piawaian Penjagaan Haiwan HFAC menghendaki agar:

  • Ternakan ladang diberi makanan berkhasiat tanpa antibiotik, penggalak tumbesaran dan produk sampingan haiwan,
  • Menerima tempat perlindungan yang sesuai, kawasan beristirehat dan ruang yang mencukupi untuk menyokong tabiat semula jadi

Sama seperti setiap haiwan lain, ternakan ladang, termasuk ayam mahupun ayam bertelur, berhak agar keperluan emosi dan fizikal dipenuhi dan dibesarkan dengan cara yang membolehkan haiwan berkenaan menunjukkan tabiat semula jadi sepanjang hayatnya.

HFAC berusaha menambah baik kehidupan ternakan ladang dengan mendorong permintaan pengguna terhadap amalan-amalan ternakan ladang yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab.

“Dengan adanya label Certified Humane® pada bungkusan produk-produk haiwan, pengguna di Asia Tenggara akhirnya mempunyai pilihan dan membeli produk-produk dari ladang-ladang yang mengambil berat tentang cara ternakan ladang mereka dibesarkan,” kata Luiz Mazzon, Pengarah HFAC yang bertanggungjawab untuk operasi-operasi serantau. “Dengan pasukan baharu kami yang terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa tempatan, kami berupaya menjalankan pemeriksaan di ladang-ladang dari ThailandMalaysia, Singapura, IndonesiaVietnam dan semua negara-negara jiran,” kata Luiz.

Produk-produk Certified Humane® kini disediakan di 55,000 kedai di banyak negara, termasuk AS, ArgentinaAustraliaBrazil, Kanada, ChileColombiaMexicoNew ZealandPeru dan kini Singapura serta Malaysia.

Sejak HFAC dilancarkan pada bulan Mei 2003, lebih 200 syarikat, yang mewakili 6,000 ladang dan 1 bilion ternakan ladang menyertai program tersebut. Disokong oleh lebih 70 persatuan kebajikan haiwan dan berperikemanusiaan, program Certified Humane® dikenali di seluruh dunia kerana mengesahkan kebajikan ternakan ladang, bermula sejak lahir hinggalah ketika disembelih.

Untuk maklumat lanjut tentang HFAC dan label Certified Humane®, kunjungi www.certifiedhumane.org.

Sumber: Humane Farm Animal Care’s Certified Humane® Program

Pautan Berkaitan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend