Platform Pasaran Kewangan Laman Web Baharu Kini Tiba di Malaysia

● Menyediakan akses kepada pelbagai produk kewangan untuk pengguna di bawah satu bumbung
● Bukan sahaja berperanan sebagai pusat perkhidmatan kewangan peribadi tetapi juga sebagai rakan kongsi kepada pihak bank
● Menawarkan pengalaman perbankan mudah di mana pengguna boleh melayari laman web dengan lancar dan membuat keputusan kewangan mereka sendiri

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2018 – Pasaran perkhidmatan kewangan laman web, BankBazaar, mengukuhkan lagi kehadirannya di Asia Tenggara dengan pelancaran operasi laman web di Malaysia. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) akan menyediakan pelbagai produk kewangan seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman rumah dari pelbagai bank untuk para pengguna di Malaysia di bawah satu bumbung.

BankBazaar telah membangunkan sebuah platform teknologi yang membolehkan urusan tanpa kertas dijalankan dengan lancar dan menyeluruh. Melalui sokongan pihak berkuasa dan integrasi dengan pihak bank sebagai rakan kongsi, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) membawa revolusi ini ke dalam sektor perkhidmatan kewangan demi kebaikan rakyat Malaysia di mana mereka kini boleh menguruskan urusan kewangan mereka sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif BankBazaar International, Vipin Kalra berkata,

Malaysia berpotensi besar untuk pengembangan BankBazaar. Ini kerana Malaysia begitu komited dalam memacu sektor perbankannya ke era digital dan menyediakan persekitaran perniagaan yang positif serta pengawalseliaan yang progresif.”

Mengulas tentang pengembangan antarabangsa BankBazaar, Vipin Kalra, Ketua Pegawai Eksekutif BankBazaar International menambah, “Malaysia berpotensi besar untuk pengembangan BankBazaar. Ini kerana Malaysia begitu komited dalam memacu sektor perbankannya ke era digital dan menyediakan persekitaran perniagaan yang positif serta pengawalseliaan yang progresif. Perkembangan positif ini melengkapi aspirasi BankBazaar untuk mempermudah dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kewangan laman web sehingga berjaya mencapai matlamatnya agar pengguna dapat menikmati semua faedah melalui perkhidmatan yang ditawarkan”.

Membantu dan Memberi Khidmat kepada Pengguna Moden dalam Kewangan Peribadi Internet memberi kuasa kepada rakyat dan menjadikan mereka semakin bijak dalam membuat keputusan. Lazimnya, pengguna menghabiskan banyak masa di hadapan skrin untuk mencari tawaran produk kewangan terbaik daripada pelbagai pilihan tersedia. Kemajuan teknologi pada hari ini membuka ruang kepada pengenalan platform yang mampu memenuhi keperluan pengguna moden untuk mencari produk kewangan tertentu, mendapatkan tawaran khusus,
memohon dan mendapatkan kelulusan, semuanya dalam satu perjalanan yang lancar bermula dari penyelidikan, perbandingan, pemilihan, permohonan sehingga mendapat kelulusan.

Berdasarkan keperluan pengguna yang semakin meningkat, maka BBazaar Malaysia (BBazaar.my) diperkenalkan di negara ini dan menawarkan pelbagai kelebihan:

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) ialah sebuah laman web penyelesaian kewangan pilihan pengguna

● BBazaar Malaysia (BBazaar.my) menawarkan perkhidmatan melalui laman web mesra pengguna di mana pengguna boleh mencari tawaran dan menyesuaikan keperluan kewangan mereka dengan mudah. Hasilnya, mereka akan diberikan tawaran peribadi sepertimana yang mereka inginkan.

●BBazaar Malaysia (BBazaar.my) menyediakan platform laman web yang membolehkan pengguna mencari dan memohon produk kewangan seperti kad kredit dan pinjaman. Melalui platform ini, pihak bank boleh mengakses secara terus kepada pelanggan yang sedang mencari tawaran terbaik dan membantu melancarkan urusan pelanggan dari mula hingga akhir, dari proses carian hingga kelulusan.

● BBazaar Malaysia (BBazaar.my) dianggap unik kerana ia membolehkan pengguna membuat permohonan terus di laman web tanpa perlu melalui saluran pihak ketiga. Ini bermakna tiada proses muat turun dan bebanan untuk mengisi maklumat peribadi dan perbankan secara manual yang panjang lebar sehingga bermuka-muka surat.

● BBazaar Malaysia (BBazaar.my) mampu membantu pihak bank untuk memendekkan masa pemprosesan kerana teknologi terkini yang diguna pakai berupaya menawarkan sebut harga pada masa nyata kepada para pelanggan.

● Keupayaan untuk menguruskan kesemua urusan rumit dan menyediakan aplikasi yang lengkap menjadikan BBazaar Malaysia (BBazaar.my) bukan sekadar pusat perkhidmatan kewangan peribadi, tetapi juga sebagai rakan kongsi kepada pihak bank apabila ia membantu menjimatkan masa dan sumber bank untuk memberi tumpuan kepada urusan lain.

● BBazaar Malaysia membantu pelanggan mendapatkan produk yang sesuai mengikut keperluan dan profil mereka. Cara ini memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia untuk menguruskan urusan kewangan mereka sendiri.

● Proses permohonan yang terdapat di laman web dijamin berjalan lancar dan sebagai pelengkap proses permohonan bank. Pasukan perkhidmatan pelanggan juga bersedia membantu pelanggan dalam urusan permohonan mereka.

Dengan jumlah pengguna internet secara aktif yang melebihi 76.9%*, ditambah pula dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk mendigitalkan ekosistem kewangan, ia telah membuka ruang kepada penerimaan penggunaan teknologi kewangan terkini untuk menggalakkan pelanggan beralih ke transaksi digital.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses melalui (https://blog.bbazaar.my) mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi, dipermudahkan untuk semua peringkat dari golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia kewangan hingga ke golongan profesional. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Kami mempelawa anda untuk meneroka perjalanan baharu ini melalui www.bbazaar.my

* Kaji selidik Pengguna Internet 2017 oleh MCMC

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International, pasaran utama laman web neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara laman web.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend