PlayGame Berkolaborasi dengan The Walt Disney Company Asia Tenggara Bawakan Permainan Disney kepada Peminat Asia Tenggara di Playgame.com

JAKARTA, Indonesia, 17 Disember 2018 /PRNewswire/ — PlayGame dan The Walt Disney Company Asia Tenggara hari ini mengumumkan satu kolaborasi selama setahun bagi membawakan koleksi judul permainan kepada peminat-peminat di seluruh Asia Tenggara. Permainan ini akan menampilkan watak-watak kegemaran daripada francais Disney dan akan disediakan pada platform permainan terus-bermain, www.PlayGame.com, bermula pada Disember 2018.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasi hebat ini bersama The Walt Disney Company. Seperti mana berjuta-juta individu di seluruh dunia, saya sendiri merupakan seorang peminat setia Disney. Ini merupakan satu kolaborasi yang amat mengujakan memandangkan platform permainan terpencar dikuasakan rantaian blok kami akan menggalakkan inovasi dan membawakan produk-produk kreatif kegemaran Disney kepada komuniti PlayGame yang luas,” kata Anton Soeharyo, Ketua Pegawai Eksekutif PlayGame.

“Kolaborasi bersama PlayGame ini memberi lebih banyak peluang untuk membawa watak-watak dan kisah-kisah kegemaran kami lebih dekat dengan peminat-peminat Asia Tenggara melalui pengalaman permainan interaktif berkualiti tinggi,” kata Je Alipio, Pengarah dan Ketua, Pengkomersialan Permainan, The Walt Disney Company, Asia Tenggara.

Platform PlayGame membolehkan pemain-pemain daripada semua peringkat usia untuk menikmati permainan HTML5 yang dimainkan secara percuma terus daripada komputer meja mereka dan pelayar mudah alih. Sebahagian judul permainan akan menampilkan watak-watak kegemaran peminat seperti Mickey Mouse dan Minnie Mouse selain Olaf daripada “Frozen”:

  • Mickey’s Delivery Dash, yang mana pemain perlu membantu Mickey menghantar roti kroisan di seluruh Paris kepada kafe Minnie sebelum masa tamat
  • Olaf’s Freeze Fall, yang mana pemain perlu membantu Olaf mencari lengan, butang dan hidung beliau yang hilang

Apabila pemain semakin serasi dengan platform tersebut, mereka boleh menjangkakan beberapa kejutan menerusi penampilan lebih banyak judul permainan bersama watak-watak kegemaran Disney yang membesar bersama mereka selama bertahun-tahun.

Permainan ini akan mula diperkenalkan merentas 6 negara di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, MalaysiaThailandVietnam dan Filipina.

Latar Belakang Playgame

PlayGame ialah platform permainan terus-bermain dikuasakan oleh rantaian blok yang membolehkan orang ramai bermain secara percuma, mencipta pertandingan bersama rakan-rakan mereka dan memenangi hadiah wang terkumpul. PlayGame mempunyai misi untuk membantu pemain, pembangun permainan, usahawan dan pelabur mengubah idea permainan mereka menjadi permainan berfungsi sepenuhnya yang dapat dinikmati oleh berjuta-juta orang tanpa mengira lokasi, tempat asal, peranti permainan mahupun taraf sosioekonomi mereka.

Sumber: PlayGame

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA