Potongan Caruman KWSP Daripada Gaji Suami – Belum Ada Kata Putus

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Kerajaan belum mencapai kata putus mengenai potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami untuk suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini kerana terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diperhalusi termasuk peraturan KWSP.

“Mengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus). Ketika ini, apa yang ada ialah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela akan memberi RM250 setahun.”

“Jadi kita perlu cari skim yang sesuai dan cara pelaksanaan terbaik untuk caruman tambahan ini. Saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), kami perlu teliti peraturan (KWSP) dulu,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan rasmi pertamanya ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan KWSP berhubung perkara itu.

Dilaporkan pertemuan tersebut antara lain membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman berkenaan selain keperluan suami yang beristeri lebih daripada satu atau yang berstatus ‘househusband’…..


Seksyen 51. Caruman dan deposit

51. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain

(a) tiada jumlah wang yang dipotong daripada upah seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah seksyen 48;

(b) tiada amaun yang kena dibayar oleh majikan sebagai carumannya; dan

(c) tiada amaun yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang,

boleh diserahhakkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuesterkan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun, dan Pegawai Pemegang Harta tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun tersebut.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucuthakkan jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk kepada suatu perintah pelucuthakan oleh mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

[Mas. Akta A1504.]
Sumber : AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991, www.kwsp.gov.my

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend