Prisma Analytics Umum Anugerah “Syarikat Baharu Teknologi Kewangan Global Terbaik Tahunan”

DUBAI, UAE, 2 November 2018 /PRNewswire/ —

Prisma Analytics GmbH teruja untuk mengumumkan anugerah “Syarikat Baharu Teknologi Kewangan Global Terbaik Tahunan” FinX, sebagaimana yang dinamakan oleh Fintech Galaxy, satu-satunya platform penyumberan ramai digital teknologi kewangan di rantau MENA. Pengumuman ini dibuat di majlis penyampaian anugerah di Dubaisemalam, bertarikh 31 Oktober 2018.

Hakim-hakim FinTech Galaxy, lembaga yang terdiri daripada dua belas pakar industri teknologi kewangan, melihat C+8 Technology™ Prisma atas potensi disruptifnya dalam industri kewangan, dengan kebolehannya untuk menganalisis pelbagai kebarangkalian terhadap peristiwa masa depan.

C+8 ialah enjin pengimportan dan transformasi data yang membolehkan data mengatur sendiri sepenuhnya melalui proses pengabusan data dan perkaitan sistemik yang rumit dengan sebab dan akibat suatu peristiwa. Menghuraikan, mengaitkan dan mengalihkan setiap objek data yang diperoleh dalam Quantum Relations Machine™ (QRM) Schloer membina pangkalan data pusat dan teknologi asas yang mana C+8 akan menguasakan 1000s aplikasi terpusat, kesemuanya secara serentak, bermula dengan sistem analitik berkuasa tinggi kepada perkhidmatan perniagaan, perisian pengguna dalam talian dan permainan. Semua proses berlaku tanpa sebarang gangguan manusia, bagi memastikan tiada berat sebelah manusia dalam keputusan interpretasi dan analitik data C+8.

Dalam masa yang sama dan sebagai bukti kepada dakwaan ini, Prisma melancarkan aplikasi analitik unggulnya yang dikenali sebagai Decision Point yang kini dihoskan pada Platform Refinitiv Eikon global (kini masih dikenali sebagai Thomson Reuters Eikon).

Pengasas, Ketua Pegawai Operasi Prisma dan pencipta C+8, Hardy F. Schloer, berkata, “Anugerah FinX adalah luar biasa dan mula mengesahkan apa yang telah kami capai menerusi usaha-usaha kami sejak beberapa tahun ini. Saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada FinTech Galaxy atas komitmen mereka dalam menyokong inovasi teknologi kewangan di rantau MENA. “Bagi C+8 Technology™ Prisma dan implikasinya kepada pasaran global yang lebih luas, En. Schloer mengulas bahawa, “Sekiranya kami meletakkan kedudukan teknologi kami dengan betul, C+8 akan mengubah haluan evolusi manusia memandangkan kami telah menyingkirkan halangan yang dikaitkan dengan data tidak berstruktur dan himpunan luas data tidak bernilai yang wujud, namun demikian, setelah diselesaikan, akan menambah nilai yang tidak terhingga kepada ekonomi global dan kemajuan pesat dalam peluasan pengetahuan manusia.”

Bagi pihak FinTech Galaxy, Ketua Pegawai Eksekutif Mirna Sleiman berkata bahawa, “Kami mengalu-alukan Prisma dan teknologi hebatnya ke rantau MENA. Pengiktirafan untuk mereka daripada panel hakim kami adalah begitu layak untuknya, meskipun produk-produk cemerlang lain dengan pelbagai inovasi dicalonkan untuk menerima anugerah ini. Kami berasa amat gembira dapat melihat teknologi kewangan meraih keuntungan yang besar di rantau MENA dan kami berada di sini untuk menyokong rangkuman kewangan serta pertumbuhan pembangunan ekonomi rantau kami.”

Untuk maklumat lanjut tentang Prisma Analytics dan produk-produknya, sila hubungi info@prisma-analytics.com.

Sumber: Prisma Analytics

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend