QS: Universiti-universiti Terbaik Dunia bagi 48 Subjek Didedahkan

LONDON, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ —

Portfolio kedudukan universiti yang paling banyak dirujuki di dunia[1], disiarkan hari ini oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds, menyenaraikan 1222 universiti di 78 negara melibatkan 48 subjek tunggal dan lima bidang subjek yang luas. Kedudukan Universiti Dunia QS mengikut Subjek menampilkan pandangan daripada 83,000 ilmuwan, yang menyumbang lebih 1.25 juta pencalonan kepada Academic Survey QS manakala 42,000 majikan, menyumbang 199,123 pencalonan kepadaEmployer Survey QS; 150 juta petikan diperoleh daripada 22 juta kertas akademik dianalisis bagi menyusun kedudukan berkenaan.

Trend Utama

  • Bilangan bagi kedudukan nombor satu yang dipegang oleh universiti-universiti AS berkurangan daripada 34 pada tahun 2018 kepada 28 pada tahun 2019;
  • Harvard University kekal sebagai peneraju dunia, menduduki kedudukan pertama untuk 12 subjek, diikuti dengan MIT, yang mendahului kedudukan untuk 11 subjek.
  • Switzerland menjadi sistem pendidikan tinggi ketiga terbaik di dunia. Prestasi mengagumkan daripada ETH Zurich bermakna hanya Amerika Syarikat dan United Kingdom menempati lebih banyak kedudukan 10 terbaik;
  • United Kingdom kekal bertahan meskipun wujudnya ketidakpastian Brexit, meningkatkan bilangan kedudukan nombor satunya daripada 10 kepada 13 dan mempertingkat prestasi penyelidikan merangkumi semua;
  • Singapura merupakan sistem cemerlang Asia, dengan lebih banyak 10 jabatan universiti terbaik berbanding universiti-universiti selebihnya di benua tersebut setelah digabungkan;
  • China terus meningkatkan daya saingnya, mencatatkan bilangan lebih tinggi bagi 50 jabatan terbaik berbanding sebelum ini;
  • Brazil terus dilanda masalah, merosot kedudukannya pada kadar lebih tinggi berbanding purata Amerika Latin.

Kedudukan Universiti Dunia QS mengikut Subjek 2019:
10 negara terbaik mengikut bilangan
10 jabatan terbaik

Lokasi

 Bilangan 10 jabatan terbaik

Amerika Syarikat

234

United Kingdom

137

Switzerland

22

Australia

18

Kanada

15

Singapura

14

Belanda

12

Itali

6

Tanah Besar China

4

Sweden

4

(c) TopUniversities.com

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan di QS berkata: “Naratif utama yang timbul di sini barangkali merupakan kemerosotan yang tidak dapat dielakkan lagi terhadap keunggulan Amerika Syarikat. Sejak tahun 2015, ia telah kehilangan 10% daripada jabatan penyelidikan terbaiknya, dengan ChinaAustralia dan United Kingdom menjadi negara-negara yang mendapat faedah utama. Prestasi penyelidikan UK kekal mantap meskipun berlakunya pemotongan dana yang banyak, walaupun sumbangan yang diberikan oleh kolaborasi penyelidikan EU terhadap kejayaan ini tidak dapat dipertikaikan lagi.”

Peneraju Universiti

Subjek

Harvard

12

MIT

11

Oxford

6

UCL

2

Universiti-universiti yang mendahului untuk satu Subjek

British ColumbiaCambridgeColorado School of Mines, Ecole Hôtelière de Lausanne, ETH Zurich, Julliard School, Karolinska Institute, LSE, LoughboroughRoyal College of Art, Royal Veterinary College, La Sapienza, Stanford, University of Amsterdam, University of Music and Performing Arts Vienna, UPenn, PittsburghSussex, Wageningen.

Metodologi

[1] ‘Paling banyak dirujuki’ merujuk kepada data daripada platform pemantauan media Meltwater, disokong oleh pandangan daripada SimilarWeb, Alexa dan Google Analytics.

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend