Rebut Peluang Diskaun Bayar Balik PTPTN Sebelum 31 Disember 2018

Hutang wajib dibayar, tidak kiralah ada pihak yang menjanjikan untuk menghapuskan pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ni.

Dan dalam perkembangan terkini, mereka yang bergaji RM2,000 dan ke atas, gaji mereka akan ditolak secara automatik sebanyak 2% atau RM40 sebulan. Angka ini akan meningkat sehingga 15%, mengikut kepada gaji bulanan peminjam PTPTN tersebut.

Lagi tinggi gaji seseorang itu, lagi tinggi peratus potongan gaji secara automatik.

Rebut Diskaun 20% Dan 10%

Sebab itulah anda harus tahu bahawa wujudnya diskaun bayaran balik pinjaman sebelum 31 Disember ini.

Diskaun sebanyak 20% akan diberikan bagi mereka yang menyelesaikan secara penuh baki hutang pinjaman, manakala diskaun 10% pula akan diberikan bagi mereka yang membuat bayaran separuh daripada baki hutang pinjaman.

Banyak tu, kalau kita buat kiraan mudah:

Kalau Ada Hutang RM10,000

10% Diskaun – RM1,000

20% Diskaun – RM2,000

Kalau Ada Hutang RM30,000

10% Diskaun – RM3,000

20% Diskaun – RM6,000

Wajib Bayar Hutang, Maka Berusahalah Untuk Membayarnya

Bagi mereka yang berkemampuan dan ada simpanan yang banyak, elok sekiranya anda rebut peluang untuk membayar balik sebelum Tahun Baru nanti. Sebab kalau tak bayar, nanti ditolak daripada gaji pula.

Untuk dapatkan inspirasi nak bayar balik hutang PTPTN ini, rajin-rajinlah baca dan amalkan tips dalam artikel tersebut:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend