Ryanair Lepasi Piawaian Keselamatan Baharu Untuk Pengesanan Penerbangan Dengan GlobalBeacon

HOUSTON, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ — FlightAware mengumumkan pada 13 Mei bahawa Ryanair, syarikat penerbangan tambang murah kegemaran Eropah, akan menggunakan GlobalBeacon, platform pemantauan penerbangan secara langsung yang menggabungkan keupayaan pemprosesan data dan antara muka web FlightAware dengan liputan pengesanan penerbangan global daripada AireonSM.

Jaringan Aireon mengesan pesawat melalui antena luar ADS-B (siaran-pengawasan bebas automatik) mereka yang dimandatkan di banyak pelosok dunia termasuk di seluruh Eropah. Ini membolehkan kebanyakan syarikat penerbangan dan pengendali pesawat memanfaatkan GlobalBeacon tanpa memerlukan peralatan tambahan.

Semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Eropah kini dikehendaki oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) untuk mengesan pesawat mereka pada frekuensi satu kedudukan bagi setiap 15 minit semasa operasi biasa. Dijangkakan bahawa menjelang tahun 2021, mereka perlu menerima satu kedudukan pada setiap minit jika pesawat berada dalam kecemasan. Sekiranya berlaku suatu kejadian, ini akan meningkatkan kecekapan respons dengan pembatasan semula jadi radius mencari dan menyelamat kepada kawasan berkeluasan 11 kilometer. Keperluan EASA yang baharu adalah berdasarkan Sistem Kecemasan & Keselamatan Aeronautikal Global (GADSS), yang dicipta oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebahagian besarnya sebagai respons kepada kehilangan pesawat AF447 dan MH370.

With GlobalBeacon, Ryanair is able to monitor their entire fleet without installing any new equipment on their aircraft.

GlobalBeacon jauh mengatasi keperluan 15-minit semasa dan secara proaktif membolehkan Ryanair memenuhi jangkaan masa depan untuk pengesanan penerbangan kerana ia menyediakan kemas kini kedudukan minit-ke-minit sepanjang masa.

Ketua Pegawai Operasi Ryanair Peter Bellew berkata:

“Di Ryanair, keselamatan pelanggan, anak kapal dan pesawat kami menjadi keutamaan nombor satu dan perkongsian ini menambah kepada rekod keselamatan kami yang telahpun menerajui industri. Tanpa memasang sebarang peralatan baharu pada armada pesawat kami, kami berupaya memantau pesawat kami tanpa jurang dalam liputan dan akan segera dimaklumkan sekiranya salah satu pesawat kami mengalami kecemasan. FlightAware menjadikan perkhidmatan ini amat berkesan kos dan mudah digunakan.”    

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif FlightAware, Daniel Baker berkata:

“GlobalBeacon menjadikannya mudah dan berkesan kos untuk syarikat-syarikat penerbangan memodenkan amalan pemantauan penerbangan mereka agar mematuhi piawaian GADSS dan amalan yang disyorkan. Sebagai peneraju industri dan syarikat penerbangan berkos rendah yang terbesar di Eropah, kami teruja apabila Ryanair turut serta bersama syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia dengan memanfaatkannya untuk mencapai tahap keselamatan penumpang dan kesedaran operasi yang lebih baik. “

Sumber: FlightAware

Pautan Berkaitan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend