Semua Nak Percuma Kan? Jom Serbu Ke InvestSmart® Fest 2018 (12-14 Oktober 2018)

Rentetan daripada artikel sebelum ini iaitu Yuran Seminar RM99 Mahal? Kasilah Free!, ini kami nak maklumkan ada acara percuma. Jangan tak datang pula.

Jom hadirkan diri ke InvestSmart® Fest 2018 yang akan berlangsung pada 12-14 Oktober 2018 bertempat di Dewan Pameran 2, Kuala Lumpur Convention Center di KLCC. Banyak acara menarik menanti anda di sepanjang program 3 hari ini.

Acara tahunan ini akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq. Eh, bekas perenang Olimpik Jeffrey Ong pun ada? Datuk Lat pun ada?

Pada hari pertama, nampak nama Datuk Dr Daud Bakar selaku Pengerusi Majlis Penasihat Syariah SC akan menjadi ahli panel dalam Forum yang bertajuk “Keberkatan dalam Pelaburan”. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenainya, boleh baca Pelaburan Saham Tu Syariah Kot, Apa Nak Risau?

Hari kedua pula kita ada sifu kita Tuan Haji Asri Ahmad, ‘guru besar’ dalam dunia pelaburan saham. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun.

Kalau beliau buat seminar je konfem full house. Nak tahu kisah lanjut, boleh baca Kenapa Seminar Saham Mamat Ni Selalu Penuh?

Hari ketiga pula kita ada Tuan Nazarry Rosli, boleh dikira sebagai otai jugalah dalam dunia saham ni.

Tuan Mohd Azuri Zukainain yang juga dikenali sebagai Tuan Penjejak X pun ada. Beliau merupakan penulis buku best-seller ‘Seni Peperangan FCPO‘.

Nak dapatkan khidmat nasihat pelaburan yang sesuai dengan diri anda? Jumpa sendiri pakar Financial Planner yang berlesen, siapa cepat dia dapat.

Selain daripada itu, boleh juga pusing-pusing Dewan KLCC tu nanti, bertemu dengan wakil-wakil daripada syarikat kewangan, pelaburan, KWSP, MOF, PPA, PIDM dan banyak lagi. Masa inilah untuk kumpul goodie bag, sambil bertanya, sambil beri nama, sambil sign-up tawaran mereka.

Jap, lucky draw pun ada. TV, laptop, telefon pintar, kamera digital dan banyak lagi.

Jumpa Anda Di KLCC Pada 12-14 Oktober 2018

Ada lagi ke alasan untuk tidak hadirkan diri ke InvestSmart® Fest 2018 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia? Jom beramai-ramai hadirkan diri ke acara setahun sekali ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend