Setengah Juta Pendeposit Tabung Haji Berdepan Risiko Tidak Menerima Dividen

Ahli yang belum cukup simpanan di Lembaga Tabung Haji bagi tujuan mengerjakan Haji boleh gunakan dana KWSP Akaun II

Tabung Haji melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan pernyataan bagi memastikan para pendeposit mengaktifkan akaun masing-masing.

Dalam notis yang dikeluarkan pada 30 Mei lepas, Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa bemula 9 Jun 2018 akaun pendeposit yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh (7) tahun akan dipindahkan ke kumpulan ‘Akaun Tidak Aktif’. TH juga menegaskan bahawa akaun-akaun tersebut tidak akan menerima agihan dividen yang dikenali sebagai Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.

Pengelasan ‘Akaun Tidak Aktif’ ini merupakan langkah keselamatan bagi melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan. TH telah mengenalpasti hampir 500,000 (500 ribu) akaun pendeposit TH yang tidak aktif dengan jumlah simpanan keseluruhan sebanyak RM 62.8 juta.

Para pendeposit boleh mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang dimana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. Pendeposit juga boleh membuat ursuan simpanan di pelbagai saluran Ejen Kutipan TH sebelum 8 Jun 2018 di seluruh negara.

Pada masa yang sama TH juga menasihati para pendeposit untuk membuat pengemaskinian profil seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris untuk memudahkan TH mengubungi bakal-bakal haji bagi urusan penghantaran surat tawaran haji serta pengurusan harta oleh waris.

Jika TH tidak dapat menghubungi pendeposit, bakal haji berkemungkinan akan terlepas giliran haji pada tahun berkenaan dan perlu menunggu tahun yang seterusnya untuk mengerjakan ibadah haji.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03- 6207 1919.

Sumber: Laman Rasmi FB Tabung Haji

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend