Sewa Kereta Serendah RM8 Sejam Dengan SOCAR

Sebut saja aplikasi kereta, umum tahu akan kewujudan Grab dan Uber. Malah kami pernah membuat perbandingan dalam Pemandu Uber Atau Grab VS Trader Saham.

Tapi hari ini kami ingin memperkenalkan kepada anda SOCAR – sebuah aplikasi yang membolehkan anda membawa sendiri kereta pilihan serendah RM8 sejam. Lengkap dengan perlindungan insurans dan minyak pun dah diisi siap-siap. Nak ‘unlock’ kereta pun pakai aplikasi je, tak perlu pakai kunci. Memang cool!

Apa Itu SOCAR?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom berkenalan dulu dengan SOCAR yang merupakan platform perkongsian kereta daripada Korea Selatan dan baru dilancarkan pada Januari 2018 di Malaysia. Buat masa sekarang, SOCAR mempunyai 240 buah kereta yang boleh disewa.

Dengan menggunakan aplikasi SOCAR, anda boleh bawa kereta pilihan anda mengikut masa yang anda tentukan – tidak kira sejam, sehari, seminggu atau sebulan. Semuanya menggunakan aplikasi saja.

Bagaimana Nak Guna SOCAR?

Hanya dengan beberapa langkah sahaja, anda sudah boleh menggunakan SOCAR untuk menyewa kereta.

1. Muat Turun Aplikasi SOCAR

Sila muat turun aplikasi SOCAR untuk Google atau Apple.

2. Masukkan Masa Dan Lokasi Untuk Anda Ambil Kereta

Kalau anda tak dapat pergi ke lokasi tersebut, kereta tempahan anda boleh dihantar ke lokasi anda (ada caj tambahan).

3. Sahkan Dan Bayar

Apabila tempahan sudah dibuat, anda perlu mengesahkan dan seterusnya membuat pembayaran.

4. Terima SMS Pengesahan Dan Tunggu

Kemudiannya anda akan terima SMS sebagai pengesahan dan tunggu tarikh yang telah ditetapkan.

5. Pandu Kereta Dengan Gaya Konfiden

Terakhir sekali, silalah ke lokasi tersebut dan pandu kereta idaman anda. Jangan lupa untuk ‘unlock’ kereta anda menggunakan aplikasi SOCAR tadi, tiada kunci akan dibekalkan.

Syarat-Syarat Nak Guna SOCAR

Tapi sebelum itu, pastikan anda memenuhi syarat-syarat tersebut ya:

  • Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
  • Anda mempunyai Kad Pengenalan bagi Warganegara Malaysia atau Pasport bagi Bukan Warganegara
  • Anda mempunyai lesen memandu yang sah
  • Anda ada kad kredit atau kad debit

Kenapa Perlu Guna SOCAR?

Dengan berkongsi kereta dengan orang ramai, ia pastinya menjimatkan daripada segi:

  1. Pembiayaan Kereta – Tak perlu lagi beli kereta, kalau setakat nak ke tempat kerja hari-hari
  2. Insurans Kereta – SOCAR melindungi anda dengan insurans, termasuk sekali dalam tempahan
  3. Penyelenggaraan Kereta – Mengikut kajian, secara puratanya pemandu di Malaysia menghabiskan sehingga RM50,000 hanya untuk menyelenggara kereta selama 5 tahun
  4. Jimat Minyak – Setiap tempahan anda akan dapat minyak percuma sebanyak 30 kilometer bagi setiap sejam
  5. Jimat Parking – Setiap SOCAR dah ada tempat letak keretanya sendiri, jadi ianya menjimatkan masa dan wang bila tiba masa untuk memulangkan kereta

Jimat Lebih Lagi Dengan Kod Promo

Nak lagi berjimat? Pastikan anda ikut langkah di bawah untuk mendapatkan kod promo untuk tempahan SOCAR anda.

Layari lawan web SOCAR atau Facebook SOCAR Malaysia untuk keterangan lanjut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend