ShaktiCoin Buka Pendaftaran Perlombongan Seluruh Dunia

BERKELEY, California22 April 2019/PRNewswire/ — Swiss Shakti Foundation telah membuka pendaftaran perlombongan di seluruh dunia yang bertepatan dengan penerbitan bahagian pertama daripada kertas putih empat bahagiannya.

Swiss Foundation ingin membawakan tiga hujah berikut untuk perhatian umum.

SATU: Insentif Penggunaan Awal  

Pengguna awal diberi insentif dengan 10,000 Shakti Coin (bersamaan dengan USD 50,000) apabila mereka mendaftar untuk mendapatkan Lesen Power Mining. Setiap negara mempunyai bilangan lesen Power Mining yang terhad dan daripada bilangan ini, hanya sebilangan lesen sahaja akan menyediakan insentif pengguna awal. Insentif ini akan dianugerahkan berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Sila ambil maklum bahawa ini merupakan tawaran terhad yang dilakukan sekali sahaja dan pihak Yayasan boleh menamatkan insentif ini tanpa notis. Kunjungi: https://www.shakticoin.com/static/docs/opportunity.pdf – untuk Terma & Syarat yang lengkap termasuk cara untuk menerima ganjaran bonus.

DUA: Ketelusan Kewangan & Pemilikan Teragih

Shakti Network dikawal dan dipengaruhi 100% oleh pengendali nod (pelombong) demi faedah orang awam.

Berikutan syarat yang dikenakan, bayaran lesen yang dibayar untuk mengakses Shakti Network dikendalikan oleh firma perakaunan khidmat penuh pihak ketiga bebas yang berpangkalan di Denver, Colorado, AS.

Kunjungi: https://www.shakticoin.com/en/white-paper/ – dan rujuk halaman #6 untuk maklumat lanjut.

Lesen-lesen yang diperuntukkan kepada setiap negara akan dipasang secara seragam bagi menunjukkan taburan populasi di seluruh daerah. Lesen Power Mining Shakti Coin ialah kelas aset digital dalam sektor Teknologi Kewangan baru muncul dan terhad kepada satu lesen untuk setiap orang untuk beroperasi.

Nod-nod T400 Power Mining Shakti akan menjadi tunggak Shakti Network dan berpotensi menawarkan aliran pendapatan yang lumayan kepada pemegang lesen dari masa ke masa.

TIGA: Penyiaran Kertas Putih  

Hari ini, kami menyiarkan bahagian pertama daripada kertas putih empat bahagian kami. Sebagaimana yang akan dapat dilihat, seluruh ekosistem Shakti Coin adalah baharu. Protokolnya baharu, proses mencipta syilingnya baharu dan edarannya juga baharu. Bahagian pertama memberikan gambaran menyeluruh tentang konsep berkenaan. Sesiapa yang berminat untuk menyertai jaringan tersebut digalakkan untuk mengkaji kertas putih berkenaan bagi memastikan mereka memahami konsep-konsep asas syiling tersebut – ia merupakan wang digital berasaskan rantaian blok generasi ketiga.

Latar Belakang Shakti Coin:

Projek Shakti ialah satu inisiatif akar umbi bertaraf antarabangsa yang wujud tanpa bergantung pada mana-mana pakatan dengan industri, kerajaan, agama mahupun parti politik. Swiss Shakti Foundation ialah sebuah organisasi faedah awam yang berpangkalan di Zug, Switzerland yang bertanggungjawab untuk menyediakan penyeliaan pematuhan yang saksama dan pemajuan kepada ekosistem Shakti.

Ketahui lebih lanjut di https://www.shakticoin.com

Pelombong – ayuh perkenalkan wang pintar kepada dunia!

Sumber: Swiss Shakti Stiftung

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA