Shanghai Jadi Peneraju Ketersediaan Khidmat Gigabit Seluruh Bandar

SHANGHAI, 31 Oktober 2018 /PRNewswire/ — Pada 24 Oktober, subsidiari China Telecom, Shanghai Telecom mengumumkan penyempurnaan program penempatan rangkaian gentian gigabitnya. Syarikat kini menerajui dunia dengan menyediakan 10Gps dalam seluruh rangkaian akses jalur lebar talian wayar di seluruh bandar. Firma perunding berpangkalan di AS, Arthur D Little menunjukkan bahawa kini Shanghai menyaingi Singapura dan Qatar sebagai salah satu ekonomi unggul dari segi penerimaan perkhidmatan sambungan gentian dan keluasan keupayaan gigabitnya di seluruh bandar.

Pengurus besar Shanghai Telecom Ma Yimin berkata, “Shanghai telah menjadi bandar pertama di seluruh dunia yang menyediakan sambungan gigabit di seluruh bandar, seraya memperlihatkan kejayaannya dalam melaksanakan strategi untuk meningkatkan pembangunan ekonomi China melalui penyediaan keupayaan rangkaian utama. Dengan sambungan yang lebih pantas, Shanghai telah mengambil langkah besar untuk meningkatkan kualiti hidup buat sesiapa sahaja dan semua orang yang tinggal di bandar ini.”

Bagi meraikan pencapaian penting untuk industri komunikasi, syarikat melancarkan kempen media di platform-platform sosial, bagi memberi pengguna internet yang menetap di Shanghai peluang untuk menonjolkan wawasan China Telecom terhadap maksud sebuah bandar pintar dengan menamakan jalan raya dan lorong yang mengandungi sejarah dan ciri-ciri “Bandar raya di tepi Laut” yang terkenal itu, dengan para peserta memenangi tin rekaan khas yang dikeluarkan oleh Shanghai Telecom bagi memperingati liputan gigabit bandar ini. Sebanyak seribu jalan raya dan lorong akhirnya dipilih untuk dicetak pada tin-tin edisi terhad berkenaan yang kemudiannya diedarkan dalam kalangan pengguna internet. Kira-kira 40 juta pengguna internet mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Shanghai Telecom telah menyelesaikan penempatan rangkaian gigabit yang menghubungkan hampir 20,000 komuniti di seluruh bandar tersebut, menyediakan 10 juta isi rumah dengan akses kepada sambungan lebar jalur 150Mps yang berupaya untuk menyokong video 4K berbilang saluran, permainan dalam talian dan segala-gala yang diperlukan oleh kediaman pintar.

Sumber: Shanghai Telecom

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend