Shopee Berjaya Pecah Rekod Catat Lebih 12 Juta Pesanan Pada Jualan Ulang Tahun 12.12

KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2018 – Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, mengakhiri tahun pecah rekod dengan kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee) yang luar biasa. Pada 12 Disember, Shopee menerima lebih 12 juta pesanan di seluruh rantau ini, mengatasi semua rekod sebelum ini termasuk Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee) baru-baru ini.

Disokong oleh lebih daripada 450,000 jenama dan rakan dagang, Shopee menerima 48 juta kunjungan yang menyaksikan pengguna memanfaatkan 60 juta tawaran dalam semua kategori. Permainan dalam aplikasi Shopee juga sangat popular seperti permainan Shopee Shake yang dimainkan 46 juta kali sepanjang kempen.

Di Malaysia, tiga kategori utama yang paling popular ialah Kesihatan dan Kecantikan; Kediaman dan Kehidupan; dan Bayi dan Mainan. Jenama utama termasuk Watsons, Nestle, Pet Pet, Realme dan Petronas muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna. Di samping itu, semua tiket bagi konsert Duta Jenama Serantau Shopee, iaitu Jelajah Dunia 2019 BLACKPINK yang ditawarkan habis disambar pembeli dalam tempoh tidak sampai sejam, dengan 100 tiket dibeli dalam masa 30 saat yang pertama.

Rakyat Malaysia, baik yang muda mahupun yang tua, memang suka Milo. Justeru, adalah tidak menghairankan apabila Nestle Milo Energy Cube menjadi pilihan utama, dengan ulasan hebat tentang khasiat uniknya dalam saiz kudapan yang menyelerakan. Tambahan lagi, orang ramai semakin prihatin terhadap kesihatan sambil mereka terus mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Penggoreng Udara Russell Taylors ialah produk yang memang dicari-cari untuk ditambah kepada peralatan dapur penting sebagai alternatif sihat untuk menggoreng makanan manakala satu lagi produk yang menarik perhatian ramai ialah Xiaomi Mi Band 3 yang membolehkan si pemakai menjejak tahap kecergasan diri dengan merakamkan aktiviti harian seperti berjalan kaki, tidur, kadar jantung dan kalori yang dibakar. Di samping itu, telefon iPhone Apple terbukti menjadi daya tarikan utama dalam Shopee 12.12. Birthday Sale.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Shopee 12.12 Birthday Sale menandakan satu lagi mercu jaya penting sambil kami meraikan kecemerlangan kami mencapai pertumbuhan ketara pada tahun ini, hasil kejayaan Shopee 11.11 Big Sale pada bulan November dan Shopee 9.9 Super Shopping Day (Hari Beli-Belah Hebat 9.9 Shopee) pada bulan September. Kami berbesar hati untuk menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pengguna Shopee, dan mencatatkan kira-kira 16 juta muat turun di Malaysia, iaitu satu pencapaian besar dalam usaha kami merintis industri e-dagang. Ternyata suku tahun ini sungguh menarik dan memuaskan apabila kami memecahkan rekod dan menetapkan penanda aras baharu untuk dicapai pada tahun depan. Kami tidak sabar-sabar untuk mengajak semua pihak untuk mengejar kejayaan lebih besar bersama kami pada 2019.”

Sejak dilancarkan pada 2015, Shopee telah mencatatkan pertumbuhan kukuh meliputi tujuh pasaran, dengan lebih 195 juta muat turun di seluruh Asia Tenggara dan Taiwan[1].

Mercu Jaya Utama Shopee Malaysia Pada 2018

2018 terbukti satu tahun yang menarik bagi Shopee Malaysia. Antara mercu jaya utama termasuk:

  • Meluaskan pakatan dengan jenama utama: Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk termasuk jenama antarabangsa dan tempatan utama seperti NYX, MR DIY, honor, Tefal, Tesco, LEGO, Fossil dan banyak lagi. Pada tahun ini, Shopee telah melancarkan beberapa telefon mudah alih eksklusif yang mendapat sambutan menggalakkan, termasuk honor 9 Lite yang mencatatkan jualan 500 unit dalam masa lima minit dan Realme 2 Pro yang merupakan jenama telefon pintar paling pantas berkembang di platform ini. Shopee ialah penaja nama bagi Piala FA Malaysia 2018 di mana lebih daripada 20,000 e-tiket telah dibeli di Shopee. Shopee juga berganding bahu dengan penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) untuk menyediakan pelbagai peluang kepada alumni seperti melancarkan gedung rasmi mereka di platform ini dan memilih kempen fesyen di dalam dan luar talian.
  • Kerjasama lebih kukuh dengan penyedia logistik utama: Sejajar dengan dedikasi Shopee menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee telah meluaskan rangkaian logistik menerusi kerjasamanya dengan penyedia logistik yang terkemuka, DHL eCommerce dan bahagian logistik AirAsia, RedBox, untuk menjamin penghantaran yang cekap dan lancar kepada semua pengguna. 
  • Menggunakan kaedah inovatif untuk meningkatkan penglibatan pengguna: Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) telah dilancarkan pada Mei untuk memudahkan pengguna Shopee mendapatkan produk daripada bintang terkenal yang disanjungi seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Nora Danish, Ummi Nazeera, Tomok, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Setakat ini, Shopee mempunyai lebih daripada 20 selebriti tempatan dalam skuad dan bercadang untuk mendapatkan khidmat lebih ramai selebriti pada tahun-tahun akan datang.

Untuk mengakhiri sambutan ulang tahun Shopee, pengguna boleh menyertai pusingan jualan terakhir Shopee 12.12 Thank You Sale (Jualan Terima Kasih 12.12. Shopee) yang diadakan dari 13 hingga 14 Disember. Anda boleh menyertai Shopee 12.12 Thank You Sale di https://shopee.com.my/1212.

Untuk maklumat lanjut, https://shopee.com.my/.

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

[1] Perangkaan pada September 2018

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PruBSN Meraikan Musim Perayaan Dengan Lestari; Bawa Mesej Kelestarian Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif CSR

Kuala Lumpur, April 2, 2024 – Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”), Pengendali Takaful Keluarga No.1 di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut, memperkasakan komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) sepanjang kempen bulan Ramadan dan Aidilfitri. 721 orang sukarelawan dalam kalangan ejen dan warga kerja PruBSN di seluruh negara telah menggembleng tenaga dalam program seharian menyantuni komuniti. Program ini dijalankan secara serentak di semua 14 buah negeri seluruh Malaysia.

Berkongsi semangat Ramadan melalui amalan memberi sumbangan, sukarelawan PruBSN dengan kerjasama Yayasan MyPrihatin (“YMP”), telah memasak dan mengagihkan sebanyak 12,000 bungkus bubur lambuk ke pelbagai lokasi termasuk masjid, madrasah dan institusi pengajian tinggi di kesemua 14 buah negeri. Selain itu, para sukarelawan turut bersama membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, Kuala Lumpur bagi menyediakan persekitaran yang selesa dan memudahkan orang awam untuk berziarah khususnya pada Aidilfitir yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata,” Kami telah mengumpulkan lebih 4,000 jam sukarelawan melalui semua inisiatif ini. Di PruBSN, kami bukan sahaja menyediakan jaminan kewangan kepada rakyat Malaysia tetapi para petugas dan ejen kami turut mempunyai aspirasi untuk menjadi juara kelestarian dalam menghulurkan bantuan dan memupuk perubahan positif dalam kalangan komuniti dan alam sekitar.”

“Inisiatif-inisiatif CSR ini adalah sebahagian daripada perangkaan ESG atau agenda kelestarian kami. Sebagai pengendali takaful, komitmen kami terhadap kelestarian berkait rapat dengan prinsip-prinsip Islam sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“UNSDG”). Ini adalah seiring pendekatan strategik kami untuk mengintegrasikan nilai ekonomi, alam sekitar dan sosial di samping mendokong standard etika ke arah masa depan yang lebih inklusif, saksama dan
mampan,” tambah beliau.

PruBSN telah menaja perlindungan takaful untuk lebih 148,000 keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik sejak tahun 2018 melalui inisiatif Microtakaful Jariyah. Salah satu aktiviti untuk mengumpulkan dana tersebut adalah kempen menderma di bulan Ramadan, One Donation, One Family (“ODOF”). Kempen ODOF yang telah memasuki tahun ke-5 ini, mensasarkan untuk menyediakan perlindungan takaful percuma selama 1 tahun sebanyak RM10,000 bagi membantu golongan berpendapatan rendah melalui program PruBSN Microtakaful Jariyah. PruBSN dijangka akan membuat kutipan sebanyak lebih RM 60,000 untuk musim perayaan kali ini dengan sumbangan kolektif daripada para petugas, ejen, pelanggan dan orang ramai.

PruBSN turut menghasilkan sebuah penceritaan yang penuh emosi melalui video Raya bertajuk “Kisah Raya Papa”. Sebuah penceritaan dramatic mengenai warisan yang meninggalkan nilai-nilai sedekah jariyah dan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anak perempuannya. Kisah ini dibintangi oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Arash Mohamad, Aishah Azman, Mas Anizan dan ramai lagi pelakon yang berbakat. Penceritaan ini mengekspresikan makna di sebalik “Ta’awun” seperti yang diterapkan dalam prinsip takaful melibatkan sifat ihsan dan nilai pertolongan bersama.

Bersempena dengan kempen menyambut perayaan Aidilfitri dengan lebih mesra alam, PruBSN turut berkolaborasi bersama Pencetus Ummah (PU) Amin untuk menyampaikan mesej-mesej utama mengenai kepentingan kelestarian daripada perspektif Islam kepada orang ramai. Selain itu, tahun ini PruBSN juga akan mengedarkan “duit raya” dengan sampul duit edisi eksklusif yang dihasilkan menggunakan kertas yang diperakui Forest Stewardship Council (“FSC”). Pensijilan ini adalah bukti kepada komitmen PruBSN
terhadap penjagaan alam sekitar yang merangkumi perhutangan lestari.

Pada tahun lepas, PruBSN telah memperkenalkan Dana Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dikenali sebagai Takafulink Dana ESG Global. Takafulink Dana ESG Global menjangkakan untuk memperkukuhkan pertumbuhan mampan yang disasarkan untuk menepati UNSDG serta menyediakan kaedah baru bagi pelaburang yang bertanggungjawab untuk para pelabur yang menyokong Gerakan ESG dengan menghasilkan impak global yang positif.