Shopee: Industri E-dagang Malaysia Bakal Catat Pertumbuhan Kukuh Pada Separuh Ke-2 2019

Separuh pertama 2019 berakhir dengan begitu pantas sekali. Sebagai platform e-dagang terkemuka di Malaysia, kami telah memperhatikan perkembangan penting dalam dunia perniagaan runcit dalam talian yang telah membawa manfaat kepada penduduk Malaysia secara umum di samping menyumbang kepada pertumbuhan positif ekonomi digital kita.  Berasaskan data empirik, separuh pertama tahun biasanya lebih senyap dalam dunia e-dagang dengan aktiviti beli-belah meningkat menjelang akhir tahun. Bagaimanapun, Shopee mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam semua sektor perniagaan kami pada Separuh Pertama 2019, yang disokong oleh aktiviti belli-belah lebih tinggi, terutamanya pada Tahun Baru Cina dan Hari Raya. Kami mencatatkan peningkatan lebih 3 kali ganda berbanding 2018 pada musim perayaan.

Antara pencapaian penting pada musim Raya 2019 termasuk:

  • ILHAMIC RESOURCES, penjual Shopee dari Kelantan yang dulu mencatatkan jualan serunding hanya RM7 sebulan telah menjana perolehan purata RM3,000 semasa Ramadan.
  • HAFYA FELLA, penjual busana Muslim yang dulu mencatatkan jualan RM450 sebulan mencapai peningkatan 77 kali ganda dalam jualan dengan meraih hasil bulanan RM36,000 di Shopee sahaja.
  • DOMINO’S PIZZA menjual kesemua 500 piza saiz biasa dalam masa 5 minit.

Pertumbuhan kami dipacu selanjutnya dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran keesokan hari pada bulan Jun yang telah menggugat sektor logistik di Malaysia.

Selain daripada pertumbuhan Pembarangan Kasar dan Angka Pesanan, Shopee juga mencatatkan keputusan tahunan berikut:

  • Shopee telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk menceburi bidang keusahawanan dan menyediakan platform bagi usahawan tempatan, PKS tempatan dan mikro perniagaan menjual di peringkat kebangsaan. Menerusi pendidikan pasaran yang sewajarnya dan pakatan strategik dengan PKNS, MITeC Sarawak, MDeC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan banyak lagi pihak untuk mengendalikan bengkel penjual percuma kami, Shopee University, kami telah mencatatkan pertumbuhan 25% dalam bilangan pelanggan daripada kira-kira 400,000 penjual kepada lebih daripada 500,000 penjual.
  • Setakat ini, Shopee Malaysia menggaji lebih daripada 600 orang, kenaikan 50% berbanding tempoh yang sama pada 2018. Kakitangan di Malaysia dilatih untuk berkhidmat kepada pasaran Malaysia dan sebahagian pasaran Singapura. Peluang penggajian dan pekerjaan ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penggunaan Malaysia.
  • Dalam tempoh hanya setahun, Shopee telah menggandakan bilangan muat turun Aplikasi kami daripada kira-kira 10 juta muat turun kepada 20 juta muat turun setakat ini. Ini dicapai menerusi usaha penjenamaan dan komunikasi kreatif, kejayaan pakatan jenama yang eksklusif dan sebaran menerusi kata mulut oleh rakyat Malaysia; membuktikan bahawa produk kami memenuhi permintaan pasaran.

Kami yakin bahawa Separuh Kedua 2019 pasti lebih menarik dengan pertumbuhan kukuh dicatatkan menerusi jualan hebat 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12, bukan sahaja untuk industri kami tetapi juga seluruh rangkaian industri yang menyokong e-dagang termasuk bank, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan logistik.

Bagaimanapun, kami tidak boleh leka dengan kejayaan yang dicapai. Selain kempen jualan yang dirancang sepanjang tahun, kami akan terus menggiatkan usaha kami sejajar dengan inisiatif Kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan e-dagang sebagai sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan.  Salah satu daripada misi kami ialah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan membantu perniagaan kecil menerusi teknologi. Kami yakin terhadap kuasa teknologi untuk mencetus transformasi dan kami ingin menyelesaikan masalah sosial dan gaya hidup para peniaga runcit, usahawan dan pengguna dengan merapatkan jurang antara semua pihak berkepentingan dan mencipta tahap kemudahan lebih tinggi yang akan mengubah cara perniagaan runcit berurusan dan cara insan menikmati kehidupan. Oleh yang demikian, kami akan memberi tumpuan kepada bidang berikut:

  • Kami akan memperuntukkan sumber manusia kami selaras dengan program Kerajaan untuk menganjurkan lebih banyak bengkel penjual percuma untuk perniagaan dan individu di Malaysia yang ingin menjadi usahawan dalam talian. Bengkel-bengkel ini akan memberi mereka ilmu tentang e-dagang dan kemahiran yang diperlukan untuk mendigitalkan perniagaan masing-masing, lantas menaik taraf kehidupan mereka, membolehkan mereka menjana berbilang aliran pendapatan.
  • Merujuk kepada ulasan yang dibuat baru-baru ini oleh Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tentang kenaf (Hibiscus cannabinus) kami menyokong sepenuhnya usaha kementerian membangunkan industri kenaf.  Buat masa ini, kami mempunyai beberapa produk kenaf yang dijual di platform ini.  Kami mahu menggalakkan para peladang dan usahawan tempatan yang terlibat dalam industri kenaf untuk menyertai Shopee dan menjual produk kenaf mereka seperti tilam, tikar kembara, bantal dan juga beg tangan, terutamanya mereka yang sudah terlibat dalam Kenaf Mall, iaitu inisiatif yang dikendalikan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Kebangsaan (LKTN).
  • Kami memahami keperluan untuk menjadikan sesuatu yang sukar didapati lebih mudah diperolehi dan e-dagang ialah platform yang amat sesuai untuk penjual menjangkaui sempadan geografi dengan memberi tumpuan kepada produk kenaf. Pada masa yang sama, salah satu daripada inisiatif berterusan kami di Sarawak ialah membantu penjual tempatan mengetengahkan dan melariskan produk mereka termasuk kek lapis yang terkenal, lada hitam dan putih dan produk berasaskan kayu dan rotan di Shopee.

Kami bertekad mahu memastikan Malaysia bersedia untuk mencapai unjuran pertumbuhan e-dagang tahunan Malaysia pada kadar 20% menjelang 2020. Kami akan terus bekerja keras dan memberikan sokongan padu dengan matlamat membawa manfaat kepada ekonomi tempatan dan Malaysia sambil kita berusaha menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2024.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend