Shopee Perolehi Hak Eksklusif Bagi Realme 2 Pro, Telefon Sensasi Serba Baharu

KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER 2018 – Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini dengan Realme, jenama telefon mudah alih baharu yang menggemparkan pasaran di seluruh Asia. Kerjasama ini memberi Shopee hak eksklusif ke atas telefon terulung Realme, iaitu Realme 2 Pro, di Malaysia. Siri Realme 2 yang berjaya memecahkan rekod telah dilancarkan buat julung kali di India, dengan 200,000 unit dijual dalam masa hanya 5 minit. Dalam usaha mencapai kejayaan yang setanding di Malaysia, Realme telah memilih Shopee sebagai rakan eksklusif untuk melancarkan telefon terutamanya, Realme 2 Pro di Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), pesta beli-belah dalam talian hujung tahun nombor satu di rantau ini.

“Kami amat teruja kerana jenama baharu serba hebat seperti Realme telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan kami untuk dilancarkan di pasaran Malaysia. Sememangnya jenama ini muda, bergaya dan menjanjikan prestasi mantap pada harga yang termampu. Tambahan lagi, kami memberikan komitmen yang sama untuk menyediakan kualiti dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Hanya menerusi kerjasama seperti ini hakikatnya kami dapat mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform e-dagang terutama di Malaysia, kerana tanpa sokongan rakan-rakan niaga kami yang setia, kami tidak mungkin mencapai kedudukan kami sekarang,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori di Shopee Malaysia.

Realme ialah pengeluar telefon pintar serba boleh terbaik, menggabungkan reka bentuk bergaya dengan tahap ketermampuan yang menarik. Dengan generasi milenial sebagai sasaran, jenama ini direka untuk golongan muda dan berhati muda yang bercita-cita tinggi. Sebagai peserta yang baru menceburi pasaran Malaysia, Realme berbangga untuk menjadi sebuah jenama muda.

Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia berkata, “Kerjasama kami dengan Shopee benar-benar menghidupkan nilai teras Realme. Kami memang merupakan sebuah syarikat muda dan kami berbangga untuk menjadi peserta baharu. Shopee baru terlibat dalam perniagaan e-dagang selama 3 tahun tetapi dalam tempoh tersebut ia telah berkembang menjadi salah satu platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan; mengatasi penanda aras dan jangkaan semua. Kami yakin bahawa kerjasama eksklusif Realme 2 Pro dengan Shopee akan membolehkan jenama ini mencapai dan menyerlahkan potensinya.”

Produk terulung Realme untuk golongan belia, Realme 2 Pro, akan dijual secara eksklusif di Shopee 11.11 Big Sale. Telefon hebat ini menampilkan skrin penuh titisan embun 6.3-inci dan dipacu oleh pemproses Snapdragon 660AIE, dengan memori sehingga 8GB RAM+128GB ROM. Harga dan butiran lanjut akan didedahkan di majlis pelancaran pada 7 November.

Layari https://shopee.com.my/realme.os untuk maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store. 

Mengenai Realme

Realme ialah jenama teknologi yang mengkhusus dalam pengeluaran telefon pintar berkualiti tinggi. Realme adalah sebuah jenama telefon pintar sedang meningkat naik. Jenama ini diasaskan secara rasmi pada 4 Mei 2018 (Hari Belia China) oleh pengasasnya Sky Li bersama sekumpulan anak muda yang mempunyai pengalaman kukuh dalam industri telefon pintar merentasi beberapa negara.

Realme memberi tumpuan terhadap keperluan pengguna dan mengetengahkan produk dengan prestasi kukuh dan reka bentuk bergaya dalam konteks e-dagang yang serba luas.

Realme 1 mendapat pengiktirafan meluas dalam aspek “Kuasa” dan “Gaya” sejurus selepas pelancaran di India pada Mei 2018. Ia melonjak ke tempat kedua dalam pasaran telefon pintar dalam talian India berasaskan angka jualan bulanan.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend