Songuo Motors Perkenal Jenama NeuWai Berani Kenderaan Elektrik dan Bahan Api Alternatif

SEOUL, Korea Selatan, 29 Mac 2019 /PRNewswire/ — Songuo Motors memperkenalkan jenama NeuWai revolusioner dan model-model kereta penumpang, trak, SUV, motosikal dan skuter baharunya dengan teknologi termaju, bahan-bahan rintis, rangkaian kuasa eletrik dan bahan api alternatif serta pembinaan mampan.

Dua belas kenderaan NeuWai diperkenal di Pameran Motor Seoul 2019. Pengeluaran model pertama akan bermula dalam tempoh 12 bulan. Kesemua model yang dipamerkan di acara tersebut dan acara-acara lain kini sedang dibangunkan akan mula dikeluarkan sepanjang 18 bulan akan datang.

“Lebih daripada sekadar jenama kereta baharu dengan reka bentuk menarik, NeuWai membawakan model perniagaan baharu, bahan kenderaan baharu dan strategi pembuatan baharu kepada industri automotif,” kata Tim Shin, Ketua Pegawai Eksekutif Songuo Motors.

Pemimpin-pemimpin syarikat yang menjalankan perniagaan di 5 benua dan 30 negara akan bertemu pada 29 Mac 2019 untuk menandatangani perjanjian bagi mengedarkan kenderaan NeuWai. Beberapa syarikat ini juga akan komited untuk membina kilang pemasangan bagi membekalkan kenderaan-kenderaan NeuWai di wilayah mereka.

Kejuruteraan Berpandangan ke Hadapan
Pendekatan NeuWai terhadap kejuruteraan menonjolkan perbezaan strategik yang utama antara kenderaan tradisional dan kenderaan NeuWai.

“Kami tidak berpuas hati dengan teknologi logam, aluminium dan badan komposit yang tersedia masa kini,” kata Shin. “Kami mencipta sistem proprietari untuk membentuk panel badan komposit berwarna dengan permukaan luar berkilat.” Ini memberikan warna badan kenderaan yang konsisten tanpa cat, menangani cabaran abad lalu bagi mengecat komponen badan kenderaan di kilang pemasangan.

Bahan boleh dikitar semula ini membuatkan lekukan dan perlanggaran kecil tidak perlu dibimbangi oleh pemilik kenderaan. Bahan yang berdaya tahan ini tidak mudah kemik dan sangat tahan lasak.

Kerangka ruang memberikan kelebihan struktur berbanding kerangka tradisional yang terlalu berat atau pembinaan kerangka tunggal.

Kemajuan dalam Teknologi Rangkaian Kuasa
“Kami memilih untuk menggunakan motor elektrik AC untuk kenderaan kelas-A dan lebih besar kami, lalu mengurangkan kebergantungan kepada magnet nadir bumi,” kata Shin. “Pendekatan ini adalah lebih mampan dan mengurangkan risiko kos masa depan.” Motor elektrik NeuWai menggunakan aloi tembaga unik dan proses suntikan-tembaga proprietari untuk rotor yang memberikan prestasi berkecekapan kuasa yang amat bagus sehingga 93 peratus.

Selain rangkaian kuasa elektrik, terdapat juga enjin pembakaran gasolin Euro 6, gasolin Euro 4 dan suntikan propana cecair (LPI) inovatif yang tersedia dalam pasaran yang mana rangkaian kuasa ini mempunyai kelebihan yang menarik.

Pembuatan Kenderaan Dalam-Negara
Strategi pembuatan unik akan membolehkan pengedar-pengedar melakukan pemasangan akhir kenderaan NeuWai dalam negara, mencipta peluang pekerjaan.

Pembuatan utama komponen dan sistem kenderaan NeuWai akan dilakukan di kilang pembuatan syarikat yang berkeluasan 430,000-meter-persegi (4.6-juta-kaki-persegi) di Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Negara di Bandar Raya Dezhou, Wilayah ShanDong, Chinabagi mencipta kit separa-pasang-siap (SKD).

Kenderaan Penumpang
Barisan kereta NeuWai termasuk:

  • Kereta ultra-kompak 2-pintu bergaya dan 4-pintu versatil akan menonjol daripada kerumunan.
  • Kenderaan unik, modular, boleh dikonfigurasi bersaiz antara kereta penumpang dan trak 1-tan.
  • SUV kompak NeuWai akan memenuhi keperluan keluarga yang aktif dengan ruang untuk 4 orang dan peralatan mereka.
  • Pikap 1-tan NeuWai akan menyediakan keupayaan yang bergaya.

Motosikal dan Skuter
Motosikal elektrik NeuWai merupakan suatu alternatif baharu kepada motosikal berkuasa gasolin, namun mengekalkan kegembiraan dalam menunggang yang diharapkan oleh pengguna.

Dua model motosikal menampilkan proposisi ikonik dan gaya yang menjadikannya boleh dikenali serta merta sebagai model pengembaraan dan prestasi.

Terdapat juga dua model skuter elektrik. Skuter kecil menampilkan ciri-ciri reka bentuk ringkas yang menumpu pada fungsi, manakala skuter lebih besar merupakan reka bentuk yang lebih mewah.

Maklumat lanjut dan spesifikasi yang diunjurkan untuk kenderaan-kenderaan ini boleh didapati di NeuWai.com.

NeuWai dijangka mula mengilangkan dan menghantar kenderaan bagi tujuan jualan pada awal tahun 2020.

Sumber: Songuo Motors

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA