Syarikat-Syarikat Yang Bakal Menggegarkan Anugerah FinTech Malaysia 2018

Tanggal 5-6 Mac 2018 ini, pameran FinTech pertama yang dikenali sebagai Malaysia FinTech Expo 2018 akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Turut berlangsung sepanjang acara dua hari tersebut adalah forum, pocket talk, meet & pitch, bengkel, dan yang paling dinanti-nantikan adalah majlis penganugerahan hadiah.

Ianya dilihat sebagai pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri FinTech di Malaysia, dan sudah tiba masanya mereka diberi kredit yang sewajarnya di atas kerja-kerja yang telah mereka jalankan bagi membangunkan industri FinTech.

Hari Pertama (5 Mac 2018)

Hari Kedua (6 Mac 2018)

Sumber: Malaysia FinTech Expo

Nak tahu nama-nama besar dalam industri FinTech dalam Malaysia? Kenalah tengok calon-calon bagi 3 kategori yang dipertandingkan seperti berikut.

Kategori 1 – Institusi Kewangan (Financial Institutions)

Terbahagi pula kepada dua, iaitu Institusi Perbankan dan Perantara Kewangan Bukan Bank. Institusi Perbankan terdiri daripada bank-bank komersial, pelaburan dan Islamik. Manakala Perantara Kewangan Bukan Bank pula terdiri daripada syarikat-syarikat insurans/takaful, institusi simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Anugerah Pertama – FINTECH INNOVATION OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. AmBank
  2. Hong Leong Bank
  3. Maybank

Anugerah Kedua – FINTECH PERSONALITY OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. Dato’ Sulaiman Mohd Tahir (AmBank)
  2. Datuk Abdul Farid Alias (Maybank)
  3. Domenic Fuda (Hong Leong Bank)

Anugerah Ketiga – FINTECH MARKETING CAMPAIGN OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. Hong Leong Bank
  2. Maybank
  3. UOB

Anugerah Keempat – PROMINENT BANKING APPS OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. AmBank
  2. Hong Leong Bank
  3. Maybank

Kategori 2 – Penyedia Teknologi Dan Perkhidmatan (Service Providers)

DIkategorikan sebagai syarikat-syarikat FinTech yang telah melakukan inovasi terhadap ekosistem FinTech secara keseluruhannya. Mereka ini telah memberi kesan secara langsung kepada gaya hidup pengguna, termasuk infrastruktur dan syarikat-syarikat FinTech yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Anugerah Pertama – PROMINENT APPLICATION INFRASTRUCTURE PROVIDER IN FINTECH ECOSYSTEM

Calon-calon:

  1. Finology Sdn Bhd
  2. Thomson Reuters (M) Sdn Bhd
  3. TM One (Telekom Malaysia Berhad)

Anugerah Kedua – PROMINENT IN WEALTH, ASSET & INVESTMENT MANAGEMENT OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. Finterra Technologies Sdn Bhd
  2. HelloGold Sdn Bhd
  3. Rakuten Trade Sdn Bhd

Anugerah Ketiga – FINTECH START-UP OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. Funding Societies (Modalku Ventures Sdn Bhd)
  2. HelloGold (HelloGold Sdn Bhd)
  3. MoneyMatch (MoneyMatch Sdn Bhd)

Anugerah Keempat – PROMINENT CASHLESS PAYMENT SYSTEM

Calon-calon:

  1. Boost (Axiata Group)
  2. ipay88 (Ipay88 Sdn Bhd)
  3. Touch ‘N Go (Touch ‘N Go Sdn Bhd)

Kategori 3 – Perusahaan (Enterprise)

Perusahaan merupakan syarikat-syarikat yang mendaftar dengan SSM samada sebagai Sendirian Berhad atau Berhad dengan menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Syarikat-syarikat ini adalah pengguna teknologi kewangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

Anugerah Pertama – PROMINENT PERSONALITY OF THE YEAR  

Calon-calon:

  1. Sam Shafie (pitchIN)
  2. Robin Lee (HelloGold)
  3. Mohamad Ridzuan Abdul Aziz (Sedania As Salam Sdn Bhd)

Anugerah Kedua – PROMINENT ENTERPRISE OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. Merchantrade (Merchantrade Asia Sdn Bhd)
  2. Rakuten Trade (Rakuten Trade Sdn Bhd)
  3. Sedania As Salam Sdn Bhd

Anugerah Ketiga – PROMINENT MARKETPLACE OF THE YEAR

Calon-calon:

  1. Funding Societies (Modalku Ventures Sdn Bhd)
  2. RinggitPlus (Jirnexu Sdn Bhd)
  3. Loanstreet (Finology Sdn Bhd)

Anugerah Keempat – THE MOST POPULAR ADVERTISEMENT

Calon-calon:

  1. Boost (Axiata Group)
  2. Rakuten Trade (Rakuten Trade Sdn Bhd)
  3. Samsung Pay (Samsung Malaysia Electronis (SME) Sdn Bhd)

Anugerah Tertinggi – FINTECH COMPANY OF THE YEAR (PEMENANG GRAND PRIZE)

Calon-calon:

  1. Jirnexu Sdn Bhd
  2. MoneyMatch Sdn Bhd
  3. Rakuten Trade Sdn Bhd

Bukan calang-calang orang pula yang akan menjadi hakim.

Jumpa anda di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 dan 6 Mac 2018 ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend