“Teknologi Hubungkan Hartanah Global”, Uoolu Bakal Anjur Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global Ke-2 Di Beijing

BEIJING, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ — Uoolu, platform utama untuk transaksi hartanah rentas sempadan, akan menganjurkan Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global ke-2 di Beijing pada 14 Januari 2019 menerusi tema “Teknologi hubungkan Hartanah Global” yang mana ia akan memperkenalkan anugerah “100 Hartanah Global Uoolu Terbaik 2019”.

Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global Pertama yang diadakan pada Januari 2018 menghimpunkan ratusan pemaju dari 22 negara, termasuk Emaar, pemaju terbesar di Timur Tengah, Lennar, pemaju kediaman yang terbesar di AS dan Origin, pemaju awam yang pesat berkembang di Thailand dan sebagainya. Beratus-ratus outlet media terkenal termasuk Wall Street Journal, South China Morning Post dan Financial Times, telah melapor tentang sidang kemuncak berpengaruh tersebut.

Tema Sidang Kemuncak Hartanah Global ke-2 pada tahun 2019 ialah “Teknologi hubungkan Hartanah Global”. Berserta pembangunan teknologi termasuk AI dan data raya, dengan kecenderungan kepada transaksi dalam talian, Uoolu akan membuat pelancaran inovatif penyelesaian teknologi global kepada pemaju hartanah, membantu mereka memasarkan jenama mereka, mengesan pelanggan dengan tepat dan menyelesaikan transaksasi dalam talian di seluruh dunia.

Menurut trend peruntukan aset global, pelaburan serantau tidak lagi mencukupi untuk individu bernilai bersih tinggi. Uoolu.com menyediakan data pelaburan hartanah global terkini, membantu pelanggan memilih hartanah dan mnyelesaikan transaksi dalam talian dan pada peranti mudah alih dengan selamat.

Sidang Kemuncak 2019 akan membawakan lebih 100 pemaju utama dari 32 negara, lebih 500 individu bernilai bersih tinggi dan lebih 100 outlet media antarabangsa. Uoolu bakal memperkenalkan anugerah “100 Hartanah Global Uoolu Terbaik 2019”, melancarkan penyelesaian teknologi global “Uoolu International”, menandatangani perjanjian dengan pemaju hartanah strategik dan membincangkan trend baharu bagi tahun 2019 bersama pemimpin-pemimpin industri.

Uoolu.com, ditubuhkan di Beijing pada tahun 2015, ialah platform utama untuk transaksi hartanah rentas sempadan. Kami berdedikasi untuk membantu individu-individu bernilai bersih tinggi melabur dalam aset-aset rentas sempadan dengan selamat dan cekap. Kami mempunyai kira-kira 3 juta pengguna aktif bulanan, boleh diakses untuk 4 bilion pengguna internet di 135 negara dan wilayah, 1,000 rakan kongsi global dan telah merealisasikan jumlah transaksi tahunan sebanyak berbilion-bilion dolar.

Untuk mendaftar Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global ke-2 Uoolu bagi tahun 2019, sila klik 
https://www.uoolu.com/second-summit.html

Laman Sesawang: www.uoolu.com 
Facebook: https://www.facebook.com/Uoolu/ 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/uoolu.com/

Sumber: Uoolu.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA