Tunggu Masa Financial.org Nak Tumbang

Ramai tak di kalangan kita yang dah join Financial.org ni? Baru saja dilancarkan pada bulan September 2016, nampaknya jangka hayat Financial.org tak panjang.

Menurut kepada laporan Reuters UK, mereka telah menutup kesemua akaun pelabur dalam bentuk US Dolar; dan menukarkannya kepada bentuk mata wang kripto yang dikenali sebagai FOIN.

Pelabur Kena Top-Up Lagi $7,000 US Dolar

Nak aktifkan akaun mata wang kripto FOIN anda? Silalah labur lagi $7,000 US Dolar sebelum tarikh 31 Julai 2018. Dan tidak boleh keluarkannya sehinggalah tahun depan.

Menurut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Financial.org, Arnaud Georges, “Keputusan ini adalah muktamad. Hanya perlu tunggu setahun untuk merealisasikan keuntungan berganda anda”.

Platform Pendidikan Pun Buat Scam?

Sumber Gambar: Financial.org

Financial.org melabelkan diri mereka sebagai sebuah platform pendidikan. Menerusi topeng inilah, mereka mengambil duit orang ramai secara haram dan tanpa lesen – dan menjanjikan pulangan luarbiasa dengan melabur wang tersebut di pasaran saham Amerika Syarikat.

Jangan Buat Laporan, Nanti Duit Sangkut

Sumber Gambar: InternationalInvestment.net

Beliau menambah, pelabur yang tidak berpuas hati usahlah mengambil tindakan undang-undang. Ini kerana sebarang tindakan undang-undang akan mengambil bertahun-tahun lamanya dan tiada jaminan untuk menang. Malah, peluang nak ‘cash out’ sepanjang proses mahkamah adalah sukar.

Kalau duduk diam-diam, scammers boleh terus-menerus membuat scam. Kalau buat laporan pula, duit tak dapat balik. Sampai macam tu sekali ya?

Bank Negara Malaysia Dah Beri Amaran

Sebab tu sebelum nak melabur dalam apa-apa skim atau instrumen pelaburan, buatlah due diligence atau kaji betul-betul latarbelakang syarikat dan skim pelaburan yang ditawarkan. Juga tengok senarai watchlist terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) seperti berikut:

Dan kalau kita bukak laman web BNM tersebut, muta turun List of companies and websites [PDF, 69KB] (Updated 31 May 2018) maka naiklah nama Financial.org:

Financial.org berada di #114 dalam senarai, dan telah dimasukkan dalam watchlist ini sejak 9 April 2018. Senarai penuh BNM ini mengandungi 216 nama syarikat yang anda perlu berhati-hati.

Kerajaan Singapura pula sejak tahun 2017 lagi dah meletakkan Financial.org dalam senarai berhati-hati.

Sumber: scam-financial.org

Tiada Shortcut Untuk Buat Duit

Rasanya kalau ada jalan pintas nak buat duit, dah takde orang miskin di dunia ni. Shortcut untuk tipu orang yang tak berilmu untuk menjadi kaya-raya, itulah kerja kaki scammers. Mereka yang kaya, pelabur yang ternganga.

Kes Genneva Gold pun mengambil masa enam tahun untuk jatuhkan hukuman kepada operator skim tersebut. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Pengarah Genneva Kena Penjara Lapan Tahun Dan Didenda RM1 Juta.

Sudah-sudahlah tu ditipu, apa kata anda belajar sendiri ilmu pelaburan saham dengan membaca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Baca juga 4 Ciri-Ciri ‘Pelaburan’ Scam – Melayu Mudah Lupa. Bersama-sama kita selamatkan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan daripada terjebak dengan pelaburan berbentuk scam.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. High return high risk, seorang pelabur tulen mesti berani ambil risiko.
    Pelaburan yg berdaftar pun belum tentu dapat untung, malah rugi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend