U Mobile Bekerjasama Dengan Microsoft Untuk Melancarkan GoOffice, Iaitu Pakej Bundle Suara, Data, Dan Aplikasi Office Yang Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2019 – U Mobile, syarikat telco pemenang anugerah yang berpusatkan data, serta Microsoft, syarikat platform dan produktiviti yang menjana transformasi digital pada era intelligent cloud serta intelligent edge ini, telah bekerjasama untuk melancarkan GoOffice, iaitu pakej bundle bulanan yang menawarkan suara, data serta aplikasi Microsoft Office 365 yang unik dan mampu dimiliki. GoOffice bermatlamat untuk membolehkan semua perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

Ciri-ciri pakej bundle GoOffice adalah seperti berikut:

  • Microsoft Office 365 untuk Perniagaan
    • Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Access (pada komputer sahaja)
    • Kapasiti penyimpanan cloud sebanyak 1TB pada OneDrive
    • Sehingga 15 peranti (telefon pintar, Mac/PC, tablet)
  • 1 x Talian Pascabayar Utama
    • Suara dan data tanpa had
    • 4GB data Roam-Onz, yang membolehkan perantauan data di 12 destinasi
    • 20GB untuk hotspot
  • 2 x Talian Pascabayar Tambahan
    • Suara tanpa had
    • 6GB data berkelajuan tinggi
    • 500MB data Roam-Onz, yang membolehkan perantauan data di 12 destinasi
    • Waze Tanpa Had

Pemilik perniagaan boleh menambahkan talian tambahan serta pelbagai lesen Microsoft Office 365 tambahan kemudian selaras dengan pertumbuhan perniagaan mereka.

“U Mobile amat agresif dalam menjana inovasi terutamanya dalam membantu pelanggan kami untuk merealisasikan potensi sebenar mereka. Kami amat teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan Microsoft untuk melancarkan GoOffice, iaitu pakej bundle suara, data dan aplikasi Office yang pertama di Malaysia untuk PKS. Dengan GoOffice, kami akan membolehkan pemilik perniagaan besar mahupun kecil untuk mendigitalkan perniagaan mereka. Gabungan data tanpa had dengan suara serta perkhidmatan Microsoft berasaskan Cloud bermaksud perniagaan boleh dijalankan tanpa kira masa, tempat mahupun jenis peranti yang digunakan,” demikian kata Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee.

Semasa mengulas mengenai kerjasama tersebut, Ketua Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Michal Golebiewski berkata, “Pendigitalan merupakan satu proses yang mesti dilalui setiap peniagaan untuk kekal berdaya saing dalam lanskap perniagaan yang pantas berubah. Dengan memanfaatkan pelbagai penyelesaian daripada GoOffice, PKS kini mampu membawa perniagaan mereka ke Cloud tanpa menghabiskan masa untuk mendapatkan setiap penyelesian secara berasingan, sekaligus meningkatkan produktiviti perniagaan mereka tidak kira di mana mereka berada.”

GoOffice telah dilancarkan hari ini di Colony Co-Working Space, KLCC. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://gobiz.com.my/gooffice.php

Mengenai U Mobile

Di U Mobile, kami ingin membantu pelangan-pelangan kami mencapai potensi mereka tanpa had. Kami sentiasa berpaksikan inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dihargai oleh pelanggan. Dengan komitmen untuk mengembangkan jaringan kami, U Mobile berada di kedudukan yang baik untuk menyediakan jaringan yang lebih luas, demi memberi keseronokan dan kebebasan yang tidak terhad kepada pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari www.u.com.my atau hubungi khidmat pelanggan U Mobile di talian 018-388 1318.

Mengenai Microsoft

Microsoft (Nasdaq “MSFT” @microsoft) membantu transformasi digital untuk era awan pintar . Misinya adalah untuk memberdayakan setiap orang dan setiap organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak lagi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend