Ujian Beta PUBG LITE Perluas Liputan di Empat Lagi Negara

SEOUL, Korea Selatan, 7 Februari 2019 /PRNewswire/ — PUBG Corporation (PUBG Corp.) hari ini mengumumkan Ujian Beta untuk PUBG LITE tidak akan lagi terhad kepada kawasan Thailand, tetapi tersedia untuk empat lagi negara di Asia Tenggara iaitu IndonesiaMalaysia, Filipina dan Singapura.

Pramuat turun untuk kawasan-kawasan yang disebutkan di atas akan bermula sehari sebelumnya iaitu pada 13 Februari manakala perkhidmatan Ujian Beta rasmi akan bermula pada 14 Februari.

Permainan video tersebut diadaptasi daripada PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS asal yang boleh dimainkan menggunakan komputer dan komputer riba dengan spesifikasi rendah. Pemain-pemain yang sebelum ini tidak dapat mengakses permainan video berkenaan disebabkan oleh keperluan spesifikasi kini berpeluang untuk bermain PUBG melalui PUBG LITE dengan keseronokan dan pengalaman permainan asal.

Di samping itu, PUBG LITE ialah perkhidmatan permainan yang boleh dimainkan secara percuma melalui platform PUBG dan Garena. Pengguna-pengguna bagi kedua-dua platform akan bermain pada pelayan yang sama sementara PUBG Corp akan mengendalikan semua sokongan pelanggan, acara dan aktiviti. Semua pemain yang memuat turun permainan tersebut daripada laman sesawang rasmi PUBG LITE (https://lite.pubg.com/download/) dan Garena dialu-alukan untuk menikmati pertempuran bertahan hidup satu-satunya pemain terselamat yang kompetitif.

[Lampiran – Keperluan Sistem untuk PUBG LITE]

   Spesifikasi Minimum

Spesifikasi Disyorkan

OS

Windows 7/8/10 64bit

Windows 7/8/10 64bit

CPU

Core i3 2.4GHz

Core i5 2.8GHz

RAM

4GB

8GB

GPU

Intel HD Graphics 4000

NVIDIA GeForce GTX 6600 atau
AMD Radeon HD 7870

HDD

4GB

Direct X

Direct X 11

Latar Belakang PUBG Corporation (PUBG Corp.)

PUBG Corp., selaku anggota kesatuan permainan KRAFTON (dahulunya Bluehole Inc.), bermula sebagai Bluehole Ginno Games, Inc. pada tahun 2009 dan kemudiannya dinamakan semula kepada PUBG Corp. pada tahun 2017. PUBG Corp. ialah penerbit dan pembangun permainan video pertempuran royale blokbuster pada tahun 2017, PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS (PUBG), pada berbilang platform. Sejak dilancarkan, PUBG menerima pengiktirafan dunia, dengan meraih tujuh Rekod Dunia Guinness serta memenangi pelbagai anugerah permainan seluruh dunia.

Beribu pejabat di Korea, PUBG Corp. mempunyai enam pejabat operasi di seluruh dunia merentas Amerika Utara, Eropah, Jepun, China. Dengan matlamat untuk membangunkan PUBG sebagai francais global, kini syarikat berkenaan menjalankan beberapa projek termasuk e-sukan, pelesenan produk dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang PUBG Corp., sila layari www.pubg.com.

Sumber: PUBG Corporation

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Letusan Gunung Ruang: Beberapa Penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia Ke Sabah & Sarawak Dibatalkan

KOTA KINABALU, 18 April (Bernama) — Beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia antara Sabah, Sarawak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines dalam kenyataan di akaun media sosial rasmi X hari ini memaklumkan syarikat penerbangan itu akan membatalkan beberapa penerbangan yang terjejas dan menasihatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan terkini dan saranan perjalanan masing-masing.

“Pembatalan penerbangan pada 18 April 2024 berikutan letusan gunung berapi Gunung Ruang. Berikutan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines akan membatalkan beberapa penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pejabat Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan berkata penerbangan membawa mendiang Tan Sri Joseph Kurup (pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah) ke Kota Kinabalu yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

“Saya akan memaklumkan masa penerbangan terkini selepas menerima maklum balas daripada MAS (Malaysia Airlines),” katanya.

AirAsia dalam kenyataan pula berkata lapan daripada penerbangan berjadual antara KLIA dan Tawau telah dibatalkan. Turut dibatalkan adalah lapan penerbangan antara KLIA dan Kota Kinabalu, menjadikan sebanyak 16 penerbangan yang terjejas antara KLIA, Kota Kinabalu dan Tawau.

Menurutnya ia telah memaklumkan kepada semua penumpang yang terjejas, manakala penumpang dalam perjalanan ke atau dari destinasi yang terkesan digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon mudah alih berdaftar mereka untuk pemberitahuan mengenai pembatalan.

“Para tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan ke/dari destinasi yang terjejas digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.

“AirAsia akan terus memantau situasi gunung berapi Gunung Ruang dan akan memberikan lebih banyak maklumat perkembangan terkini,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA