UnionPay dan ERL Sertai “Kempen Penggunaan Pengangkutan Awam Tanpa Tunai”

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Julai 2019 /PRNewswire/ — Jenama pembayaran global UnionPay dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan penyertaan mereka dalam kempen Bayaran Tanpa Tunai Bagi Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan bayaran tanpa tunai. Sehubungan dengan itu, pengguna pengangkutan awam yang menaiki KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini boleh membayar tambang tren mereka dengan menggunakan kad digital tanpa sentuh UnionPay.

Selain itu, para pemegang kad UnionPay dari China, Hong Kong, Macau, Korea Selatan dan Rusia yang telah mengaktifkan kad mereka secara digital melalui telefon pintar kini juga boleh membuat pembayaran tambang tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit dengan pergerakan sentuh-dan-pergi dengan telefon pintar mereka sahaja.

“UnionPay amat bersukacita untuk bekerja sama dengan ERL dalam kempen ini. Kami percaya bahawa sektor swasta dan sektor awam harus bekerjasama untuk melaksanakan inisiatif tanpa tunai ini. Pembayaran tanpa tunai seperti penggunaan kad UnionPay dan telefon bimbit bagi pengangkutan awam akan menyenangkan rakyat dan para pelancong. Ini akan merealisasikan agenda tanpa tunai negara,” kata Wenhui Yang, Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara.

“Pihak ERL menyokong agenda nasional kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi strategik, kami boleh meningkatkan pengalaman penumpang kami. Kerjasama dengan UnionPay ini merupakan langkah yang bagus kerana, kini, penumpang kami boleh menaiki tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit dengan senang,” Noormah Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif ERL.

Para penumpang yang menggunakan Kad Debit dan Kad Kredit UnionPay untuk membeli tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit di pintu masuk, kaunter atau kiosk layan diri akan diberi ganjaran rebat tunai secara rambang yang bernilai RM2 atau lebih mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2019.

Malaysia ialah salah sebuah daripada 37 negara dan wilayah di luar tanah besar China yang boleh menerima pembayaran tanpa sentuh UnionPay. Di Malaysia, Kad UnionPay dikeluarkan oleh Bank of China (BOC), Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Public Bank. Ciri tanpa sentuh QuickPass UnionPay kini tersedia untuk kad yang dikeluarkan oleh BOC dan Public Bank.

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay, rangkaian pembayaran global yang berkhidmat kepada pangkalan Pemegang Kad terbesar dunia. Dengan lebih 7 bilion Kad UnionPay dikeluarkan di 51 negara dan wilayah, sekitar 54 juta peniaga dan 2.9 juta ATM menerima kad kami di 174 negara dan wilayah, UnionPay kini adalah salah satu daripada rangkaian pembayaran yang paling cepat berkembang di dunia.

Sebagai sebuah syarikat dengan rangkaian penerimaan global dan pelbagai rangkaian perkhidmatan pembayaran bertaraf dunia, UnionPay berkeinginan untuk menyediakan akses kepada nilai dan penyelesaian pembayaran yang lebih selamat dan disesuaikan mengikut keperluan pasaran tempatan, bagi membolehkan pilihan dan memudahkan pembayaran untuk pengguna dan perniagaan sepertinya.

Di Asia Tenggara, UPI telah membolehkan ATM, penerimaan POS dan pengeluaran kad di seluruh 10 negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.unionpayintl.com/en.

Latar Belakang Express Rail Link

Express Rail Link (ERL) ialah pengendali khidmat KLIA Ekspres yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA2) dengan bandar raya. Perjalanan tanpa henti sepanjang 57 km di antara KL Sentral dan KLIA mengambil masa hanya 28 minit. Penumpang juga boleh mengambil perjalanan 3 minit di antara KLIA2 dan KLIA. ERL telah diiktiraf di dalam dan luar negara sebagai penyedia khidmat udara-rel standard tinggi. ERL telah dinamakan sebagai penerima anugerah AirRail Link of the Year di Global AirRail Awards pada 2012, 2014, 2015 dan 2016. ERL juga telah memenangi anugerah Project of the Year 2018 di Global AirRail Awards pada 2018 untuk tren-tren barunya. Sehingga kini, ERL telah membawa lebih daripada 95 juta orang penumpang.

Sumber: UnionPay International

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA